Sabtu, 12 Oktober 2013

MISI SECANGKIR KASIH:Pengorbanan Terakhir Seorang Anak..Siti Nurhumaira

 Assalamualaikum

"Al-fatihah & Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Siti Nurhumaira bt Redzuan, rakan sekelas anakanda Najwa Ezzati.

Saya cukup terkesan dengan pemergian beliau. Saat akhir persekolahannya arwah dikhabarkan sering ditegur guru kerana kerap tidur dalam kelas..hingga diadukan kepada ibu bapanya. Sehinggakan suatu hari arwah sudah tidak berdaya bangun semasa dalam kelas, setelah dibawa ke hospital barulah tahu bahawa arwah menghidapi barah otak.. 
Sedih kan? Lebih2 lagi perkara ini diketahui pada saat2 akhir hayatnya..

Peringatan buat diri saya, ibu bapa & guru2.. sekiranya ada kelainan berlaku pada sikap anak2 selidiki dulu sebelum marah..kadang2 anak2 ini sendiri tidak pasti apa yg berlaku terhadap dirinya sendiri..

Sermoga arwah damai di sana, dan keluarganya tenang di sini..amin"
-Petikan Facebook Elly Nizam 8 Oktober 2013.
Kenangan abadi...Arwah Humaira yang sentiasa ceria & disenangi sahabat & saudara-mara
Ayat-ayat di atas ditulis sewaktu penulis meluahkan rasa sedih atas kehilangan arwah.

Tujuan asal penulis menulis sekadar meluahkan kesedihan, tatkala melepaskan anak penulis untuk berada bersama arwah untuk memberikan penghormatan terakhir untuk sahabatnya. Tak sangka pula ramai yg share di Facebook masing-masing. Pada awalnya risau juga takut ada pihak yang terguris. Syukurlah kami mendapat respons positif daripada pembaca, terutama yang berstatus ibu bapa & guru.. sejak membaca status yang ditulis pembaca, mereka semakin prihatin & mengambil berat pasal anak-anak, dan guru-guru semakin memahami anak-anak murid..

Alhamdulillah pada 12 Okt 2013 penulis bersama Sahabat Sanggar Suri & sahabat usrah berpeluang menziarahi keluarga arwah.
insya-Allah adik-adik arwah akan diberikan tajaan bulanan Projek Susu Halibs-Sanggar Suri

Ibu arwah yang sentiasa tenang walaupun sebak menceritakan kenangan saat2 akhir hayat arwah

Sehingga detik ini..setiap hari selepas arwah pergi, hari2 kami dilimpahi air mata..terkenangkan kebaikan arwah dan kesakitannya yang tersimpan..rupanya arwah simpan kesakitannya demi tidak membebani ibunya..setelah ayahnya sendiri mengalami penyakit glaukoma yg menyebabkan dia buta.. tak tertanggung rasanya beban .. semoga kisah arwah Humaira yang kami siarkan dlm blog Sanggar Suri memberikan kita ruang untuk muhasabah diri dan membuka peluang kita membantu keluarga arwah Humaira..


Segalanya berlalu dengan pantas.. selepas hari raya Aidilfitri, Arwah Humaira sudah menunjukkan kelainan dalam perilakunya, walaupun ada yang perasan tetapi tidak menyangka tanda-tanda itu akan membawa kesan yang membawa penyudah dalam hidupnya. Arwah kerap hilang fokus, mula kerap tertidur dalam kelas dan pelajaran terganggu.

Sikap prihatin gurunya, membawakan khabar ini kepada ibunya. Walaupun ditanya apakah masalahnya, arwah tetap berdiam diri.. Dia cuma berkata:
" ...Humaira sayang & perlukan mak & ayah sahaja.."

Beberapa hari selepas perbincangan hati ke hati antara Humaira dan kedua ibu bapanya, khabar diterima bahawa Humaira sudah tidak mampu lagi balik sendiri ke rumah dari sekolah. Dan itulah kali terakhir kenangan Humaira bersama rakan-rakan di sekolahnya..



Kenangan abadi..bersama Ustazah & rakan-rakan sekelas

 Antara kelainan yang berlaku saat-saat akhir hayatnya, Humaira mengalami kemurungan, kerap hilang tumpuan dan gagal menyelesaikan perkara-perkara kecil termasuk mengikat kasutnya sendiri..inilah kasut yang dipakainya sewaktu hari terakhir persekolahan..talinya tidak keruan. Dan disarungnya sahaja seperti selipar.. selepas ketiadaannya, barulah terfikir sebab perkara ini berlaku. Saraf di otaknya sudah rosak menyebabkan dia sudah tidak dapat aturkan kehidupan & pergerakannya....
Sedihnya..kasut inilah yg dipakaikan rakan2 sekelas di kakinya pada hari terakhir persekolahan..


Arwah bersama adik2.


Sewaktu dimasukkan ke hospital, pada 23 Sept 2013 Humaira disahkan menghidap Brain Tumor- Basal Ganglia Tumour.. yang sangat agresif. Dalam masa 2 minggu sahaja tumor ini merebak dengan pantas.. Kata doktor, kesakitan yang dihadapinya tidak dapat dibayangkan.. itulah yang tersimpan selama ini. Mungkin Humaira tidak sampai hati membebani ibunya yang merupakan tulang belakang keluarga setelah ayahnya dijangkiti penyakit glaukoma yang mematikan saraf ke mata, yang menyebabkannya buta.. Humaira sentiasa membantu ibu bapanya, anak yang baik dan mendengar kata..memahami kesusahan dan beban yang ditanggung mereka..

Humairalah tangan kanan ibu dan bapanya..Humairalah tempat ibunya berkongsi duka..Humairalah mata kedua ayahnya..memimpin ayahnya ke mana sahaja..namun Allah lebih menyayanginya. 11.55pagi 8 Oktober 2013. Pada usia beberapa hari lagi genap 14 tahun. Ulang tahun kelahiran arwah 05 November nanti.. ..Humaira dijemput Allah akhirnya..
Ayah arwah baru kehilangan deria penglihatan
... betapa inilah pengorbanan terakhirnya buat kedua ibu bapanya. semoga damai di sana anak yg baik & dikenang ramai.. Humaira bukan pergi begitu sahaja tapi meninggalkan kenangan & iktibar kepada kita semua..

Hidup perlu diteruskan.. ibu Humaira, Puan Halawani seorang yang tabah dan kuat semangat. Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul bebanan..berat sungguh ujian yang menimpanya. Sudahlah patah tempat bergantung akibat suaminya buta, perniagaan terpaksa ditutup dan tiada pekerjaan tetap, kini hilang pula anak sulung yang menjadi tangan kanannya selama ini..

Insya-Allah ..Kami nekad untuk bantu mereka bangkit semula..memberikan sokongan moral & kewangan..apa jua pertolongan yang mampu.
Antara perancangan awal yang kami bincangkan:

1. Mendapatkan pekerjaan untuk Puan Halawani yang flexible masanya. Agar Halawani dapat membahagikan masa untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil (umur 4 & 7 tahun) dan juga suami yang buta.

2. Mendapatkan kenderaan/van sekolah yang dapat mengambil anak-anak mereka dari sekolah (SRK3 Bdr Sri Damansara) untuk dihantar ke dalam kawasan apartmen mereka di SD Apartmen kerana anak2 mereka masih kecil untuk balik sendiri. Kebanyakan van cuma menghantar anak2 ini di luar kawasan yang agak jauh dari rumah mereka.

3. Mendapatkan laptop khas yang sesuai untuk OKU penglihatan agar ayah Humaira dapat belajar braille dan bekerja dari rumah. Ayah Humaira pernah bekerja di bank dan ada kepakaran dalam bidang perakaunan, pemasaran & teknologi maklumat.

4. Agar Puan Halawani dapat tumpukan perhatian kepada pekerjaan, kami akan dapatkan tajaan sewa kenderaan/teksi yang dapat mengambil dan menghantar ayah Humaira ke tempat kursus khas untuk OKU penglihatan di:

Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia
Malaysian Association For The Blind

Kompleks MAB, Jalan Tebing
Off Jalan Tun Sambanthan 4,
50470 Kuala Lumpur.
 

Semoga kita sama2 dapat menghulurkan tangan meringankan beban keluarga arwah Humaira. Hikmah di sebalik pemergiannya..Humaira tinggalkan kenangannya sebagai anak yang baik, dan sahabat2 prihatin yang ramai tampil membantu setelah khabar ini tersebar. Jika tidak kerana kisah Humaira, ramai jiran & sahabat tidak tahu penderitaan yang ditanggung keluarga ini selama ini
... Semoga ada sinar dalam hidup keluarga Humaira dan arwah damai di sana menanti saat pertemuan semula mereka di alam sana..amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini