Untuk melihat maklumat lanjut, matlamat&latarbelakang MISI ini klik di
SINI
KISAH 1
MISI
SINAR HARAPAN
“SECANGKIR
KASIH, SECALIT SINAR”
UNTUKMU
HAFIZ
Kisah HAFIZ antara yang banyak meninggalkan kesan di hati kami. Anak kecil ini telah lalui kehidupan yang perit sepanjang zaman kanak-kanaknya. Namun, di wajahnya tergambar rasa puas kerana tanggungjawabnya sebagai anak sudah tertunai..
Latar Belakang
Menziarahi HAFIZ... sekitar Ogos 2012
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... inikan pula bahu yang memikul beban cumalah seorang kanak-kanak kecil..MOHAMAD AMIRUL HAFIZ B. MUSTAFA, 13 tahun, dr Kg.Kubang Pak Hitam,Meranti,Pasir Mas, Kelantan.
Kisah sebelum ini boleh dibaca di
SINI
Hafiz ditinggalkan ibu seawal umur 4 tahun. Tinggallah Hafiz bersama bapanya. Sehinggalah bapanya jatuh sakit akibat strok dan terlantar tidak dapat bergerak... Hafiz terpaksa lupakan niatnya untuk meneruskan pelajaran. Dalam usia 10 tahun, Hafiz memikul tanggungjawab menjaga ayahnya..
Kisah penderitaan Hafiz disiarkan dalam Sanggar Suri pada tahun 2012 dan Alhamdulillah mendapat perhatian sahabat2. Alhamdulillah kehidupan Hafiz kian terbela..
Namun, janji Allah tidak dapat dihalang..akhirnya ayah Hafiz pergi jua menghadap Ilahi pada 25 Jun 2013. Hafizlah satu-satu anak yang setia menjaganya, walaupun terpaksa
meninggalkan alam persekolahan pada usia muda. Hafiz kini berumur 13
tahun..anak yatim yang sebatang kara..
Kisah selanjutnya di
SINI
MISI SINAR HARAPAN “SECANGKIR KASIH, SECALIT SINAR” utkmu HAFIZ
1. Misi Mahligai Hafiz
Alhamdulillah..hasil inisiatif & keprihatinan sahabat2 Sanggar Suri juga sahabat2 di Rantau Panjang, kita dapat bina rumah baru untuk Hafiz & arwah ayahnya..
Kisah selanjutnya di
SINI
2. PERSEKOLAHAN HAFIZ
Alhamdulillah..setelah arwah ayah Hafiz kembali ke Rahmatullah. Sahabat Sanggar Suri telah menguruskan persekolahan adik Hafiz. Hafiz selamat
didaftarkan masuk ke Tahfiz Quran Darul
Riyadh Gual Tinggi, Rantau Panjang, Kelantan.
Kisah selanjutnya di
SINI
Alhamdulillah..akhirnya
Hafiz dapat mencapai impiannya..sudah lama dia impikan untuk meneruskan
pengajian di Mahaad Tahfiz. Janji Allah itu benar.. jasa anak kecil ini
menjaga ayahnya sewaktu hayatnya tidak disia2kan.. Alhamdulillah,
pelbagai bentuk bantuan sudah diterimanya. Walaupun begitu, kasih ayah
tiada galang gantinya..
Kami berusaha untuk tetap mencurahkan perhatian & kasih kepada Hafiz yang kini sebatang kara..
Alhamdulillah
untuk yuran pengajian RM200 dan sara hidup RM100 sebulan ditanggung
sahabat2 Sanggar Suri. Pemegang amanah & sahabat yang
bertanggungjawab menjaga Hafiz di sana ialah sekumpulan anak muda
Sahabat Sanggar Suri kawasan Rantau Panjang yang menamakan barisan
mereka sebagai VISI HANIF RP. Jazakumullah khairan kathira..
Semoga ada Sinar di hujung terowong..dan semoga Allah tetapkan kita untuk istiqamah memimpin Hafiz sepanjang perjalanan mencapai Sinar itu..amin
Wajah2 terbaru HAFIZ..