MISI
SINAR HARAPAN
“SECANGKIR
KASIH, SECALIT SINAR”
Matlamat:
Berkongsi
rezeki & teduhan kasih secara istiqamah tanda sokongan untuk mereka yang
hilang tempat bergantung untuk meneruskan kehidupan.
Misi
Membiayai
kos sara hidup & pendidikan anak-anak secara istiqamah setiap bulan. Cakna
tentang masalah mereka dan terus memberikan sokongan moral sehingga mereka
berjaya berdiri sendiri. Konsep perkongsian rezeki & kasih sayang seumpama
sebuah keluarga.
Latar Belakang:
Sepanjang Misi Ziarah Masuk Kampung kami ditemukan Allah dengan pelbagai kisah masyarakat yang menyayat hati. Sayunya, apabila bertemu dengan anak-anak yang hilang tempat bergantung. Hidup sebatang kara apabila kematian ibu bapa, atau diabaikan bapa selepas kematian ibu, anak mangsa dera, dan sebagainya.
Kami rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menghulurkan tangan secara istiqamah demi membantu anak-anak ini meneruskan kehidupan terutamanya untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna demi masa depan mereka.
Kami cuma pengantara, memikul tanggungjawab & amanah menyiarkan kisah masyarakat dan mencari sokongan kewangan dan moral untuk terus membantu mereka.
Insya-Allah, kisah anak-anak ini akan diceritakan satu-persatu. dan akan dituliskan keperluan penting untuk kita sama-sama bantu.
“Semoga Perkongsian Rezeki ini Membawa Sinar dalam hidup mereka, dan
Memberikan Sinar kepada kita sepanjang jalan ke SYURGA..amin..”
Memberikan Sinar kepada kita sepanjang jalan ke SYURGA..amin..”
Maklumat Misi & Sumbangan:
Elly 0123614014 FB
Elly Nizam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini