PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN


"......kami lebih risau fikirkan macam mana nk beli beras, tak sempat nak fikir pasal nak beli susu..." Mat Zuki, nelayan anak 7 (umur 2-20tahun), Kelantan (6 Feb 2012)... insya-Allah ada rezeki Tabung Susu akan sampai ke sana.. sokongan sahabat2 diperlukan agar lebih ramai anak2 kecil ini dapat membesar dengan sempurna..amin..
****Untuk gambar & berita terkini boleh diikuti di halaman lain di bawah Label TABUNG SUSU dalam blog Sanggar Suri ini atau Facebook 


PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN
LATAR BELAKANG
Projek Tabung Susu ini tercetus daripada kisah-kisah yang menyentuh hati, tentang anak-anak yatim dan miskin yang kami temui sepanjang ziarah amal. Ada antara mereka yang diberikan susu campuran susu pekat yang dicairkan sahaja. Kebanyakan mereka tidak meneruskan pengambilan susu selepas habis tempoh menyusu susu ibu. Ada antara mereka yang kekurangan zat akibat berhenti menyusu lebih awal daripada sepatutnya. Tambah malang lagi, ada di kalangan penerima susu ini yang terdiri daripada anak-anak yang ditinggalkan ibu sejak berumur beberapa hari lagi.
Rentetan daripada kisah-kisah yang dikongsi di blog SANGGAR SURI, maka tercetuslah idea untuk mengumpul dana bagi membeli dan mengagih-agihkan bekalan susu ke kawasan-kawasan perkampungan terpencil & kawasan miskin di bandar, dan juga di beberapa buah rumah anak yatim.
Projek ini bermula pada bulan Oktober 2009. Anjuran Eksekutifsuri.com & Sahabat SanggarSuri dengan kerjasama rakan-rakan di laman sosial.
Terima kasih pada sukarelawan yg membantu mengagih-agihkan bekalan susu ke pelosok-pelosok kampung dan kawasan miskin bandar, yang sudah tentunya memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Semoga Allah membalas usaha sahabat2 dengan menganugerahkan kehidupan yg penuh keberkatan. Amin

MATLAMAT
Projek Tabung Susu dilancarkan bertujuan untuk mengumpul dana bagi membiayai kos pembelian susu untuk anak-anak kecil di kalangan keluarga miskin dan rumah2 anak yatim &fakir miskin agar bekalan susu dapat disediakan secara tetap setiap bulan.
Alhamdulillah proses penyerahan untuk setiap bulan dapat diselesaikan walaupun kadang kala terdapat beberapa halangan dan kami terpaksa membeli susu secara berperingkat mengikut dana yang ada. Akibat kutipan dana yang tidak tetap setiap bulan, proses penghantaran susu juga terjejas, dan kadang-kadang pengagihan susu diberikan sekadar sedikit seorang tapi sama merasa.
Namun kami berharap Projek Tabung Susu yang sudah hampir 6 tahun dijalankan ini akan berjalan lancar. Kami akan berusaha memastikan proses penyerahan dapat dijalankan pada setiap bulan. Sekiranya dana tidak mencukupi kami akan berusaha mendapatkan dana daripada sumber lain termasuk simpanan Tabung Suri (rujukhttp://www.eksekutifsuri.com/).
Bagi mengatasi masalah ini, pemberian susu bermula Ogos 2010 hanya diutamakan kepada kanak-kanak berusia bawah 4 tahun, keutamaan kepada anak-anak baru bercerai susu ibu dalam lingkungan 2 tahun. Ada juga kes-kes tertentu susu disumbangkan juga kepada anak-anak OKU &pesakit strok .



MAKLUMAT SUSU
SUSU HALIB'S


MAKLUMAT SUSU
Salah satu faktor terpenting kenapa susu ini dipilih ialah Susu Halib's keluaran IMP (Islamic Manufacturer Practice) berkonsepkan Halalan Thoiyiba yg dibangunkan sepenuhnya oleh Bumiputera Muslim di Malaysia dan diproses mengikut Amalan Pengilangan Islam/Islamic Manufacturer Practise (IMP) yang berkonsepkan Halalan Thoiyyiba.
Setiap pekerjanya akan mengambil wuduk dan ada bacaan al-Quran surah-surah tertentu serta doa semasa memproses susu untuk kesejahteraan anak-anak yang meminum susu ini. Alhamdulillah dgn resipi tambahan (terapi al-Quran,doa & amalan IMP) serta keberkatan perkongsian rezeki yang kita usahakan ini, anak-anak yang minum susu ini bukan sahaja membesar dengan sihat, malah akhlak & minat mereka pada ibadah semakin mendalam.
Susu ini bukan sahaja diformulakan semula dan diperkaya dengan DHA dan AHA malah ia juga mengandungi Kalsium( Seaweed Calsium), Kismis dan Kurma.
Kismis
Menurut pandangan pakar-pakar pembangunan kanak-kanak, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalsium yang merupakan nutrisi penting untuk badan. Kismis juga mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak. Kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Kurma
Kurma ialah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera. Kajian sains membuktikan buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium.Kanak-kanak amat digalakkan memakan buah kurma kerana ia dapat membantu dari segi proses pembesaran dan pembentukan minda kanak-kanak.

Seaweed Calsium
Seaweed Calsium diekstrak daripada rumpai laut yang merupakan kalsium organik yang paling mudah diserap olh tubuh kita. Ia merupakan sumber kalsium yang baik dan efektif untuk tubuh berbanding sumber kalsium yang lain.

L-Lysine
L-Lysine merupakan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Ia amat diperlukan oleh tubuh kerana ia membantu dalam penyerapan kalsium.

TESTIMONI 


1. Pn Rohana (Penjaga RTAR)
 "Alhamdulillah budak2 ni dah semakin sihat & badan dah bersemangat. Susu ni jadi makanan tambahan kalau ada penghuni yang demam, kami cepat2 bagi susu ni dan Alhamdulillah cepat sembuh"

2. Pn Umi (Ibu Tunggal, Kg Sg Ara)
"Syukur sangat2..anak2 saya bukan sahaja sihat tapi senang nak didik. Dulu nak kena suruh2, sekarang tak perlu suruh, dengan sendiri suka mengaji dan solat. Menghafal pun senang. Anak yg umur 4 tahun dah dapat hafaz surah Kursi"

3. En Jamaluddin (pengantara negeri Perak)
"Alhamdulillah anak2 yang terima susu ni semakin sihat. Mana2 yang selalu sakit dah sihat. Orang2 tua yang uzur pun minta beli susu ni, sebab bila mereka minum jadi sihat."


Untuk gambar & berita terkini boleh diikuti di bawah Label TABUNG SUSU dalam blog Sanggar Suri ini. Atau sila ke FACEBOOK Fanpage TABUNG Susu HALIB'S-SANGGAR SURI

MAKLUMAT PENERIMA SUSU
           
UPDATE: JUN 2015

JUMLAH PENERIMA: 29 orang (116 kotak susu)

KOS DIPERLUKAN: RM2494/bulan


1. Rumah Titian Ashraful Rohaniah(RTAR) Teluk Intan
Anak yatim, terbiar & OKU tanggunggan RTAR

Jumlah: 5 orang/ 20 kotak susu
Pengantara: Pn Rohana (013-4550013)

 2. Kawasan Pulau Pinang
Anak yatim & fakir miskin bawah seliaan Sahabat Sanggar Suri P.Pinang

Jumlah: 5 orang/ 20 kotak susu
Pengantara: Norhana (0134226553)


3.  Kawasan Pasir Mas, Kelantan
Oku, Anak Yatim & Fakir Miskin bawah seliaan Sahabat Sanggar Suri Pasir Mas

Jumlah: 4 orang/ 16 kotak susu
Pengantara: Cikgu Suzana (019-9859571)

5. Kawasan Machang, Kelantan
Anak Fakir Miskin bawah seliaan Sahabat Sanggar Suri Machang

Jumlah: 4 orang/ 16 kotak susu
Pengantara: Cikgu Suzana (019-9859571)

6. Kawasan Rantau Panjang, Kelantan
Anak Yatim & Fakir Miskin bawah seliaan Sahabat Sanggar Suri Rantau Panjang

Jumlah: 10 orang/ 40kotak susu
Pengantara: T.Hj Haris(Mie) (019-9107987

7. Kawasan Lembah Klang
Anak Yatim & Fakir Miskin bawah seliaan Sahabat Sanggar Suri Lembah Klang

Jumlah: 1 orang/4 kotak susu
Pengantara: En Nizam (012-6567685)





ANTARA PENERIMA (Sejak 2009)

1. Baitul Fitrah, Bandar Country Homes, Rawang 
Keluarga ibu tunggal& miskin di bawah naungan Baitul Fitrah
Jumlah: 20 susu/5anak

Pengantara:En Zaphir ( 0139219866)







2)Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, Lenggong, Perak.
 Jumlah: 20 susu / 5 orang
 Pengantara: Cikgu Shahrizan (010-3850601/013-4847732)

3)Keluarga Anak Yatim &Fakir Miskin, Redang Panjang, Batu Kurau, Perak.
 Jumlah : 28 susu/7 orang
 Pengantara: En Jamaluddin (019-5414673 )

Catatan: Penerima susu dr tahun 2009. Mulai Jun 2012..bantuan dihentikan atas permintaan pengantara kawasan Lenggong & Redang Panjang. Atas sebab anak2 di sini sudah besar dan kepentingan kpd susu berkurangan. 







4.  Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Teluk Intan.
Rumah kebajikan Anak2 yatim&terbiar, OKU &warga tua
Jumlah: 16 susu/ 4 orang

3. Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah, Pulau Pinang.
Anak Yatim & Fakir Miskin
Jumlah: 8 susu/2 anak(kembar-Abdul Rahman & Abdul Rahim, 2 tahun)
Mulai Feb 2013: 3 orang
Penjaga:Puan Rohani (04-8661244 )
Pengantara: Pn Norhana (Tel: 0134226553)

Update 05 April 2013: Alhamdulillah Adik Ab Rahman & Ab Rahim sudah besar (umur 4 1/2 tahun). Jadi susu telah diberikan kepada anak2 yg lain (3orang)






6. Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, kawasan Pasir Mas, Kelantan
 Jumlah: 16 susu/4 orang
Pengantara: Cikgu Suzana 0199859571
(bermula FEB 2011)
-anak yatim & OKU, pesakit strok



7. Keluarga Fakir Miskin, Jeli, Kelantan
Jumlah : 4 susu/1 anak
 Penerima: Azizah Awang Lah(017-9271410)
( Puan Azizah, ibu 10 anak)
Catatan: 1.Mulai Jun 2012, telah berkurang pada seorang-Alif 2 tahun. Kerana abangnya, Adam 4tahun lebih telah besar & keperluan kepada susu telah berkurang.
2. Mulai Jan 2013 bantuan dihentikan disebabkan keluarga in sudah keluar drp kemiskinan, Alhamdulillah.


8. Keluarga Fakir Miskin, Flat Kayu Ara, Petaling Jaya
Jumlah: 4 susu/1 anak
Penerima: Pn Umi (017-2365014)
bermula OGOS 2011
 -ibu tunggal kematian suami, 4 anak berumur setahun hingga 12 tahun


9)Keluarga Fakir Miskin, Lembah Subang (12susu/3anak)


i)    En Zainal (016-6247209
bapa, 3 anak, seorang anaknya cacat penglihatan)
(4susu/1anak)


 ii)  Nashanida bt Mohd Raus (OKU), anak yatim, ibu mualaf
(Rohaya 0147223501)
 (4susu/1anak)

Alfatihah-Salah seorang penerima bantuan Misi Sinar Harapan & Tabung Susu Sanggar Suri telah pulang ke Rahmatullah malam tadi(6Jan2013)-Adik Nashanida(OKU). Ibunya, Puan Rohaya seorang mualaf&ibu tunggal baru sahaja menjalani pembedahan(potong kaki) akibat diabetes bulan Disember 2012. Tinggal di Flat PPRT Lembah Subang. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..

iii)  Norbaizura(0108976519)
ibu tunggal 3 anak umur 2-11tahun(yg sulung OKU-penglihatan, sakit buah pinggang), yg kecil selalu sakit (masih dlm rawatan pakar)
(4susu/1anak)**bermula OKTOBER 2011 

 PENERIMA BARU

Penambahan anak2 yatim & miskin untuk menerima bantuan dilakukan sejak Jun 2012 secara berperingkat. Insya-Allah mulai OGOS 2012 ada 10 anak yang menjadi penerima baru



10.. Keluarga Fakir Miskin Kawasan Rantau Panjang, Kelantan

Jumlah: 40 susu/ 10 orang (anak yatim&miskin)
Pengantara: Tn Hj Haris (Abe Mie) 0199107987
(bermula OGOS 2012)

Bermula JUN 2012

Nama Ibu: Norhayati Che Awang,38 ibu tunggal kematian suami, tiada punca pendapatan
Alamat:  892, Jln Bunga Raya, Kg. Kubang Chenok, 17200 Rantau Panjang
Anak(yatim)

i.Muhd Amin Saifullah b Jali,14 bulan
ii.Nur Saidatul Nazihah bt Jali,3 bulan

Bermula OGOS 2012











11. Keluarga Fakir Miskin Kawasan Machang, Kelantan

 TAHUN 2012
Jumlah: 16 susu/4 orang
Pengantara: Cikgu Suzana 0199859571



BAGAIMANA SAHABAT BOLEH MEMBANTU:
1. Menjadi penyumbang tetap **RM100 utk setiap anak yatim & miskin setiap bulan untuk kos pembelian dan penghantaran 4 kotak susu untuk setiap seorang anak
yatim/miskin; atau
2. Sedekah seikhlas yang mampu ke dalam Tabung Susu yang akan dikumpulkan untuk menampung pembelian; atau
3. Membeli sambil beramal-setiap susu tepung penuh krim Halib's yang dijual dengan harga RM28(WM)/RM30(EM) dan RM1 bagi setiap pembelian akan disalurkan ke dalam Tabung Susu untuk Anak Yatim & Fakir Miskin.
(Untuk pembelian susu Halib's sila lawati www.eksekutifsuri.com)
**anggaran kos termasuk kos pembelian, penghantaran & pengurusan.
Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Susu melalui akaun :
MAYBANK 164192049410 AHMAD NIZAM B AHMAD SHAFIEI

***akaun ini dikhaskan utk Tabung Susu utk Anak Yatim & Fakir Miskin
emailkan slip pembayaran ke anas702005@yahoo.com untuk rekod.
Maklumat lanjut: Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
Jutaan Terima kasih pada semua yang menghulurkan sokongan, sama ada yang menderma dengan harta mereka atau yang memberi sokongan moral, masa & tenaga serta menaruh kepercayaan kepada kami .
Semoga Allah Memberkati Rezeki Usaha kita..amin