Ahad, 4 November 2012

Misi Sinar Harapan: Rumah buat Hafiz& Ayahnya..

 UPDATE: 04 NOV 2012


Alhamdulillah setakat  04 NOV 2012 sebanyak RM3850 dapat dikumpulkan hasil sumbangan sahabat2 Sanggar Suri www.Eksekutifsuri.blogspot.com dan selamat disalurkan kpd Tabung NurQaseh yang bertanggungjawab menguruskan dana. Alhamdulillah pembinaan rumah baru Hafiz telah bermula. Doakan supaya semua urusan berjalan lancar & rumah dapat disiapkan sebelum musim banjir.
 Setinggi Penghargaan : Sahabat2 yang sentiasa memberi sokongan kpd Misi Sinar Harapan Sanggar Suri, Pn Rosniah Roslan & Kuatagh 83, Tabung Nur Qaseh Rantau Panjang, YB DUN Meranti, En Abdullah Ibrahim (Doe Logistik, Rantau Panjang) serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga usaha kita ini akan menjadi saham utk bekal di akhirat nanti. Amin

Gambar & Laporan disediakan oleh Tabung Nur Qaseh

Antara bahan-bahan binaan awal yang diterima dari pembekal ialah simen, pasir, batu-batu, kotak kayu dan besi.

Antara bahan-bahan binaan awal yang diterima dari pembekal ialah simen, pasir, batu-batu, kotak kayu dan besi.



Kotak-kotak untuk membuat tiang telah didirikan dan menunggu untuk dituang simen.

Kerja-kerja besi untuk membuat tiang rumah

Proses menggali lubang tapak rumah

Penghulu Din sedang memantau kerja-kerja pembinaan





UPDATE 15 OKT 2012:

Alhamdulillah setakat 14 OKT 2012.sebanyak RM2000 dapat dikumpulkan hasil sumbangan sahabat2 Sanggar Suri www.Eksekutifsuri.blogspot.com dan selamat disalurkan kpd Tabung NurQaseh yang bertanggungjawab menguruskan dana. Semoga pembinaan rumah Hafiz dapat disegerakan.

Difahamkan sudah ada yang sudi sumbangkan zink, daun pintu & frame tingkap. Manakala kutipan sahabat2 di Rantau Panjang menerusi Tabung NurQaseh sudah mencecah hampir RM4000.

Wan Wha dan Mie Gstk serta sahabat2 di sana harap dapat sentiasa update perkembangan projek Rumah Baru utk Hafiz.. kami di sini sangat teruja & iringi perjuangan ini dengan doa.. Dana masih diperlukan..budget RM14K utk kos pembinaan rumah seperti contoh gambar
 
Tapak rumah Hafiz..bersebelahan rumah sepupunya
conth rumah yg akan dibina utk Hafiz
 


Assalamualaikum

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... inikan pula bahu yang memikul beban cumalah seorang kanak-kanak kecil..MOHAMAD AMIRUL HAFIZ B. MUSTAFA, 12 tahun, dr Kg.Kubang Pak Hitam,Meranti,Pasir Mas, Kelantan.

Hafiz...wpun masih kecil tp bertanggungjawab
suapkan ayah makan..
ibu saudara & sepupu membantu mandikan ayah

 Hafiz terpaksa tinggalkan alam persekolahan sewaktu darjah 4 apabila ayahnya, Pak Cu Pa (Mustafa, 69 tahun) jatuh sakit. Tiada siapa yang boleh diharapkan selain anak kecil ini. Ibunya telah meninggalkan mereka ketika Hafiz berusia 6 tahun. Akibat tekanan hidup, satu demi satu abang dan kakak-kakaknya turut melangkah pergi dan gagal dihubungi..
Hafiz ada 6 adik-beradik.. cuma sesekali kakak tirinya ada datang menjenguk. Adik-beradik kandung semuanya menghilangkan diri.

Pak Cu Pa..terlantar lemah..tidak boleh bergerak & bercakap
Tinggallah Hafiz bersama ayahnya di pondok usang yang menanti masa untuk roboh ini. Mak Yah sepupunya, dah Mak Tih ibu saudaranya yang bertanggungjawab memantau Hafiz & ayahnya walaupun mereka tinggal berasingan.

Mak Tih & Mak Yah... ibu saudara & sepupu yg ambil berat tg Hafiz & ayahnya

Mak Yah..wpun rumah agak jauh tetapi sentiasa ziarah Hafiz & Pak Cu Pa
Hafiz..walaupun masih kecil, tidak abaikan didikan agama..sering berjemaah di surau berdekatan & mengaji al-Quran di rumah jirannya. Berhasrat untuk mendalami al-Quran dan belajar di madrasah tahfiz al-Quran. Bercita-cita menjadi Imam..

Hasil permuafakatan kami, Team Sanggar Suri dan sahabat2 di Rantau Panjang, saudara-mara & ahli kariah.. ada beberapa perancangan akan & sedang dibuat:

1. Kembalikan Hafiz ke sekolah, sekurang2nya lulus UPSR

2. Kemudian, menghantar Hafiz ke Pusat Pengajian Tahfiz berdekataan untuk teruskan cita-citanya

3. Bina rumah baru untuk Hafiz & ayahnya
-tanah yang mereka duduki sekarang kawasan yg sering dilanda banjir, sebahagiannya atas tanah orang lain & berjauhan dari rumah saudara-maranya.
 -rumah mereka telah usang dan menanti rebah sahaja

Jadi, kami bercadang membina rumah baru di sebelah rumah sepupunya,Mak Yah yang bertanggungjawab memantau mereka.

Kos diperlukan lebih kurang RM14,000 sahaja-berukuran 16'x20', rumah kayu tinggi 10',bilik satu


Jauh ke dalam..laluan ke rumah Hafiz tidak boleh dimasuki kenderaan
kawasan lembah..rumah Hafiz sering dilanda banjir


"Mahligai" Hafiz & Pak Cu Pa



Sisi rumah... dinding pun dah berlubang




















































Dapur & mesin basuh baru sumbangan dermawan



dapur rumah Hafiz..


Imam yang bertanggungjawab memantau kehidupan Hafiz


Ibu saudara & sepupu yang sering datang menziarahi Hafiz

Bagi menjayakan Misi ini kami mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan & pandangan. Terutamanya sumbangan dana untuk membina rumah baru mereka, memandangkan musim tengkujuh hampir tiba. Pada setiap kali musim tengkujuh, rumah mereka ditenggelami banjir dan terpaksa berpindah ke rumah sepupunya.

Untuk maklumat lanjut & sumbangan boleh hubungi:

Elly 012-614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my

Semoga Allah mengirimkan bantuan-Nya melalui sahabat2 yang prihatin dan dermawan..semoga perkongsian rezeki & simpati akan dipandang Allah, diberkati & menjadi bekal di akhirat nanti. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini