Memaparkan catatan dengan label Misi Sinar Harapan: Warga Tua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misi Sinar Harapan: Warga Tua. Papar semua catatan

Selasa, 23 Julai 2013

MISI SINAR RAMADAN&SYAWAL: RUMAH TITIAN ASHRAFUL ROHANIAH (RTAR)

RUMAH TITIAN ASHRAFUL ROHANIAH (RTAR) 




Mereka ditinggalkan tanpa pesan..tanpa waris..tanpa kasih sayang..

Di sinilah tempat Menumpang Kasih..


Mengharapkan Secebis Kasih dan Secalit Cahaya bg menyinari jalan ke Syurga..

Alamat:

No.53B, Kg Selabak Luar Batu 3,
Jln Changkat Jong
36000 Teluk Intan


 019-5756258/013-4550013/05-6237530

Pengusaha:  Pn. Rohana  Saidin & En Tamjis b H.A. Rakim

Untuk Sumbangan:

 CIMB : 08021252940051

Penghuni:   

50 Warga tua, terbiar, kurang upaya mental&fizikal (umur 30an-88)
12 kanak-kanak ditinggalkan ibu bapa (umur 2bulan-13tahun)

Keperluan

Daif drp segi kemudahan asas dan keselesaan tempat. Mungkin masyarakat terlepas pandang rumah penjagaan warga tua&OKU kerana lebih tertumpu kepada rumah anak yatim.

Masih banyak lagi kekurangan dari semua aspek terutamanya kewangan. Sumber2 kewangan hanyalah diperolehi drp sumbangan orang ramai yang prihatin. 

Di sinilah tempat menumpang kasih..setelah terpinggir drp keluarga.. biarlah gambar berbicara..


















Ahad, 7 April 2013

Misi Sinar Harapan: Mahligai Hafiz Hampir Siap..Alhamdulillah

Assalamualaikum

ZIARAH MISI MAHLIGAI

Nama: .MOHAMAD AMIRUL HAFIZ B. MUSTAFA, 13 tahun
Tempat:  Kg.Kubang Pak Hitam,Meranti,Pasir Mas, Kelantan
Tarikh: 26 Mac 2013
Status: Anak yang menjaga ayah, Pak Cu Pa yang terlantar sakit.


Alhamdulillah rumah Hafiz & ayahnya sudah hampir siap. Cuma tinggal tingkap yang akan dipasang daunnya..Mereka berpindah ke rumah ini pada musim banjir lepas, dalam bulan Disember 2012. 

Jutaan terima kasih kepada semua dermawan & sahabat yang menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk harta, kudrat & masa. Semoga Allah lipatgandakan rezeki & kebahagiaan serta permudahkan segala urusan tuan puan.

Jutaan terima kasih kepada sahabat2 pengantara Mie GSTK, T.Hj Rushdan, En Wan Hamdan(Wan WHA) dan Tabung NurQaseh serta semua yang terlibat. Semoga Allah pandang usaha kita ini dan dapat terus menerima bantuan Allah untuk terus berbakti.. 

Jutaan terima kasih buat sepupu Hafiz yg dipanggil Mak Jah yang sudi izinkan didirikan rumah di atas tanahnya, berhampiran rumahnya. Senang nanti Mak Jah nak jenguk2 mereka..

Pak Cu Pa masih lagi terlantar lesu..tidak dapat bangun dan bertutur dengan sempurna. Setiap kali kami berbincang pasal Hafiz, Pak Cu Pa akan merintih menangis. Kami faham ..Pak Cu takut ada orang datang ambil Hafiz..dia takut kehilangan. Hanya Hafiz yang setia menemaninya..

Kami ada berbincang untuk lakukan sesuatu demi menjamin masa depan Hafiz.. Keciciran dari alam persekolahan sejak berumur 10 tahun, dan berkorban masa kanak-kanaknya menjaga ayah..

Insya-Allah semoga ada jalan terbaik untuk Hafiz meneruskan persekolahan tanpa mengabaikan ayahnya..

Di bawah ada gambar2 terbaru semasa ziarah Misi Sinar Harapan baru-baru ini..Untuk kisah sebelumnya, boleh diikuti di sini  Misi Mahligai: Hafiz .



RUMAH LAMA HAFIZ




 
 MAHLIGAI BARU HAFIZ


Rumah baru Hafiz



Bahagian depan
Bahagian belakang

Pak Cu Pa cuma mampu menangis...



Hafiz berharap utk kembali ke sekolah..tapi tetap risaukan ayahnya..


Selasa, 29 Mei 2012

Misi Sinar Harapan : Ziarah&Sedekah-Pasir Mas 01 Mei 2012

 Assalamualaikum



Duhai anak, di manakah dikau..?
Ibu tua yang uzur & lumpuh dibiarkan sendirian..hanya jenguk sekali sekala..
Apa jua masalah kalian, tegarkah melihat ibumu menderita..??



Tarikh ziarah: 01 Mei 2012
Tempat
Kg Serungga, Repek, Pasir Mas, Kelantan

Info:
Pn Halimah Said (K'Nik) 74 tahun
Ibu tunggal, warga tua, lumpuh
Tinggal seorang diri, rumah di tengah sawah



 Tiada kata nak digambarkan...biarlah gambar berbicara..

Sebuah pondok di tengah sawah...tempat tinggal K'Nik sendirian

Rumah K'Nik yang usang..tanpa bekalan air


Hanya mampu terbaring..

Sesekali boleh duduk sekejab

Jauh dari orang...

Menanti masa untuk rebah..

Insya-Allah kami akan tolong K'Nik..
Sesiapa yang ada cadangan bagaimana untuk menyelesaikan masalah warga tua ini harap dapat hubungi kami:

Elly Nizam (FB) 0123614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my


Selepas berbincang & berikan keterangan, ibu ini bersetuju utk dibawa ke rumah kebajikan orang2 tua, tetapi diminta memujuk anak2nya..sebab takut malu.

Kami telah berjaya menghubungi seorang pegawai JKM..dan insya-Allah akan ada tindakan susulan yg kami akan lakukan..

Doakan penderitaan warga tua ini akan berakhir dan dapatlah beliau menghabiskan sisa-sisa usianya dengan tenang & terbela..amin


Insya-Allah kami akan usahakan dan akan ziarah lagi..
Semoga ada pembelaan...

Selasa, 19 Julai 2011

Misi Sinar Ramadhan Kelantan 16 Julai & Perak 23 Julai





















Assalamualaikum


Alhamdulillah Misi Ziarah Ramadan ke Destinasi 1: Kelantan telah selamat ditunaikan pada 16 Julai, Sabtu lepas. Jutaan terima kasih kepada sahabat2 yg memberi sokongan sama ada dlm bentuk wang ringgit, masa & tenaga. Jutaan terima kasih pada ayahanda bonda, suami & anak2 serta adik2 yang setia membantu melicinkan kelancaran majlis.












Harapan kami agar pemberian sedekah ini dapat menggembirakan mereka & meringankan beban utk membuat persediaan menyambut Ramadan. Kami belikan telekung & jubah utk mereka, agar ada pakaian baru dapat digunakan utk beribadat sepanjang Ramadan. Semoga ada sedikit ganjaran menanti kita dan Allah menerima sedekah kita.

















Selain jubah @ telekung, sumbangan barang makanan & wang juga diberikan. Alhamdulillah 34 orang telah menerima sumbangan yang terdiri drp 14 pelajar tahfiz (yg kebanyakannya anak yatim) drp Pusat Kebajikan Tahfiz Al-Quran & Pengajian Agama Islam Banggol Kulim, dan 20 orang warga tua yang menghuni pondok orang tua2 di belakang madrasah tersebut.



























































Insya-Allah info lanjut & gambar2 akan di"upload" & update di blog Sanggar Suri www.eksekutifsuri.blogspot.com.
Dijemput sahabat2 yg sudi bersama turun padang ke Destinasi ke-2 di Redang Panjang, Selama, Perak pada 23 Julai nanti. Kita konvoi sama2 dr KL. Harap dapat hubungi kami untuk maklumat lanjut.



Tarikh: 23 Julai 2011
Ziarah:
sekitar Ijok, Redang Panjang, Selama, Perak

Majlis Penyampaian Sumbangan :
Tempat: D'Redang (rumah En Jamaludin) Redang Panjang, Perak
Tarikh: Sabtu 23Julai, 10.30-4.30pm


Acara:



Penyampaian Sumbangan barangan makanan utk 20 fakir miskin & ziarah dari rumah ke rumah di kawasan Lenggong & Redang Panjang


P/S: klu ada cadangan @ sumbangan boleh email/sms elly






Terima kasih