Memaparkan catatan dengan label Misi Bakul Asnaf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misi Bakul Asnaf. Papar semua catatan

Khamis, 18 Januari 2018

[ MISI JEJAK ASNAF: Selagi Hayat Dikandung Badan..]

[ MISI JEJAK ASNAF: Selagi Hayat Dikandung Badan..]

KG MANIK URAI, Kelantan.
Rabu (10 Jan) & Khamis (11Jan)

Misi Bakul Asnaf
Misi Kembali ke sekolah

SANGGAR SURI 2018

MISI kali ini rentetan kisah seorang Nenek yang kami temui semasa Misi Kembali ke Sekolah di Kg Manik Urai pada 30 Dis 2017 lalu.
Kisah nenek yang datang bersama cucunya dan meminta kalau2 ada beras. Mereka sering terputus beras lebih2 lagi di musim tengkujuh ini.
Simpati dengan nasib Nenek ini, seorang sahabat dari Singapura mengirimkan sejumlah wang untuk diinfaq kepada keluarga ini.

Sahabat SanggarSuri Manik Urai pimpinan Puan Mutiara Yusmenjejaki keluarga ini di Kg Manik Urai selama 2 hari berturut2 pada hari Rabu (10 Jan) & Khamis (11Jan) untuk menyelami kehidupan sebenar mereka.

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul bebanan..tapi Demi Kasih, nenek ini tetap teguh melangkah mencari rezeki demi menyara keluarganya.

Tak tercapai dek akal... bagaimana seorang nenek tua berusaha bekerja & menjaga ibunya yang sudah uzur, adik & anak OKU serta dua cucu yang ditinggalkan ibu bapa.

Takat mana sangatlah kudrat tua Nenek ini..Gigih menyusuri kampung, mengutip pucuk paku untuk dijual. Di samping bekerja menjaga lembu pawah.

Kehadiran kami bersama barangan dapur, barangan sekolah, pakaian dan lain2 barang keperluan disambut dengan penuh keceriaan.

PROFILE KELUARGA:

Nama Ketua Keluarga:

Siti Aminah Mohd
(ibu tunggal), umur 60
Kerja kampung

Tangunggan

Rosna Jusoh,93- ibu
Rokiah Mohd,49- adik OKU (Masalah Mental)
(bantuan JKM 120 )
Mohd Firdaus,11- anak (OKU lembam)

Mohd Husaini, 9 -cucu
Siti Nor Syuhada 7-cucu

Ada lagi 5 orang anak yang sudah berkeluaga tetapi juga susah & bekerja kampung. 2 daripadanya yang kerja kilang ada juga kirimkan wang untuk ibunya.


Semoga ada sinar yang akan menyinari kehidupan keluarga ini ...

Semoga sumbangan ini dan seterusnya mampu meringankan beban mereka.

Teruskan bersama kami, bantu kami untuk bantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan..

SAMA CAKNA SAMA RASA
dari MARHAEN untuk MARHAEN..

#MisiKembalikeSekolah
#MisiBantuanAsnaf
#SanggarSuri


















[ MISI TABUNG SUSU HALIB'S-SANGGARSURI 2018-JAN ]

[ MISI TABUNG SUSU HALIBS-SANGGARSURI 2018-JAN ]

SELASA 16 JAN 2018
12.00 Tengahari

Misi Tabung Susu HALIB'S
SANGGAR SURI 2018

Sahabat Sanggar Suri menyampaikan Susu Halib'S kepada anak2 Asnaf di Sekitar Pasir Mas.Insha Allah untuk anak2 di sekitar Rantau Panjang pula akan diteruskan dalam masa Terdekat..
Senarai nama penerima :
(Pasir Mas)
1- Mohd Muadzam b. Mustafa,2 tahun,Kg.Banggol Che Dol
2- Mohd Amar Akif b. Abdullah,3 tahun,Kg.Chenerai
3- Mohd Abduh b. Azman
2 tahun,Kg.Kubang Binjai,Jejawi
4- Nor Khalisha bt. Mohd Ayub
3 tahun,Kg.Banggol Che Dol
(Rantau Panjang )
5- Indra Rosman b. Kiroman
1 tahun 5 bulan
Kg.Kubang Keladi
6- Mohd Akid Zafril b. Azman
1tahun 6 bulan
Kg.Kusar
7- Dalam proses pertukaran nama
8- Dalam proses pertukaran nama
Sama Cakna
Sama Rasa
Dari marhaen untuk marhaen












MISI JEJAK ASNAF 2018 (MUSIM TENGKUJUH)

MISI JEJAK ASNAF 2018 (MUSIM TENGKUJUH)
RANTAU PANJANG, Kelantan
PASIR MAS, Kelantan.
SELASA 16 JAN 2018
10.30 Pagi
MISI BAKUL ASNAF
MISI MUSIM TENGKUJUH
SANGGAR SURI 2018
Dari Marhaen untuk Marhaen
Rentetan posting terdahulu tentang anak2 asnaf yg kesejukan kerana tiada selimut, Alhamdulillah.. ada sahabat yg prihatin dengan nasib anak2 ini telah kirimkn infaq utk belikan selimut. Infaq ini disampaikan bersama infaq sahabat2 yang lain.
Alhamdulillah Sahabat SanggarSuri turun padang sampaikan amanah ini secara berperingkat.
Antara Barangan utk Misi Musim Tengkujuh:
1. Set Keperluan Harian
Sabun basuh
Sabun mandi
Berus Gigi
Ubat Gigi
Tuala
Selimut
2. Set Bakul Asnaf
Beras
Barangan Dapur
Sumbangan dihulurkan kepada warga miskin,pesakit strok terlantar di Kampung2 sekitar Pasir Mas/Rantau Panjang..
Hulurkan tangan ringankan beban.
Kepada sahabat2 yang berhajat untuk infaq hubungi FB Elly (SanggarSuri) atau whatsapp 0123614014.
Jutaan terima kasih atas sokongan sahabat2 berjemaah bersama kami membantu menjayakan setiap Misi SanggarSuri.
Semoga Allah pandang usaha kita ini. Amin..
Jazakumullah khairan kathira..
Teruskan bersama kami, bantu kami untuk ringankan beban mereka..
SAMA CAKNA SAMA RASA
dari MARHAEN untuk MARHAEN..