Memaparkan catatan dengan label Misi Mahligai: Hafiz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misi Mahligai: Hafiz. Papar semua catatan

Khamis, 12 September 2013

MISI SINAR HARAPAN “SECANGKIR KASIH, SECALIT SINAR” untukmu HAFIZ


Untuk melihat maklumat lanjut, matlamat&latarbelakang MISI ini klik di SINI


KISAH 1

MISI  SINAR HARAPAN
“SECANGKIR KASIH, SECALIT SINAR”
UNTUKMU
HAFIZ
Kisah HAFIZ antara yang banyak meninggalkan kesan di hati kami. Anak kecil ini telah lalui kehidupan yang perit sepanjang zaman kanak-kanaknya. Namun, di wajahnya tergambar rasa puas kerana tanggungjawabnya sebagai anak sudah tertunai..
Latar Belakang

Menziarahi HAFIZ...  sekitar Ogos 2012
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... inikan pula bahu yang memikul beban cumalah seorang kanak-kanak kecil..MOHAMAD AMIRUL HAFIZ B. MUSTAFA, 13 tahun, dr Kg.Kubang Pak Hitam,Meranti,Pasir Mas, Kelantan.
Kisah sebelum ini boleh dibaca di SINI




Hafiz ditinggalkan ibu seawal umur 4 tahun. Tinggallah Hafiz bersama bapanya. Sehinggalah bapanya jatuh sakit akibat strok dan terlantar tidak dapat bergerak... Hafiz terpaksa lupakan niatnya untuk meneruskan pelajaran. Dalam usia 10 tahun, Hafiz memikul tanggungjawab menjaga ayahnya..

Kisah penderitaan Hafiz disiarkan dalam Sanggar Suri pada tahun 2012 dan Alhamdulillah mendapat perhatian sahabat2. Alhamdulillah kehidupan Hafiz kian terbela..

Namun, janji Allah tidak dapat dihalang..akhirnya ayah Hafiz pergi jua menghadap Ilahi pada 25 Jun 2013. Hafizlah satu-satu anak yang setia menjaganya, walaupun terpaksa meninggalkan alam persekolahan pada usia muda. Hafiz kini berumur 13 tahun..anak yatim yang sebatang kara..
Kisah selanjutnya di SINI
MISI  SINAR HARAPAN “SECANGKIR KASIH, SECALIT SINAR” utkmu HAFIZ

1. Misi Mahligai Hafiz

Alhamdulillah..hasil inisiatif & keprihatinan sahabat2 Sanggar Suri juga sahabat2 di Rantau Panjang, kita dapat bina rumah baru untuk Hafiz & arwah ayahnya..
Kisah selanjutnya di SINI





2. PERSEKOLAHAN HAFIZ

Alhamdulillah..setelah arwah ayah Hafiz kembali ke Rahmatullah. Sahabat Sanggar Suri telah menguruskan persekolahan adik Hafiz. Hafiz selamat didaftarkan masuk ke Tahfiz Quran Darul Riyadh Gual Tinggi, Rantau Panjang, Kelantan.

Kisah selanjutnya di SINI

 Alhamdulillah..akhirnya Hafiz dapat mencapai impiannya..sudah lama dia impikan untuk meneruskan pengajian di Mahaad Tahfiz. Janji Allah itu benar.. jasa anak kecil ini menjaga ayahnya sewaktu hayatnya tidak disia2kan.. Alhamdulillah, pelbagai bentuk bantuan sudah diterimanya. Walaupun begitu, kasih ayah tiada galang gantinya..
Kami berusaha untuk tetap mencurahkan perhatian & kasih kepada Hafiz yang kini sebatang kara..
Alhamdulillah untuk yuran pengajian RM200 dan sara hidup RM100 sebulan ditanggung sahabat2 Sanggar Suri. Pemegang amanah & sahabat yang bertanggungjawab menjaga Hafiz di sana ialah sekumpulan anak muda Sahabat Sanggar Suri kawasan Rantau Panjang yang menamakan barisan mereka sebagai VISI HANIF RP. Jazakumullah khairan kathira..
Semoga ada Sinar di hujung terowong..dan semoga Allah tetapkan kita untuk istiqamah memimpin Hafiz sepanjang perjalanan mencapai Sinar itu..amin
Wajah2 terbaru HAFIZ.. 






Selasa, 2 Julai 2013

MISI MAHLIGAI HAFIZ: Akhirnya Hafiz dapat mencapai impiannya..

Alhamdulillah..akhirnya Hafiz dapat mencapai impiannya..Kisah adik Hafiz sebelum ini boleh diikuti di SINI
Laporan &gambar disediakan oleh Mie GSTK (Sahabat Sanggar Suri di Kelantan). Jazakallah khairan kathira...


Membeli barang2 persediaan untuk ke asrama & sekolah. Abang Zailani di Abask Trading bersama adik Amirul Hafiz (anak yatim dari Kg.Kubang Pak Hitam) yang baru sahaja kehilangan bapanya-pulang ke Rahmatullah pd Selasa yg lepas...insya-Allah pada petang ini adik Hafiz akan didaftarkan masuk ke Tahfiz Quran Darul Riyadh Gual Tinggi..Sama2lah kita membantu insan yang memerlukan semoga kehidupan adik Hafiz lebih terjamin pada masa hadapan...hanya Allah jua yang mampu membalasnya..aamiiin Yaa Robb bal aa'lamiin.....

Sebelum ini Hafiz terpaksa berhenti sekolah kerana menjaga arwah ayahnya yang sakit..






Syukur Kepada Allah swt....petang tadi (02 /07/ 2013)  Adik Mohamad Amirul Hafiz b. Mustaffa...telahpun didaftar masuk ke Madrasah Tahfiz Al Quran Darul Riyadh Gual Tinggi....terima kasih diucapkan kpd semua pihak yg telah sudi memberi sumbangan sehingga misi ini berjaya dilaksanakan....Hanya Allah jua yang membalasnya...Aamiiin.....
03/07/203 Hari pertama pengajian adik Hafiz di Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Riyadh....
syukur kpd Allah kerana telah permudahkan urusan ini....

Inilah di antara penyokong dan pendokong utk kejayaan adik Hafiz..moga diRahmatiNya....

Selasa, 25 Jun 2013

MISI MAHLIGAI HAFIZ: Akhirnya Pak Cu Pa pergi jua.

AKHIRNYA..Pak Cu Pa pergi jua..semoga damai di sana.

Terasa baru sahaja kami menjenguk beliau..masih terngiang-ngiang di telinga rintihan tangisnya apabila setiap kali mendengar perbincanganan kami tentang Hafiz. Risau benar takut kami mengambil Hafiz.

Hafizlah satu-satu anak yang setia menjaganya, walaupun terpaksa meninggalkan alam persekolahan pada usia muda. Hafiz kini berumur 13 tahun..anak yatim yang sebatang kara.

Kisah Hafiz sebelum ini boleh diikuti di sini atau di sini dan juga di bawah label Misi Mahligai: Hafiz.

Hampir setahun setengah menanggung derita lumpuh seluruh badan akibat strok, pagi tadi sekitar jam 9.30pagi, Pak Cu Pa, ayah kepada Hafiz telah kembali kepada penciptanya. Al-Fatihah..






Jenazah Pak Chu Pa -ayah kpd Adik Hafiz- disolatkan pada jam 2.40 petang tadi dan dikebumikan di Tanah perkuburan Kg.Senor (Gambar Ehsan: Mie GSTK)


Sahabat2 sedang berbincang dgn keluarga Adik Hafiz.....terima kasih kpd semua yg prihatin....
(Gambar Ehsan: Mie GSTK)

Antara sahabat yang datang menziarah
(Gambar Ehsan: Mie GSTK)

Ahad, 7 April 2013

Misi Sinar Harapan: Mahligai Hafiz Hampir Siap..Alhamdulillah

Assalamualaikum

ZIARAH MISI MAHLIGAI

Nama: .MOHAMAD AMIRUL HAFIZ B. MUSTAFA, 13 tahun
Tempat:  Kg.Kubang Pak Hitam,Meranti,Pasir Mas, Kelantan
Tarikh: 26 Mac 2013
Status: Anak yang menjaga ayah, Pak Cu Pa yang terlantar sakit.


Alhamdulillah rumah Hafiz & ayahnya sudah hampir siap. Cuma tinggal tingkap yang akan dipasang daunnya..Mereka berpindah ke rumah ini pada musim banjir lepas, dalam bulan Disember 2012. 

Jutaan terima kasih kepada semua dermawan & sahabat yang menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk harta, kudrat & masa. Semoga Allah lipatgandakan rezeki & kebahagiaan serta permudahkan segala urusan tuan puan.

Jutaan terima kasih kepada sahabat2 pengantara Mie GSTK, T.Hj Rushdan, En Wan Hamdan(Wan WHA) dan Tabung NurQaseh serta semua yang terlibat. Semoga Allah pandang usaha kita ini dan dapat terus menerima bantuan Allah untuk terus berbakti.. 

Jutaan terima kasih buat sepupu Hafiz yg dipanggil Mak Jah yang sudi izinkan didirikan rumah di atas tanahnya, berhampiran rumahnya. Senang nanti Mak Jah nak jenguk2 mereka..

Pak Cu Pa masih lagi terlantar lesu..tidak dapat bangun dan bertutur dengan sempurna. Setiap kali kami berbincang pasal Hafiz, Pak Cu Pa akan merintih menangis. Kami faham ..Pak Cu takut ada orang datang ambil Hafiz..dia takut kehilangan. Hanya Hafiz yang setia menemaninya..

Kami ada berbincang untuk lakukan sesuatu demi menjamin masa depan Hafiz.. Keciciran dari alam persekolahan sejak berumur 10 tahun, dan berkorban masa kanak-kanaknya menjaga ayah..

Insya-Allah semoga ada jalan terbaik untuk Hafiz meneruskan persekolahan tanpa mengabaikan ayahnya..

Di bawah ada gambar2 terbaru semasa ziarah Misi Sinar Harapan baru-baru ini..Untuk kisah sebelumnya, boleh diikuti di sini  Misi Mahligai: Hafiz .



RUMAH LAMA HAFIZ




 
 MAHLIGAI BARU HAFIZ


Rumah baru Hafiz



Bahagian depan
Bahagian belakang

Pak Cu Pa cuma mampu menangis...



Hafiz berharap utk kembali ke sekolah..tapi tetap risaukan ayahnya..


Ahad, 4 November 2012

Misi Sinar Harapan: Rumah buat Hafiz& Ayahnya..

 UPDATE: 04 NOV 2012


Alhamdulillah setakat  04 NOV 2012 sebanyak RM3850 dapat dikumpulkan hasil sumbangan sahabat2 Sanggar Suri www.Eksekutifsuri.blogspot.com dan selamat disalurkan kpd Tabung NurQaseh yang bertanggungjawab menguruskan dana. Alhamdulillah pembinaan rumah baru Hafiz telah bermula. Doakan supaya semua urusan berjalan lancar & rumah dapat disiapkan sebelum musim banjir.
 Setinggi Penghargaan : Sahabat2 yang sentiasa memberi sokongan kpd Misi Sinar Harapan Sanggar Suri, Pn Rosniah Roslan & Kuatagh 83, Tabung Nur Qaseh Rantau Panjang, YB DUN Meranti, En Abdullah Ibrahim (Doe Logistik, Rantau Panjang) serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga usaha kita ini akan menjadi saham utk bekal di akhirat nanti. Amin

Gambar & Laporan disediakan oleh Tabung Nur Qaseh

Antara bahan-bahan binaan awal yang diterima dari pembekal ialah simen, pasir, batu-batu, kotak kayu dan besi.

Antara bahan-bahan binaan awal yang diterima dari pembekal ialah simen, pasir, batu-batu, kotak kayu dan besi.



Kotak-kotak untuk membuat tiang telah didirikan dan menunggu untuk dituang simen.

Kerja-kerja besi untuk membuat tiang rumah

Proses menggali lubang tapak rumah

Penghulu Din sedang memantau kerja-kerja pembinaan





UPDATE 15 OKT 2012:

Alhamdulillah setakat 14 OKT 2012.sebanyak RM2000 dapat dikumpulkan hasil sumbangan sahabat2 Sanggar Suri www.Eksekutifsuri.blogspot.com dan selamat disalurkan kpd Tabung NurQaseh yang bertanggungjawab menguruskan dana. Semoga pembinaan rumah Hafiz dapat disegerakan.

Difahamkan sudah ada yang sudi sumbangkan zink, daun pintu & frame tingkap. Manakala kutipan sahabat2 di Rantau Panjang menerusi Tabung NurQaseh sudah mencecah hampir RM4000.

Wan Wha dan Mie Gstk serta sahabat2 di sana harap dapat sentiasa update perkembangan projek Rumah Baru utk Hafiz.. kami di sini sangat teruja & iringi perjuangan ini dengan doa.. Dana masih diperlukan..budget RM14K utk kos pembinaan rumah seperti contoh gambar
 
Tapak rumah Hafiz..bersebelahan rumah sepupunya
conth rumah yg akan dibina utk Hafiz
 


Assalamualaikum

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... inikan pula bahu yang memikul beban cumalah seorang kanak-kanak kecil..MOHAMAD AMIRUL HAFIZ B. MUSTAFA, 12 tahun, dr Kg.Kubang Pak Hitam,Meranti,Pasir Mas, Kelantan.

Hafiz...wpun masih kecil tp bertanggungjawab
suapkan ayah makan..
ibu saudara & sepupu membantu mandikan ayah

 Hafiz terpaksa tinggalkan alam persekolahan sewaktu darjah 4 apabila ayahnya, Pak Cu Pa (Mustafa, 69 tahun) jatuh sakit. Tiada siapa yang boleh diharapkan selain anak kecil ini. Ibunya telah meninggalkan mereka ketika Hafiz berusia 6 tahun. Akibat tekanan hidup, satu demi satu abang dan kakak-kakaknya turut melangkah pergi dan gagal dihubungi..
Hafiz ada 6 adik-beradik.. cuma sesekali kakak tirinya ada datang menjenguk. Adik-beradik kandung semuanya menghilangkan diri.

Pak Cu Pa..terlantar lemah..tidak boleh bergerak & bercakap
Tinggallah Hafiz bersama ayahnya di pondok usang yang menanti masa untuk roboh ini. Mak Yah sepupunya, dah Mak Tih ibu saudaranya yang bertanggungjawab memantau Hafiz & ayahnya walaupun mereka tinggal berasingan.

Mak Tih & Mak Yah... ibu saudara & sepupu yg ambil berat tg Hafiz & ayahnya

Mak Yah..wpun rumah agak jauh tetapi sentiasa ziarah Hafiz & Pak Cu Pa
Hafiz..walaupun masih kecil, tidak abaikan didikan agama..sering berjemaah di surau berdekatan & mengaji al-Quran di rumah jirannya. Berhasrat untuk mendalami al-Quran dan belajar di madrasah tahfiz al-Quran. Bercita-cita menjadi Imam..

Hasil permuafakatan kami, Team Sanggar Suri dan sahabat2 di Rantau Panjang, saudara-mara & ahli kariah.. ada beberapa perancangan akan & sedang dibuat:

1. Kembalikan Hafiz ke sekolah, sekurang2nya lulus UPSR

2. Kemudian, menghantar Hafiz ke Pusat Pengajian Tahfiz berdekataan untuk teruskan cita-citanya

3. Bina rumah baru untuk Hafiz & ayahnya
-tanah yang mereka duduki sekarang kawasan yg sering dilanda banjir, sebahagiannya atas tanah orang lain & berjauhan dari rumah saudara-maranya.
 -rumah mereka telah usang dan menanti rebah sahaja

Jadi, kami bercadang membina rumah baru di sebelah rumah sepupunya,Mak Yah yang bertanggungjawab memantau mereka.

Kos diperlukan lebih kurang RM14,000 sahaja-berukuran 16'x20', rumah kayu tinggi 10',bilik satu


Jauh ke dalam..laluan ke rumah Hafiz tidak boleh dimasuki kenderaan
kawasan lembah..rumah Hafiz sering dilanda banjir


"Mahligai" Hafiz & Pak Cu Pa



Sisi rumah... dinding pun dah berlubang




















































Dapur & mesin basuh baru sumbangan dermawan



dapur rumah Hafiz..


Imam yang bertanggungjawab memantau kehidupan Hafiz


Ibu saudara & sepupu yang sering datang menziarahi Hafiz

Bagi menjayakan Misi ini kami mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan & pandangan. Terutamanya sumbangan dana untuk membina rumah baru mereka, memandangkan musim tengkujuh hampir tiba. Pada setiap kali musim tengkujuh, rumah mereka ditenggelami banjir dan terpaksa berpindah ke rumah sepupunya.

Untuk maklumat lanjut & sumbangan boleh hubungi:

Elly 012-614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my

Semoga Allah mengirimkan bantuan-Nya melalui sahabat2 yang prihatin dan dermawan..semoga perkongsian rezeki & simpati akan dipandang Allah, diberkati & menjadi bekal di akhirat nanti. Amin