Isnin, 14 April 2014

MADRASAH HASHIMIAH (Anak Yatim &Miskin Muslim Rohingya)-Dana Gaji

ERTI PENGORBANAN DALAM SEBUAH PERJUANGAN...

Kisah sebelum ini boleh dibaca di SINI

Biasanya kalau kita paling banyak kerja, sudah tentu kitalah paling banyak gaji kan? Dan sudah tentu kita dambakan gaji hasil usaha kita itu, bukan? Tapi tidak begitu bagi mereka yang faham erti perjuangan & pengorbanan demi sauadara se-Islam yang lebih memerlukan..

Ustaz Hashim, sebagai Pengetua Madrasah Hashimiah sendiri, tidak mengambil gajinya, malah, upah mengajar al-Quran dan pengajian Islam di tempat-tempat lain yang diperolehinya disalurkan ke Madrasah ini untuk menampung kos perbelanjaan madrasah.


Begitu juga tenaga kerja yang lain, yang sering berkorban, dahulukan gaji mereka untuk saudara mereka yang lain. Tidak sangka pula, pada ketika kami menyatakan hasrat kami untuk menziarahi mereka kali ini, rupanya mereka sedang resah memikirkan wang gaji yang tidak mencukupi.

Terharu apabila Ustaz Hashim memberitahu, bahawa beliau sentiasa berdoa agar Allah hantar insan yang ikhlas untuk membantu mereka. Kedatangan kami kali ini, disambut dengan penuh syahdu... beberapa kali Ustaz Hashim menyeka airmatanya, dan mengucap syukur ke hadrat Allah & mengucapkan terima kasih buat semua sahabat yang menghulurkan sumbangan.

Sebak rasanya apabila melihat beliau memeluk erat suami saya sambil menahan air mata sewaktu mengakhiri bicara pada malam itu...



Seperti biasa, kami tidak mahu berjanji..tapi akan berusaha untuk mendapatkan dana & salurkan secara istiqamah untuk membiayai sekurang-kurangnya 3 orang tenaga kerja. Kebetulan, tenaga kerja yang sentiasa berkorban & belum mendapat gaji pada ketika itu pun jumlahnya 3 orang.

Difahamkan 3 orang tenaga kerja inilah yang menjadi tulang belakang yang membantu perjuangan Ustaz Hashim & Madrasahnya.. Mereka dibebani kerja yang berganda, melebihi jawatan yang disandang, tetapi mereka juga yang sering berkorban dahulukan gaji mereka untuk diberikan kepada tenaga kerja yang lain.

Insya-Allah..mulai April 2014..kami bertekad untuk biayai gaji tiga orang tenaga kerja Madrasah Hashimiah ini iaitu:

1. Ustaz Zakaria Ismail RM1000
2. Ustazah Abida bt Abdullah RM800
3. En Hatim bin Ustaz Qassim RM800

JUMLAH: RM2600



Tenaga kerja ini bertanggungjawab  menjaga & mendidik Anak-anak yatim & miskin Muslim Rohingya. Usaha murni ini dilaksanakan demi memastikan anak-anak ini agar tidak terbiar dan terdedah dengan anasir2 yang tidak baik. Tambahan lagi dalam kehidupan mereka yang serba kekurangan di tempat orang.
Gaji untuk April RM2600

 
 

Anak-anak ini dilatih untuk menjadi generasi umat Islam yang kuat & berakhlak. Mereka dilatih untuk bangun seawal 4.30 pagi untuk qiamulail & tazkirah. Beginilah rutin harian anak2 ini, yang berumur antara 4 hingga 18tahun:

RUTIN HARIAN 

4.30pagi: Bangun, Qiamulail, Solat Subuh & Tazkirah
7.30pagi: minum pagi
8.30-11.00pagi:Kelas Al-Quran & Pengajian Agama
11.00pg-12.00tengah hari- makan tengah hari
12.00-2.00petang: rehat & solat Zohor
2.00-4.30petang: Kelas Akademik
4.30-6.00 petang: Rehat
6.00petang: makan malam
7.00-9.00malam: Solat Maghrib, Hafaz al-Quran
9.0-9.30malam - Solat Isyak & Tazkirah
9.30-10.00malam- gotong-royong kemas asrama
10.00malam-Tidur







Sepertimana DOA Ustaz Hashim agar ada Insan yang Ikhlas datang membantu, begitu juga DOA kami... semoga Allah buka pintu hati sahabat yang membaca kisah ini & yang sentiasa menyokong perjuangan kami agar dapat menyokong usaha kami ini.

Buat pengetahuan sahabat-sahabat, gaji 3 orang guru selain dalam gambar di atas & kos api air di Madrasah ini dibiayai oleh sebuah Persatuan Buddha Cina secara konsisten sejak 5 tahun dahulu. Jika mereka yang berlainan agama prihatin dengan nasib mereka, kenapa tidak kita sebagai saudara seagama?

Insya-Allah usaha ini akan berjaya dijalankan secara istiqamah setiap bulan seandainya kita sepakat & berjemaah menjayakannya... 

Untuk sumbangan & maklumat lanjut boleh hubungi 

admin Sanggar Suri @ Fanpage: Madrasah Tahfiz Sanggar Suri.

Semoga usaha & perkongsian rezeki ini dapat membantu anak-anak kecil ini mendapat hak belajar dengan sebaik-baiknya & dapat menampung gaji guru & tenaga kerja yang banyak berjasa dalam usaha murni ini.

Amin..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini