Jumaat, 28 Februari 2014

Misi Madrasah&Tahfiz: Anak-anak Muslim Rohingya

MADRASAH HASHIMIAH HIFZUL QURAN
(Madrasah Anak-anak Yatim & Tahfiz Quran Hashimiah)

Pengasas & Mudir: Ustaz Hashim (019-2621671)

Alamat:
No. 111-3, Kompleks Pasar Borong
Jalan 2/3 A, KM 12 Jalan Ipoh,
Selayang
68100 Batu Caves,
Kuala Lumpur.

Jumlah pelajar: 164 orang (umur 4-18 tahun)
Tinggal di asrama:  50 orang (anak yatim piatu, anak yatim & fakir miskin)

FOKUS: Belanja pengurusan, makanan dan kebajikan pelajar

Untuk tujuan penyelarasan, mohon pm admin Misi Madarasah&Tahfiz Sanggar Suriuntuk Tajaan & Sumbangan. Jazakumullah khairan kathira..

CATATAN:
Kisah mereka juga boleh diikuti di Fanpage: Misi Madarasah&Tahfiz Sanggar Suri

Diasaskan oleh Ustaz Hashim atas kesedaran beliau untuk menyelamatkan anak-anak pelarian Muslim Rohingya yang terbiar tanpa pendidikan. Atas usaha beliau dan derma orang ramai, Ustaz membuka Madrasah ini untuk menyediakan kelas pengajian untuk mereka. Terletak di aras 2&3 bangunan rumah kedai. Pengajian Islam & al-Quran, di samping akademik (bahasa Inggeris, bahasa Melayu, Sains, Matematik).

Dana disalurkan oleh peniaga-peniaga di sekitar Pasar Selayang, yang kebanyakan bekerja sebagai pengutip sayur (yang kemudian dijual semula). Walaupun mampu menghulurkan RM10..mereka tetap sepakat membantu.

Yuran minima dikenakan dalam RM50, tetapi kebanyakan mereka tidak mampu membayar yuran. Sebahagian mereka adalah anak yatim yang kebanyakan bapa mereka meninggal dalam krisis penghapusan etnik Rohingya di Myanmar.

Walaupun bersesak-sesaak dalam kelas yang sempit & tanpa sistem pengudaraan yang sempurna, anak-anak ini tampak tekun & bersungguh-sungguh. Begitu juga tenaga pengajar yang berusaha memberikan yang terbaik, walaupun gaji mereka cuma sedikit (RM400-700) dan kadang-kala mengajar secara sukarela.

Tambah sebak hati kami, apabila melihat asrama anak-anak ini di aras 3. Di situlah tempat mengaji & menghafal, di situ jugalah tempat makan & tidur. Kosong tanpa tikar & alas..
Tidur mereka juga tanpa tikar @ tilam, sekadar dialas selimut & berbantalkan bantal yang sudah usang.

Tekad & janji kami... kami akan datang lagi..kali ini akan membawa..BANTAL, SELIMUT & TIKAR.... Janji kami disambut dengan ceria oleh anak-anak ini..Ya, Allah..sungguh kami terpaksa menahan air mata melihat mereka. Belum lagi apabila mereka bercerita..tentang arwah ibu & bapa yang telah pergi, kisah tragis yang tak sanggup dikongsi, serta perjalanan hidup yang teramat sukar sebelum sampai di Madarasah ini.

Buat sahabat yang ingin bersama kami untuk tunaikan hajat pertama mereka: Dana BANTAL, SELIMUT & TIKAR untuk Anak-anak Muslim Rohingya dilancarkan. Setakat hari ini RM1200 diperolehi melalui Misi Madrasah & Tahfiz Sanggar Suri. Dan RM200 telah dibelanjakan untuk membeli barang makanan semasa ziarah pertama kami pada 26 Feb 2014. Kami memerlukan lagi RM1000 untuk menyempurnakan Misi ini.


Seterusnya..biarlah gambar berbicara..

Bayangkanlah..jika mereka adalah anak-anak kita?





Sumbangan barang makanan yang dibawa.


Tetap bersemangat belajar walaupun dalam kelas yang sempit..


Tetap bersemangat belajar walaupun dalam kelas yang sempit..




Kelas 8pagi-11pg, dan disambung semula pukul 2-4.30 petang

Ustaz Zakaria ditemani penterjemah, adik Nasrudin, 14 tahun.

Menanya khabar anak-anak Rohingya.. tidak ramai yang fasih berbahasa Melayu

Antara 164 pelajar.. bersesak-sesak dalam kelas demi menuntut ilmu



Antara barang sumbangan yang kami bawa - pakaian, buku, beg & barang makanan

Asrama.. di ruang inilah tempat mereka belajar, mengaji & menghafal..dan di sini juga ruang tempat mereka tidur & makan..


Air mata kami menitis melihat keadaan asrama mereka. Bantal-bantal sudah usang..dan tiada alas tidur yang sempurna, sekadar selimut buat alas..



inilah alas tidur mereka...

Ustaz Zakaria ditemani pelajar sebagai penterjemah-Osman, anak yatim piatu



Terima kasih Sis Farah Samsudin yang sudi perkenalkan & bawa kami ke sini..


Bersiap sedia untuk solat Asar berjemaah


Osman, 13 tahun..terlalu banyak kisah duka anak yatim piatu ini..membuatkan kami sebak untuk bertanya lagi..








Walaupun bersekolah dalam tempat yang tidak sempurna, anak-anak ini tetap cemerlang dalam pelbagai pertandingan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini