Selasa, 20 Februari 2018

MISI MENARA GADING: Misi FATIN ke JERMAN

Alhamdulillah..
...BERKAT USAHA BERJEMAAH & dengan IZIN ALLAH... 
Dana untuk Misi FATIN ke JERMAN sudah mencukupi. Dengan ini DANA DITUTUP.

Misi Menara Gading diteruskan untuk mengumpul dana untuk anak-anak asnaf yang lain yang mendapat tawaran ke Menara Gading untuk Kemasukan September 2017.

Kami akan siarkan Profile Pelajar yang terpilih dalam posting seterusnya.

Tahniah buat sahabat2 yang hulurkan sumbangan & sokongan sehingga membolehkan anak yatim ini mencapai impiannya..

Kisah Fatin viral & sampai kpd pihak pentadbiran. Atas keprihatinan pihak universiti, Fatin mendapat tambahan dana sebanyak RM2500.

Manakala pihak Kedutaan Jerman berikan pelepasan kos visa untuk Fatin.
Murah rezeki anak yatim ini.

Berkat doa ibu & sokongan sahabat2 semua.
Alhamdulillah.

[ DANA FATIN ke JERMAN ]

UPDATE: 09 OGOS 2017

Perbelanjaan:

Urusan Visa : - Dapat pelepasan. Alhamdulilah

Sewa Bilik : RM600 (120€)
Makan&urusan lain: RM900
Set Laptop RM2500

JUMLAH: RM4000
Dana Diterima: RM4000

Jom bantu kami untuk bantu anak yatim & miskin ini mencapai cita-cita seterusnya mengubah nasib keluarga..
Hubungi: FB Elly EksekutifSuri 012-3614014

#MisiMenaraGading
#AnakYatimkeJerman

***********************************88**********************************************

Terpilih melanjutkan pelajaran ke luar negara merupakan satu KEJAYAAN besar buat anak yatim ini.

FATIN satu-satunya pelajar perempuan yang terpilih, di samping dua lagi pelajar lelaki.

Fatin merupakan anak sulung daripada 5 adik-beradik yang 4 daripadanya sedang belajar di Universiti & Kolej..
Ibunya menampung perbelanjaan dengan menjual burger di depan rumah.

Bukan mudah untuk Fatin mencapai Impiannya dengan keadaan ekonomi keluarganya..

Namun, tiada yang MUSTAHIL.

INSYA-ALLAH...dengan Usaha Berjemaah kita mampu membantu anak yatim ini mencapai IMPIANnya, seterusnya mengubah nasib keluarganya..
Jom kita BUKTIKAN!!!

Alhamdulillah Fatin Fatihah terpilih untuk menyambung pelajaran di Universiti Karlsruhe, Jerman dalam bidang Kejuruteraan Automotif.

Sebelum ini Fatin belajar di Universiti Malaysia Pahang kerjasama dgn Universiti Karlsruhe. Selama 2 tahun mereka belajar bahasa Jerman. Kali ini hanya 3 pelajar termasuk Fatin yang terpilih untuk program ini.

Rayuan kali ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban PERBELANJAAN AWAL sebelum ke sana & setibanya di sana (sblm terima Biasiswa yg dijangka bulan Oktober 2017).

Fatin juga memerlukan Pakaian musim sejuk dan barang2 keperluan lain.
(Sahabat2 yang ada pakaian atau barangan preloved atau baru yang perlu dibawa ke sana dialu-alukan untuk infaq)

PROFILE PELAJAR:

Fatin Fatihah bt. Mohd Asri, 22 tahun
Alamat: Kg.Bukit Tandak,17200 Rantau Panjang, Kelantan.

Tawaran :
Terpilih utk sambung semester akhir di Universiti Karlsruhe, Germany.
Bidang Kejuruteraan Automotif.
Tarikh Daftar - Sept 2017 (Tarikh berangkat belum ditetapkan)

Bapa - Mohd Asri b. Saod (Arwah)
Ibu - Seenah bt. Dueromae
Jual Burger (pendapatan tidak tetap, lbh kurang RM600 sebulan)

Adik-beradik :
1- Fatin Fatihah bt. Mohd Asri,24 UMP
2- Farah Farhana bt. Mohd Asri,22 Ftms College Cyberjaya
3- Mohd Farhan b. Mohd Asri,20 thun KKTM Lubok Jong
4- Fazlin Suhana bt. Mohd Asri,18 thun UPM
5- Muhammad Fahim b. Mohd Asri,9 thun,SK Kubang Kuau.

Untuk tujuan pengumpulan dana. Sila hubungi:
Elly EksekutifSuri 012-3614014

Bersama bantu kami membantu mereka mencapai cita-cita...semoga dgn kejayaan ini boleh membawa
keluarga mereka keluar daripada kemiskinan.

#anakyatimkeluarnegara
#misifatinkejerman
#samacaknasamarasa
#misimenaragading
#sanggarsuri















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini