Isnin, 29 Oktober 2012

MISI SINAR SINAR HARAPAN: Kehidupan Yg Lebih Baik untuk Mereka

Assalamualaikum

Tidak tau mana nak mula... itulah yang dapat kami katakan. Sukarnya untuk sampaikan kisah keluarga yang kami ziarahi baru2 ini..20 Oktober 2012.

Keluarga miskin yang tinggal dipinggir kota. Seorang ibu tunggal yang menjadi pencari nafkah tunggal (sole breadwinner) dlm sebuah keluarga besar. Tinggal bersama 7 orang anak, seorang menantu & 4 cucu.

Nama: Puan Zainon bt Ismail
Umur : 47
Anak: 11
Tanggungan: 7 anak, 4 cucu (3 anak yatim)
Kerja: Atendan Hospital
Alamat; Pangsapuri Sri Kundang, Hulu Langat, Selangor

Anak yang sudah berkeluarga tidak bekerja, tapi tinggal bersama. Ada anak kecil berumur, 8 bulan. Ibu bapa muda ini baru berusia 19 tahun. Mereka baru berpindah tinggal bersama ibu.

ibu muda, menantu Pn Zainon bersama anaknya

Cucu2 yang ditinggalkan ini pula sudah kematian ayah, ibu pula keluar bekerja sebagai pembantu kedai jual nasi lemak. Pulang pada hari raya sahaja. Usaha untuk masukkan anak2nya ke rumah anak2 yatim sentiasa tertangguh akibat tiada kerja sama drp ibu mereka. Anak2 ini terbiar, tidak bersekolah. Anak2 & cucu2 tidak bersekolah. Semasa kami hulurkan duit kepada mereka, cepat2 anak yatim ini bergegas ke pondok telefon untuk menelefon ibu mereka. Kesian, rindu benar mereka pada ibu yang tinggalkan mereka demi mencari nafkah..



makan mi segera sahaja..





sebahagian ahli keluarga Pn Zainon bersama Team Sanggar Suri

Semasa bekerja anak2 ini ditinggalkan di bawah jagaan anak2 yang lebih besar. Zulfikri yang berumur 17 tahun bertanggungjawab menjadi ketua keluarga. Kadang2 keluar mencari rezeki -menjala ikan & mengutip sayur-sayuran di tepi sungai utk dijual.

Semasa berbual dengannya, anak ini kelihatan bertanggungjawab & berazam untuk bekerja demi membantu ibunya. Ada tawaran kerja sebagai cleaner, tetapi akibat ketiadaan kenderaan membataskan pergerakannya.

Zulfikri 17 tahun, berbaju merah menjadi ketua keluarga semasa ibu keluar bekerja
serahkan sumbangan makanan & wang tunai yg diamanahkan sahabat2
Terima kasih kpd Kak Laily & anaknya yang sudi menemani kami
MISI BANTUAN:

1. Dapatkan cara & tempat yang sesuai untuk Zulfikri belajar/ambil lesen motosikal, kerana beliau tidak pandai membaca.
2. Dapatkan motosikal terpakai yang masih elok untuk beliau, agar beliau dapat berulang-aik ke tempat kerja. Insya-Allah ada kerja kosong sebagai cleaner di hospital HUKM.
3. Menempatkan anak-anak & cucu-cucunya yang sepatutnya bersekolah di rumah anak2 yatim. Agar mereka dapat kembali ke sekolah & mendapat suasana hidup yang lebih teratur.
4. Bantuan lampin kain (cloth diapers) diperlukan. Anak & cucu beliau tidak dipakaikan lampin menyebabkan suasana kebersihan rumah agak tidak memuaskan.
5. Sokongan moral berterusan untuk keluarga ini diperlukan. Jika ada sahabat yang sukarela menjadi tenaga pengajar yang sudi datang ke rumahnya amat dialu-alukan, terutama untuk pengajian ilmu keagamaan & al-Quran.

Kami sekadar mampu memaparkan kisah kehidupan keluarga ini... bersama doa agar ada hati yang terbuka untuk membantu. Paling penting, bantuan untuk sempurnakan 5 Misi di atas. Sekiranya ada rezeki Zulfikri dapat kerja, insya-Allah ringan sedikit beban ibu yang menanggung bebanan selama ini. Begitu juga, sekiranya anak2 ini dapat dimasukkan ke sekolah kembali, insya-Allah cerahlah masa depan mereka.

Semoga masih ada sinar buat mereka..Amin


2 ulasan:

  1. Salam....nak tanya, macam mane kalau kami ingin melawat keluarga ini...

    BalasPadam
  2. Salam.. mohon email eksekutifsuri@yahoo.com.my untuk dapatkan maklumat lanjut. Maklumat peribadi akan diberikan atas permintaan..akan pm pada yg minta, insya-Allah

    BalasPadam

Sila titipkan ulasan anda di sini