Selasa, 17 September 2013

MISI SINAR HARAPAN “SECANGKIR KASIH, SECALIT SINAR”untukmu AMALINA



Untuk melihat maklumat lanjut, matlamat&latarbelakang
MISI "Secangkir Kasih, Secalit Sinar" 
sila klik di SINI


 KISAH 2

Nama: Nur Amalina bt Jali, 19 tahun, UNIMAS, Sarawak(Tahun 1-kemasukan Sept 2013)
Adik-beradik: Nur Shafira, 17; Muhammad Ameer Shafiq, 15.
Alamat: Kg Padang Mandul, Tumpat, Kelantan
Status: Yatim Piatu & Miskin

Selembut namanya, begitulah juga perwatakannya..tapi anak sulung drp 3 beradik (seibu sebapa) ini cekal & gigih berusaha. Beratnya bebanan menjadi anak yatim piatu pada usia muda, dan menggalas pula tanggungjawab yang ditinggalkan ibu & bapa.

Kisah Amalina sebelum ini boleh diikuti di SINI dan di SINI

Amalina & adik2nya gigih berusaha sendiri dan akan bekerja apabila cuti persekolahan. Sementara menanti tawaran ke Universiti baru2 ini Amalina bekerja sebagai pembantu penjaja aiskrim di Rantau Panjang, Kelantan..


Amalina juga tidak melupakan golongan miskin yang lain kerana sering bersama kami turun padang membantu golongan tidak bernasib baik ini. Itulah cara Amalina memotivasikan dirinya..


Sejujurnya, setiap kali saya berhadapan dengannya, air mata tidak dapat dibendung. Memandang wajahnya yang naïf dan tenang..mengenangkan pula kehidupannya sebagai anak yatim piatu.
Lebih2 lagi sewaktu menghantar Amalina di KLIA 1 Sept 2013 lalu, untuk melanjutkan pelajaran ke UNIMAS, Sarawak..

Terasa seperti mengiringi anak sendiri untuk pergi jauh..sayu sangat. Mengenangkan kegigihan & kesantunan Amalina menyebabkan hati tambah sayu. Amalina sering kali menolak untuk dibantu, dan tidak pernah mengadu walaupun dalam kesusahan...


Menguruskan perjalanan Amalina di KLIA


pertama kali naik kapal terbang..buat Amalina berdebar..


Sumbangan

Alhamdulillah, setakat ini Sahabat2 Sanggar Suri ada membantu Amalina. Untuk persiapan memasuki universiti baru2 ini Amalina menerima RM500 menerusi dana Misi Menara Gading.
Manakala pada 15 Sept 2013 Amalina menerima RM1000 untuk menampung pembelian laptop.

Syukur juga, melalui Misi Menara Gading: Dana Wang Saku, Amalina mendapat tajaan wang saku bulanan sebanyak RM200 drp Sahabat Sanggar Suri sejak April 2013. Sahabat Sanggar Suri tersebut juga akan bertindak sebagai ibu bapa angkat Amalina, insya-Allah.

Insya-Allah dalam "Misi Secangkir Kasih, Secalit Sinar" ini, Amalina akan terus dipimpin dengan penuh kasih sayang oleh Sahabat2 Sanggar Suri.. dan sekiranya ada lagi sumbangan untuk Amalina amat dialu-alukan dan akan kami sampaikan padanya. Amalina buka sahaja perlukan sokongan dalam bentuk kewangan, tapi juga sokongan moral & kasih sayang..

Jazakumullah khairan kathira buat semua sahabat yang menghulurkan sumbangan walau dalam apa bentuk sekalipun..


“Semoga Perkongsian Rezeki ini Membawa Sinar dalam hidup mereka, dan
Memberikan Sinar kepada kita sepanjang jalan ke SYURGA..amin..”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini