Khamis, 26 Mei 2016

MISI MENARA GADING 2016-Sumbangan untuk Pelajar Miskin ke IPTA

 ~KUASA USAHA BERJEMAAH~

Terima kasih atas sokongan sahabat-sahaat. 

Alhamdulillah... syukur yang amat, kita dikelilingi sahabat2 yang berhati mulia. Bermula dengan artikel di bawah, kami mulakan kutipan dana Misi Menara Gading untuk menampung yuran & perbelanjaan anak-anak yatim & miskin yang berjaya mendapat tawaran ke IPTA. Alhamdulillah setakat hari ini 26 Mei 2016, kita berjaya membantu 6 orang pelajar. Maklumat lanjut boleh lihat dalam gambar & berita di bawah.

Amanah sahabat telah disampaikan seperti berikut:

UPDATE: 26 MEI 2015

1. Wan Nur Asyikin Wan Hassan
Kg Pulau Pisang, Kota Bharu, Kelantan.
Tawaran: Diploma Sains Gunaan UiTM Jengka
Tarikh :Daftar 23.5.16
Sumbangan: RM1500

2. Wan Ismail Hakqi B Wan Ismail Fakri
Kg Pulau Pisang, Kota Bharu, Kelantan.
Tawaran: Asasi Kejuruteraan, Uitm Dengkil
Tarikh Daftar 23.5.2016
Sumbangan: RM1500

3. Nasrul Azaha b. Muhammad Sauffi
Kg.Pulau Keseng, Kota Bharu Kelantan
Tawaran: Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ungku Omar, Ipoh
Tarikh daftar: 12 Jun 2016
Sumbangan: RM1500

4. Muhammad Syazmizan bin Salauddin 
Kampung Temelong, Lenggong. Perak
Tawaran: Diploma Kejuruteraan Elektrik&Elektronik, Politeknik Ungku Omar, Ipoh
Tarikh daftar: 12 Jun 2016
Sumbangan: RM1500

5. Nor Shahirah Alia Mohd Shukri
Lokasi: Kg Telong, Bachok, Kelantan.
Tawaran: Jurusan Diploma Sains, UPSI
Tarikh :Daftar 30.5.16
Sumbangan: RM2500

6. Che Nursyamimi Amni bt Che Mat Ghani
Lokasi: Kg Pulau Pisang, Kota Bharu, Kelantan.
Tawaran: Matrikulasi Sains, Kolej Matrikulasi Sains Kelantan.
Tarikh : Daftar 05 Jun 2016
Sumbangan: RM1000


***********************************************

Artikel pertama MISI MENARA GADING 2016
Tarikh: 19 MEI 2016

Musim "masuk U" dah bermula... 

Apa khabar anak-anak kita di ceruk-ceruk kampung? Jangan sampai mereka terpinggir dan terlepas peluang ke menara gading semata-mata kerana masalah kewangan...

Petang tadi saya mendapat berita daripada sahabat di lapangan, ada dua orang anak yatim mendapat tawaran ke Universiti tetapi tidak cukup wang untuk membayar yuran dan menampung perbelanjaan ke Universiti. 

Baru seorang sahabat yang kirimkan berita..
Belum lagi khabar daripada sahabat-sahabat lain di lapangan...

Kisah seumpama ini bagai ditayang semula berulang-ulang setiap tahun. 
Kami menyeru sahabat2 yang berhati mulia bersama2 kami berjemaah membantu anak-anak ini demi mencapai cita-cita mereka, agar nanti insya-Allah ada sinar yang bakal dibawa pulang anak-anak ini untuk mengubah nasib keluarga mereka ke arah yang lebih baik..

Setakat hari ini (19 Mei 2016) ada dua orang anak yatim yang perlukan bantuan segera untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM.. ada lagi calon-calon yang menanti 
(untuk ikuti perkembangan sila rujuk update & gambar terbaru )

1. Wan Nur Asyikin Wan Hassan
Kg Pulau Pisang, Kota Bharu, Kelantan.
Tawaran: Diploma Sains Gunaan UiTM Jengka
Tarikh :Daftar 23.5.16
YURAN: RM693

Status: Anak yatim 8 adik beradik
Umur: 18-38 tahun
( Seorang kerja kerajaan, 2 kerja kilang, 1 buruh, 3 belajar di UTHM Batu Pahat & UMK Jeli, dan Asyikin UiTM)

Maklumat Ibu: 

Ibu mengambil upah membuat kerja-kerja kampung sekitar Masjid Pulau Pisang dan menerima sumbangan orang kampung disamping sumbangan anak-anak yang bekerja.
Dulu ibunya pernah menerima elaun ladang rakyat RM200 sebulan sehingga umur 60 tahun..
Bapa meninggal dunia pada tahun 2011.

2. Wan Ismail Hakqi B Wan Ismail Fakri
Kg Pulau Pisang, Kota Bharu, Kelantan.
Tawaran: Asasi Kejuruteraan, Uitm Dengkil
Tarikh Daftar 23.5.2016
YURAN: RM693

Status anak yatim 6 adik beradik
( semua masih belajar: 3 di IPTA, 2 sekolah menengah, 1 sekolah rendah)

Maklumat Ibu: 

Puan Kamariah Yajid
Suami meninggal Jan 2014
Rumah tidak sempat siap, masih menumpang dgn adik beradik suami

Kerja pembantu kedai runcit adik ipar
Gaji RM500-600 sebulan.

Alhamdulillah dengan sokongan sahabat & berkat kerja berjemaah, pada 19 MEI 2016 dana Menara Gading utk Wan Hakqi & Nurasyikin sudah cukup untuk menampung yuran & sebahagian wang belanja. Dan anak2 ini selamat mendaftar di institusi masing-masing pada 23 Mei 2016.

*************************************************************
UPDATE: 23 MEI 2016

Pada 23 Mei 2016, berbekalkan dana yang dikirim sahabat2 Kita berjaya menaja dua orang lagi pelajar.

3. Nasrul Azaha b. Muhammad Sauffi
Kg.Pulau Keseng, Kota Bharu Kelantan

Tawaran: Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ungku Omar, Ipoh
Tarikh daftar: 12 Jun 2016
Yuran: RM1500

Status: anak yatim 5 beradik (14-24 tahun)
(kakak sulung UTHM-Kejuruteraan Mekanikal, seorang kerja kampung, seorang latihan askar, seorang tingkatan 1)
Ibu Tukang jahit...

4. Muhammad Syazmizan bin Salauddin 
Kampung Temelong, Lenggong. Perak

Tawaran: Diploma Kejuruteraan Elektrik&Elektronik, Politeknik Ungku Omar, Ipoh
Tarikh daftar: 12 Jun 2016
Yuran: RM1500
Status: Miskin. Adik-beradik 5 orang (13-26tahun)
Bapa penoreh getah

Pada 26 Mei 2016, berbekalkan dana yang dikirim sahabat2 Kita berjaya menaja dua orang lagi pelajar.

5. Nor Shahirah Alia Mohd Shukri
Lokasi: Kg Telong, Bachok, Kelantan.
Tawaran: Jurusan Diploma Sains, UPSI
Tarikh :Daftar 30.5.16
Yuran: RM2057.55

Biodata Keluarga:

Nama Bapa: Mohd Shukri Bin Nawi, 43 Tahun
(OKU Masalah penglihatan akibat kemalangan)
Pendapatan: Jaga kedai (gudang) dan menumpang tinggal di situ bersama keluarga
Pendapatan:RM400 + JKM RM350

Nama ibu: Noraini Hasni Ibrahim, 37 tahun
Pekerjaan: tiada
Adik-beradik: 7 orang (4 sekolah, 3 belum sekolah)
(umur 5bulan-18 tahun)

6. Che Nursyamimi Amni bt Che Mat Ghani
Lokasi: Kg Pulau Pisang, Kota Bharu, Kelantan.
Tawaran: Matrikulasi Sains, Kolej Matrikulasi Sains Kelantan.
Tarikh : Daftar 05 Jun 2016
Yuran: RM580

Biodata Keluarga:

Nama Bapa: Che Mat Ghani b Yaso, 49tahun
Pekerjaan:buruh kasar
Pendapatan: RM700

Nama ibu: Che Zamilah bt Che Hassan
Pekerjaan: tiada

Bilangan adk brdk: 8 org

3 di IPTA, 5 masih bersekolah
(umur 6-22tahun)

****************************************************************

MISI MENARA GADING diteruskan agar lebih ramai anak-anak golongan tidak mampu dapat kita bantu...

Kita sama2 tampung kos yuran & perbelanjaan semoga dapat meringankan beban keluarga mereka...Insya-Allah kami dalam usaha dapatkan biodata anak2 asnaf yg lain pula.
Teruskan bersama kami. Kalau ada niat & hajat boleh salurkan kpd kami utk disampaikan.

DANA SETAKAT 03.15PM 26 MEI 2016:

RM9275 (MAYBANK) + RM1000(sahabat di lapangan)

RM3000 diserahkan kepada Wan Hakqi & Wan Nur Asyikin (19 Mei 2016)
RM3000 diserahkan kepada Nasrul & Syazmizan (23 Mei 2016)
RM3500 diserahkan kepada Syahirah&Nursyamimi (26 Mei 2016)

DANA TERKINI: RM775

Perkembangan dana akan kami update dari semasa ke semasa. 
Dana akan ditutup apabila mencapai sasaran.

Dana Menara Gading 2016 dibuka untuk sahabat-sahabat sama2 berkongsi rezeki...
Untuk maklumat lanjut:

 Elly 012-3614014 
FB: Elly Eksekutifsuri


 Insya-Allah kita pakat selesaikan kos yuran & tampung perbelanjaan mereka..

Jazakumullah khairan kathira

#MenaraGading
#MisiMenaraGading
#SanggarSuri

















Jumaat, 20 Mei 2016

[ MISI MENARA GADING: Miskin Bukan Penghalang... ]






    [ MISI MENARA GADING: Miskin Bukan Penghalang... ]
    ~Sumber Inspirasi & Pencetus Semangat~
    "Kamu anak siapa?" sapa seorang pegawai kerajaan yang berjawatan agak tinggi di sebuah institusi, semasa saya menyertai Misi Kebajikan di situ..
    " Cikgu Talib..." Jawab saya..
    Sambil menyeka air matanya, Pegawai itu mula bercerita kisahnya kira-kira 40 tahun dahulu, ketika dia sudah melupakan niatnya untuk ke Universiti akibat kemiskinan. Waima untuk beli tiket keretapi pun tidak mampu.
    Ayahlah yang datang memujuk dan membantu menampung perbelanjaannya untuk melanjutkan pelajaran.
    "Jika bukan kerana Cikgu Talib datang rumah, pujuk saya dan belikan tiket keretapi pada masa itu, mungkin saya tidak ada di sini..."
    Ayah selalu masuk kampung jumpa anak2 muridnya untuk bagi semangat, apabila mereka hampir2 menolak masuk Universiti lantaran kemiskinan..
    Ayah..usahamu kuwarisi insya-Allah..
    Itu kisah 40 tahun dahulu.... dan kisah seumpama itu berulang-ulang setiap tahun sehingga kini...
    Rata-rata anak-anak asnaf yang kami temui hanya menyimpan surat tawaran bersama sedikit harapan ....sementara menunggu ibu dan bapa "cari duit". Kalau terlepas tarikh daftar sementara usaha cari duit itu, maka terlepaslah...
    Alhamdulillah hasil usaha bersama sahabat-sahabat di alam maya melalui Misi Menara Gading, sejak tahun 2010 dengan izin Allah kita berjaya menunaikan harapan lebih 50 orang pelajar miskin yg tidak mampu ke menara gading...
    Betul..takdir itu ketentuan Allah... namun sekurang-kurangnya kita berusaha. Allah akan lorongkan jika kita ada niat yang baik. Allah akan temukan kita dengan anak-anak yang memerlukan pertolongan kita. Dan Allah juga yang kirimkan bantuan-Nya melalui insan-insan berhati mulia untuk membantu usaha kita ini..
    Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian...Jazakumullah khairan kathira...
    Insya-Allah Misi Menara Gading akan diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini. Semoga anak-anak ini mendapat masa depan yang lebih cemerlang, dan akan pulang bersama kejayaan seterusnya dapat menabur bakti pula kepada keluarga dan penduduk kampung... amin...
    Teruskan bersama kami ...
    FB: Elly EksekutifSuri
    WA/Telegram/SMS: 012-3614014
    Jazakumullah khairan kathira

MISI MENARA GADING 2016-Sumbangan untuk Pelajar Miskin ke IPTA



Musim "masuk U" dah bermula... 


Apa khabar anak-anak kita di ceruk-ceruk kampung? Jangan sampai mereka terpinggir dan terlepas peluang ke menara gading semata-mata kerana masalah kewangan...



Petang tadi saya mendapat berita daripada sahabat di lapangan, ada dua orang anak yatim mendapat tawaran ke Universiti tetapi tidak cukup wang untuk membayar yuran dan menampung perbelanjaan ke Universiti. 



Baru seorang sahabat yang kirimkan berita..
Belum lagi khabar daripada sahabat-sahabat lain di lapangan...



Kisah seumpama ini bagai ditayang semula berulang-ulang setiap tahun. 
Kami menyeru sahabat2 yang berhati mulia bersama2 kami berjemaah membantu anak-anak ini demi mencapai cita-cita mereka, agar nanti insya-Allah ada sinar yang bakal dibawa pulang anak-anak ini untuk mengubah nasib keluarga mereka ke arah yang lebih baik..



Setakat hari ini ada dua orang anak yatim yang perlukan bantuan segera untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM.. ada lagi calon-calon yang menanti.



1. Wan Nur Asyikin Wan Hassan



Kg Pulau Pisang, Kota Bharu, Kelantan.



Tawaran: Diploma Sains Gunaan UiTM Jengka
Tarikh :Daftar 23.5.16



YURAN: RM693
PERBELANJAAN PERSEDIAAN: RM500



Status: Anak yatim 8 adik beradik
Umur: 18-38 tahun
( Seorang kerja kerajaan, 2 kerja kilang, 1 buruh, 3 belajar di UTHM Batu Pahat & UMK Jeli, dan Asyikin UiTM)



Maklumat Ibu: 



Ibu mengambil upah membuat kerja-kerja kampung sekitar Masjid Pulau Pisang dan menerima sumbangan orang kampung disamping sumbangan anak-anak yang bekerja.
Dulu ibunya pernah menerima elaun ladang rakyat RM200 sebulan sehingga umur 60 tahun..
Bapa meninggal dunia pada tahun 2011.



2. Wan Ismail Hakqi B Wan Ismail Fakri



Tawaran: Asasi Kejuruteraan, Uitm Dengkil
Tarikh Daftar 23.5.2016



YURAN: RM693
PERBELANJAAN PERSEDIAAN: RM500



Status anak yatim 6 adik beradik
( semua asih belajar: 3 di IPTA, 2 sekolah menengah, 1 sekolah rendah)



Maklumat Ibu: 


Puan Kamariah Yajid

Suami meninggal Jan 2014
Rumah tidak sempat siap, masih menumpang dgn adik beradik suami
Kerja pembantu kedai runcit adik ipar
Gaji RM500-600 sebulan.



**************************************************************************
UPDATE: 19 MEI 2016



~KUASA KERJA BERJEMAAH..



Terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat. 



Alhamdulillah dengan sokongan sahabat & berkat kerja berjemaah, 
dana Menara Gading utk Wan Haqki & Nurasyikin sudah cukup untuk menampung yuran & sebahagian wang belanja..



Insya-Allah kita dapat bantu ringankan beban mereka dengan menghulurkan RM1500 setiap seorang. Dengan wang ini anak-anak yatim ini telah menjelaskan yuran mereka. Jazakumullah khairan kathira buat semua insan berhati mulia yang membantu..



MISI MENARA GADING diteruskan agar lebih ramai anak-anak golongan tidak mampu dapat kita bantu...



Kita sama2 tampung kos yuran & perbelanjaan semoga dapat meringankan beban keluarga mereka...



Insya-Allah kami dalam usaha dapatkan biodata anak2 asnaf yg lain pula.
Teruskan bersama kami. Kalau ada niat & hajat boleh salurkan kpd kami utk disampaikan.



DANA SETAKAT 3.15PM 19 MEI 2016:



RM4425 (MAYBANK) + RM1000(sahabat di lapangan)



RM3000 diserahkan kepada Wan Haqki & Wan Nur Asyikin.



DANA TERKINI: RM2425




Insya-Allah kami akan kumpulkan dana untuk sampaikan kepada anak-anak ini. Yuran akan dibayar secara online sebelum 23 Mei 2016.
Perkembangan dana akan kami update dari masa ke semasa.
Dana akan ditutup apabila mencapai sasaran.



Dana Menara Gading 2016 dibuka untuk sahabat-sahabat sama2 berkongsi rezeki...



Boleh hubungi Elly 012-3614014 untuk maklumat lanjut. Insya-Allah kita pakat selesaikan kos yuran & tampung perbelanjaan mereka..



Jazakumullah khairan kathira



#MenaraGading
#MisiMenaraGading
#SanggarSuri