Memaparkan catatan dengan label Misi Ziarah: Baling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misi Ziarah: Baling. Papar semua catatan

Khamis, 24 Mac 2011

Misi Sinar Harapan: Misi Bantuan&Ziarah ke Perkampungan Miskin, Baling, Kedah

TARIKH: 5-6 MAC (Sabtu-Ahad) TEMPAT ZIARAH: Kg Memali, Kg Bogor, Kg Becah Sawah, Kg Charok Putih Baling Kedah.

Laporan daripada blog sahabat seperjuangan, Pn Siti: Al-Jauhar
Alhamdulillah, syukur kami kepada Allah SWT dengan izin-Nya kami telah dapat menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk miskin sekitar Baling, Kedah (nama-nama kampung sila lihat artikel sebelum ini).












Seramai 50 keluarga telah dipilih bagi menerima sumbangan berupa makanan harian seperti beras, gula, susu, tepung dll. Peruntukan RM100/keluarga. Antara penduduk yang menerima bantuan 34 terdiri dari keluarga miskin dan 16 terdiri dari ibu tunggal.











Majlis penyampaian diadakan di Kg Becah Sawa pada 5 Mac 2011 jam 4.00ptg. Pada petang tersebut seramai 42 keluarga menerima bantuan, manakala 8 keluarga lagi sumbangan mereka di hantar terus ke rumah-rumah.


Syukur kepada Allah SWT yang telah membuka hati para dermawan walau dimana jua mereka berada di dalam dan luar negara. Antara mereka dan kami yang menjalankan amanah ini tidak ada yang mengenali antara satu sama lain tetapi dengan kuasa-Nya Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah kami dapat mengumpul sedikit dana bagi tujuan misi bantuan ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua dermawan, semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar disisiNya dengan amal jariah yang kalian buat selama ini. Kami mendoakan agar kalian sentiasa diberkati dan dirahmati.




Sedikit rentetan perjalanan kami : -
Rombongan kami seramai 18 orang termasuk kanak-kanak. Barang-barang dibawa dengan kenderaan pacuan 4x4 (2 Triton & 1 Hilux). Tunku Maziah dan Puan Win serta 3 anak-anak beliau telah menyertai misi ini dengan membawa buku-buku dan baju.






Sebuah lagi kereta, iaitu Puan Elly dan suami serta anak-anak, yang membawa cup cakes untuk diagihkan kepada penduduk.


Perjalanan kami dari KL bermula seawal 7.30am sampai di Kuala Kangsar jam 10.30am. Di Kuala Kangsar kami singgah di kilang IMP (industri produk Islam) untuk membeli Hot Chocolate(minuman saperti Milo) dan biskut untuk penduduk miskin.
Bertolak ke Baling jam 11.30am berhenti rehat (lunch) di Pengkalan Hulu dan tiba di Baling jam 2.00ptg.


Selepas solat kami terus ke tempat majlis diadakan di Kg Becah Sawa tidak jauh dari tempat penginapan kami (about 5 mins drive from Leggong Hot Spring Resort).


Setelah selesai kami dijamu dengan minuman petang, kami terus menghantar barang ke 2 buah rumah sekitar Kg Becah Sawa kemudian kami terus ke Sik (perjalanan 30 min) juga menghantar barang kepada seorang ibu tunggal bersama 3 orang anaknya yang menumpang dengan bapanya setelah kematian suami dalam kemalangan jalan raya 2 bulan yang lalu.

Keesokan hari kami telah melawat dan menghantar barang ke 4 buah rumah penduduk kampung daif 2 daripadanya warga emas tinggal bersendirian. Lagi gambar-gambar sila buka post Aljauhar: Misi Baling 2.

Jumaat, 18 Februari 2011

Misi Sinar Harapan: Misi Bantuan&Ziarah ke Perkampungan Miskin, Baling, Kedah

Assalamualaikum

Ada perubahan tentatif program. Insya-Allah dengan program ziarah ini dapat mendidik jiwa kita & anak2 untuk lebih mensyukuri nikmat Allah yg kita ada & menghargainya. Kepada sahabat2 terutama yg berdekatan Baling, harap ada yg sudi memberikan sumbangan cupcakes/kek - amat dialu2kan, berdasarkan pengalaman masuk kampung, kek & cupcakes menjadi makanan rebutan.

**********************************
Assalammualaikum,

Insya-Allah Sanggar Suri & Al-Jauhar akan menganjurkan Misi Bantuan & Ziarah ke perkampungan2 miskin di sekitar Baling, Kedah. Kami amat mengalu-alukan kesudian sahabat2 untuk membantu dan ikut serta turun padang dan melihat sendiri kesusahan yang mereka alami. Kami syorkan supaya anak-anak kita juga dapat bersama-sama dalam misi ini supaya mereka dapat melihat sendiri keadaan di sana bagaimana kehidupan anak-anak di kampung berbanding anak-anak kita yang serba kemewahan. Ini juga adalah sebahagian dari pendidikan yang perlu kita tonjolkan kepada anak-anak kita supaya mereka merasa insaf.


TARIKH: 5-6 MAC (Sabtu-Ahad)
TEMPAT ZIARAH:
Kg Memali, Kg Bogor, Kg Becah Sawah, Kg Charok Putih Baling Kedah.
TEMPAT PENGINAPAN: Chalet Resort Air Panas Leggong, Baling, Kedah

Tentatif program:

SABTU 5 Mac 2011
8.00 pg berkumpul di Petronas, Rawang
8.30 pg bertolak ke Baling
1.00 ptg berhenti rehat, solat & makan tengahari
2.00 ptg insyaAllah sampai di Baling - daftar masuk Chalet Resort Air Panas - rehat
4.30 ptg penyampaian sumbangan kepada penduduk kampung
6.00 ptg jamuan ringan
7.30 ptg solat maghrib makan malam - rehat & aktiviti bebas-(rawatan/mandi kolam air panas dll)

AHAD 6 Mac 2011


9.00 pg Program Ziarah ke beberapa buah rumah penduduk daif miskin
2.30 ptg bertolak balik ke KL -kepada yg berminat boleh singgah Betong sempadan Thailand - kedai duty free

***Kepada sesiapa yang sudi menyertai sila berikan nama & jumlah ahli keluarga/sahabat yg ikut serta dan juga berapa chalet untuk ditempah.

Diharap juga agar dapat berada di tempat seperti di atas tepat pada waktunya. "Demi masa sesungguhnya manusia di dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran". (surah Al-Asr)

Untuk sumbangan:

Maybank 112080512445 Siti Fadzilah Abdul Manap

Untuk maklumat lanjut dan mengesahkan kehadiran, hubungi:

Pn Siti 019-2224474
sitifrahim@yahoo.com

Elly (Eksekutifsuri) 012-3614014
eksekutifsuri@yahoo.com.my

Semoga Allah Memberkati Usaha & Rezeki kita..amin..

Terima kasih
**********************************************************************
Assalamualaikum
Insya-Allah Sanggar Suri & Al-Jauhar akan menganjurkan Misi Bantuan & Ziarah ke perkampungan2 miskin di sekitar Baling, Kedah. Kami amat mengalu-alukan kesudian sahabat2 untuk ikut serta turun padang dan melihat sendiri kesusahan yang mereka alami.
TARIKH: 5-6 MAC (Sabtu-Ahad)
TEMPAT ZIARAH:
Kg Memali, Kg Bogor, Kg Becah Sawah, Kg Charok, Baling Kedah.
TEMPAT PENGINAPAN: Chalet Resort Air Panas Leggong, Baling, Kedah
Tentatif program:
SABTU 5 Mac 2011
8.00 pg berkumpul di Petronas,Rawang
8.30 pg bertolak ke Baling
11.30 pg singgah Kuala Kangsar - melawat kilang IMP(Islamic Manufacturing Pratice)
1.00 ptg teruskan perjalanan, solat & makan tengahari
4.00 ptg singgah di Pengkalan Hulu/Betong
5.30 ptg daftar masuk Chalet Resort Air Panas Leggong, Baling
6.00ptg-7.00mlm ziarah rumah fakir miskin
malam-rehat & aktiviti bebas-(rawatan/mandi kolam air panas dll)
AHAD 6 Mac 2011
9.00pg-2.00ptg Program Ziarah & Penyampaian Sumbangan utk Fakir Miskin
2.30ptg bertolak balik ke KL
Untuk sumbangan:
Maybank 112080512445 Siti Fadzilah Abdul Manap
Untuk maklumat lanjut:
Pn Siti 019-2224474
Elly (Eksekutifsuri) 012-3614014
Semoga Allah Memberkati Usaha & Rezeki kita..amin..
Terima kasih