Rabu, 25 September 2013

MISI SINAR HARAPAN “SECANGKIR KASIH, SECALIT SINAR” untukmu ZAITON

Untuk melihat maklumat lanjut, matlamat&latarbelakang
MISI "Secangkir Kasih, Secalit Sinar" 
sila klik di SINI


UPDATE perbelanjaan &proses pembinaan MAHLIGAI ZAITON
sila lihat di bahagian bawah artikel ini

 KISAH 3

Nama : Zaiton bt Seman, 37 tahun.
Anak: Siti Aisyah Nasir 7 thn, Mohd Aiman Nasir 3 thn
Tempat: Kg Chicai Tinggi, Pasir Mas, Kelantan

Kisah Zaiton sebelum ini boleh diikuti di SINI


Berat mata memandang berat lagi bahu memikul...

Dalam Misi Ziarah terbaru pada 14 Sept 2013 baru2 ini kami berkesempatan menziarahi Zaiton di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan dan menyampaikan sumbangan Sahabat Sanggar suri sejumlah RM420.

Sebelum ini ziarah kali pertama pada 22 Jun 2013 menemukan kami dengan keluarganya.





Zaiton..sudah tiada ibu bapa, dan tiada adik-beradik. Menumpang kasih keluarga ibu saudaranya, Puan Zalma bt Wok. Di rumah itu juga tinggal suami Puan Zalma, menantu&anak2 (5 orang) dan cucu (5 orang termasuk, 2 anak Zaiton).

Zaiton menjadi mangsa dera suami. Akibat kecederaan saraf di tengkuk & tulang belakang, beliau mengalami kecacatan kekal lumpuh seluruh badan. Alhamdulillah, setelah jalani sesi fisioterapi, Zaiton sudah mampu menggerakkan sedikit kepala & tangannya..Namun, mengikut pakar, Zaiton tiada harapan untuk pulih (lumpuh seluruh badan).


KRONOLOGI:

1. 24/12/2012 :

Zaiton mula dimasukkan ke Hospital Termeloh setelah cedera teruk didera suami. Setelah berada 20 hari di rumah ibu saudaranya, Zaiton mengalami kudis besar di bahagian punggungnya disebabkan lama berbaring.



2. 15/01/2012
Dimasukkan ke Hospital USM, Kubang Kerian untuk rawatan dan setrusnya pembedahan pemulihan bahagian yang berkudis.

3. 24/07/2012 
Dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk rawatan susulan  & pemulihan.



Selain Zaiton, anak bongsunya juga kerap ke hospital untuk mendapat rawatan akibat masalah pertuturan. Mengikut doktor, mungkin masalah ini disebabkan trauma melihat penderaan yang dilakukan ayahnya terhadap ibunya.
anak bongsunya yang trauma..
Ibu saudara Zaiton, Puan Zalma berulang-alik ke hospital menjaga Zaiton dan juga berulang-alik untuk rawatan anak Zaiton menaiki beberapa buah bas dari rumah ke hospital.

SUMBANGAN:

Melalui "Misi Secangkir Kasih, Secalit Sinar untuk Zaiton"  Sanggar Suri berharap dapat mengumpul dana bagi membina rumah di atas tanah pusaka neneknya untuk menyediakan tempat yang sempurna untuk Zaiton. Sekurang-kurangnya Zaiton ada rumah sendiri. Rumah ini akan dikongsi dengan sepupunya (anak Puan Zalma) yang bertanggungjawab menjaga Zaiton nanti.

Sahabat Sanggar Suri bersama anak2 Zaiton di tapak rumah


Kos RM8000 telah disalurkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Namun, rumah ini lambat disiapkan kerana mereka tidak mampu nuntuk menampung kos pembinaan seterusnya. Kos selebihnya ditanggung oleh keluarga Puan Zalma yang juga miskin secara sedikit-sedikit.

Insya-Allah kami bertekad untuk membantu menyiapkan rumah ini bagi memastikan setelah Zaiton  kembali dari hospital, beliau dapat tinggal di rumah yang lebih sempurna. Kos diperlukan dianggarkan sebanyak RM5000 lagi.

Sanggar Suri juga akan berusaha mendapatkan dana secara bulanan untuk menampung kos sara hidup & rawatan Zaiton dan anak-anaknya juga wang sagu hati untuk penjaganya anggaran sebanyak RM500 sebulan.

Insya-Allah Sahabat Sanggar Suri akan menjadi pemegang amanah untuk menguruskan dana yang disalurkan atas persetujuan Puan Zalma & Zaiton.

Untuk maklumat lanjut & sumbangan:

**Terima kasih atas sokongan & keprihatinan. Buat sementara waktu ini kami kumpulkan dana & pantau perbelanjaan. Target untuk siapkan rumah Zaiton & salurkan dana bulanan utk kos rawatan & sara hidup Zaiton, anak2 dan sagu hati utk ibu saudaranya yg juga miskin.

No akaun pemegang amanah (sementara):

Bank Islam 12047020327705 NORLAILI TALIB

Sila maklumkan nama, tarikh & jumlah sumbangan.

FB Elly Nizam 012-3614014
eksekutifsuri@yahoo.com.my

UPDATE:

Jumlah sumbangan diterima setakat 21 Sept 2013: RM3801
Jumlah yang diserahkan:

1. Sara Hidup RM420 (14/09/2013)
2. Kos Pembinaan Rumah RM1000(18/09/2013)
3. Kos Pembinaan Rumah RM1111(21/09/2013)

Baki wang dalam tabung: RM1270


UPDATE : 22 SEPT 2013

Anggaran diperlukan utk Pembinaan Rumah: RM5000

Anggaran Kos pembinaan rumah:

1 RM1545.20(seperti dlm resit di sebelah)...

2 RM44.00(zink perabung)-2keping
3 RM90 pasir satu lori
4 RM709 kayu
5 RM2500 (upah tukang rumah 3 orang utk 2 minggu)
Untuk belian papan dan bahan2 lain sedang diusahakan oleh tukang rumah untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Tukang rumah yang akan bertugas ialah 3 orang dengan upah anggaran RM50-80 sehari.
Sebelum ini rumah ini dibina secara sukarela oleh menant
u ibu saudara Zaiton dan mengikut masa lapangnya kerana beliau bekerja dengan orang lain. Insya-Allah dengan adanya pekerja tambahan diharap rumah ini dapat disiapkan secepat mungkin sebagai persediaan membawa Zaiton pulang..



UPDATE 01 OKT 2013: Misi Mahligai Zaiton..

Alhamdulillah..proses pembinan mahligai Zaiton berjalan lancar di bawah pemantauan Sahabat Sanggar Suri diketuai Mie GSTK. Dana masih diperlukan untuk menampung kos pembayaran upah pekerja, anggaran RM2000.






Antara tukang rumah yang bekerja menyiapkan Mahligai Zaiton




UPDATE: 04 OKT 2013:

Misi Mahligai Zaiton. Alhamdulillah hasil sumbangan sahabat2 mampu menampung kos upah pekerja insya-Allah. Kalau ada pendapat & tips nasihat penjagaan pesakit lumpuh seluruh badan harap dapat kongsi..

UPDATE:

**Sumbangan diserahkan melalui Sahabat Sanggar Suri Rantau Panjang-T.Hj Haris ( pemegang amanah & bertangjuwab memantau pembinaan rumah & perkembangan kehidupan Zaiton & anak2)

Jumlah sumbangan Dana Sara Hidup setakat 04 OKT 2013:

Jumlah yang diserahkan:

1. Sara Hidup bulan September: RM420 (14/09/2013)
2. Sara Hidup bulan Oktober    : RM500 (04/10/2013)

Baki dalam Tabung Sara Hidup: RM1300

Jumlah sumbangan Dana Mahligai Zaiton:

2. Kos Pembinaan Rumah RM1000(18/09/2013)
3. Kos Pembinaan Rumah RM1111(21/09/2013)
4. Kos Pembinaan Rumah RM1850 (26/09/ 2013)
5.Kos Upah RM585 (03/10/2013)

Baki dalam Tabung Mahligai: RM1500





Alhamdulillah..sumbangan sahabat2 dapat digunakan untuk membayar gaji.


“Semoga Perkongsian Rezeki ini Membawa Sinar dalam hidup mereka, dan Memberikan Sinar kepada kita sepanjang jalan ke SYURGA..amin..”

 Jazakumullah khairan kathira..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini