Sambutan Maulidur Rasul 434/2013 bersama Fakir Miskin
Assalamualaikum
Insya-Allah
satu majlis meraikan fakir miskin akan diadakan sempena Sambutan
Maulidurrasul. Pada majlis itu akan diadakan
program pengisian rohani dan penyampaian bantuan asas hasil sumbangan
sedekah & zakat yang disalurkan melalui SanggarSuri & de Redang.
Kami menjemput sahabat2 sekalian untuk sama2 meraikan mereka & secara tidak langsung dapat menyaksikan sendiri kisah kehidupan mereka. Sekiranya sahabat2 ada hajat/niat untuk turun padang atau salurkan sumbangan amat dialu-alukan. Maklumat Majlis:
Tarikh : 10 FEB 2013/ AHAD Masa : 2.00-5.00 PETANG Tempat : DE’ REDANG (RUMAH ENCIK JAMALUDDIN) LOT 6540 KAMPUNG TERSUSUN REDANG PANJANG, BATU KURAU 34510 TAIPING PERAK (Tel: 019-5414673-En Jamaluddin)
ATURCARA MAJLIS
2.00 Petang - Tetamu Berkumpul
2.30 Petang - Program Bermula Oleh Pengacara Majlis
S/S - Ucapan Oleh Penyelaras Program
3.00 - Taszkirah, Doa Selamat & Salawat
Oleh Ustaz Ahmad Baktier Muslim
(Guru Agama Sek Men.Redang Panjang)
S/S - Ucapan Dari Wakil Sahabat-sahabat yang budiman
S/S - Penyampaian Sumbangan
S/S - Jamuan Ringan
5.00 - Majlis Selesai
Kepada sahabat2 yang ingin ikut serta @ memberi sumbangan boleh hubungi : ELLY 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my EN.JAMALUDDIN BIN
HASSIM 019-5414673 : jamaluddinbinhassim@yahoo.com
ANJURAN: Sanggar Suri (www.EksekutifSuri.blogspot.com) de'Redang(http://jamalhassim.blogspot.com)
Semoga Allah Mempermudahkan usaha kita & memberikan kejayaan dalam perjuangan ini. Amin
Kenangan Majlis Maulidur Rasul 2010 bersama 100 keluarga Fakir Miskin
sumbangan barangan asas untuk fakir miskin banner sumbangan BigLeaf Studio
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pertamanya, kami mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana memakbulkan doa kami utk menjamu & memberi bantuan barangan asas untuk 100 fakir miskin..syukur sesyukur2nya... walaupun pada saat2 terakhir sebelum hari yg dijadualkan kami cuma ada peruntukan utk 60 keluarga. Namun pertolongan Allah tiba bagaikan arus air mengalir..rezeki kita dikongsikan bersama.
Majlis diadakan di perkarangan rumah En Jamaluddin, Kg Redang Panjang, Batu Kurau, Taiping, Perak.
Sambutan Maulidurrasul tahun ini menjadi yang paling bermakna bagi kami kerana dapat raikan bersama mereka yang kurang bernasib baik. Malah golongan fakir miskin ini terdiri drp pelbagai kategori-anak yatim, ibu tunggal, warga emas, OKU, mualaf..
persiapan jamuan
ucapan pengerusi majlis En Jamaluddin
Banyak kisah yang menyentuh hati kami.. Kami berasa seinsaf-insafnya dan bersyukur kerana Allah memilih kami untuk menyampaikan amanah ini & mengizinkan kami sampai di sini. Majlis ini membuktikan bahawa blogger, egroups, laman sosial di internet bukan semata-mata membawa impak negatif seperti yang sering dimomokkan.
Yang manisnya kami bersatu tanpa mengenal warna kulit, agama, fahaman politik dan perbezaan pendapat, malah ada antara kami yang tidak mengenali antara satu sama lain, sekadar bertunggakkan kepercayaan agar amanah ini disampaikan sebaik mungkin untuk mereka yang benar-benar berhak.
Jutaan terima kasih sekali lagi buat semua sahabat atas kepercayaan kepada EksekutifSuri. Kejayaan mengendalikan majlis ini menguatkan semangat kami utk meneruskan perjuangan membantu golongan tidak bernasib baik ini. Jutaan terima kasih utk rakan blogger En Jamaluddin, keluarga dan sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan majlis ini berjalan lancar. Juga untuk Cikgu Jan, K'Siti (Aljauhar),Ust Tajuddin(IMP Kuala Kangsar) rakan2 egroups UmmikuSayang Charity Team, Resipi.net, Respeks, exsemesdian, Taman2 Syurga, Wena, MelayuTrade, PKSClub, Ibu dan semua yang terlibat. Hanya Allah yang mampu
membalas jasa baik sahabat2.
Kami juga terharu dengan sokongan sahabat2, terutama kepada keluarga Lyn Sham & Suzana Fazli serta anak2 yang sanggup datang menemani kami dari Kuala Lumpur. Pada awalnya kami jangka tiada siapa yang akan bersama kerana masing-masing ada hal yang perlu dibereskan. Kami juga risau, kalau2 sahabat2 yang datang tidak betah untuk masuk kampung dan bersama2 meraikan majlis. Namun anggapan saya meleset.. kami tetap bersama2 dari awal majlis, sehingga akhir, malah turut bersama2 menziarahi rumah2 fakir miskin dan terus ke Lenggong melihat persiapan utk Majlis keesokan harinya(28Feb).
Terima kasih juga pada suami tercinta, Ahmad Nizam dan anak-anak yang terus memberi sokongan tanpa sedikit pun rungutan. Syukur kerana dapat mendidik anak2 untuk menghargai apa yang ada dengan mendedahkan mereka dengan pengalaman sebegini.
Terima kasih juga kepada Ust Bahkhtiar yang menyampaikan ceramah Maulidurrasul pada hari tersebut. Kepetahan beliau menyampaikan kisah Rasulullah dan mengaitkan dengan rezeki dan usaha membebaskan diri drp kemiskinan menjadikan majlis ini lebih bermakna. Diserikan lagi dengan persembahan nasyid anak2 drp SAR Sg Limau..
Terima kasih juga kerana memberikan saya peluang untuk menyampaikan sedikit ucapan dan salam sahabat2 yg menderma. Jenuh juga saya menyusun ayat bagi memberikan penjelasan tentang cara bagaimana dana dikumpulkan melalui internet.
Namun ucapan saya terhenti bila terlalu sebak pada saat menyentuh tentang permintaan agar mereka mendoakan kami mendapat keberkatan & keredaan Allah..itulah yang sebenarnya kami cari..Keberkatan & Keredaan-Nya..
Kemuncak majlis..kami menjemput anak2 yang menyambut kelahiran yang bertarikh pada bulan Februari & Mac. Acara inilah yang paling meriah..dalam masa hanya 5 minit habis licin segala kek, cupcakes & muffin yang dibawa sahabat2 dari Kuala Lumpur... tak menang tangan saya memotong kek. Saya terpaksa memotong nipis2 kek tersebut agar semua dapat merasa.
Walaupun hanya berkongsi sehiris nipis kek, namun mereka amat gembira. Rata-rata menyatakan yang mereka bukan biasa makan kek..kesian..tambah terharu apabila sepotong kek yang dihiris nipis itu dibawa balik untuk dikongsi ahli keluarga yang lain. Ah..sayunya hati saya lebih-lebih lagi apabila mengenangkan pula kebetulan cuti 3 hari ini banyak betul kenduri kahwin, harijadi dan sebagainya..boleh dibayangkan betapa banyak kek yang ditempah mahal2 dibuang setelah dimakan sedikit, sedangkan di sana mereka berebut2 untuk merasa...
Selepas Majlis kami sempat melawat dua buah rumah yang dalam senarai bantuan kami. Sayunya hati saya...bagi saya, tempat tinggal mereka tidak layak dipanggil rumah..
Rumah Kak Azizah yang pernah kami bantu untuk dapatkan bekalan air & api sebelum ini hanyalah sebesar bilik tidur rumah kita..hanyalah tirai yang memisahkan bilik tidur K'Zah & anak perempuan & yang kecil dengan ruang tidur anak terunanya.
Manakala Kak Jah yang tinggal di rumah pusaka arwah ibu bapanya hanya menunggu masa menyembah bumi. Dinding & atap berlubang sana sini. Kak Jah turut mendapat bantuan pam air drp kami. Dan insya-Allah sekarang dalam proses membaiki rumah hasil sumbangan sekumpulan sahabat kami.
Sahabat2 sekalian... sama2lah kita muhasabah diri. Di mana kita saat ini? Siapakah kita? Siapakah yang terus-menerus menurunkan rezeki & nikmat hidup kepada kita? Bagaimanakah kita manfaatkan setiap nikmat & setiap saat kurniaan Allah? Sesungguhnya hidup ini umpama roda..sekiranya kita berada di puncak janganlah lupa memandang rumput di bumi...
Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan & sokongan berterusan sahabat-sahabat.
Semoga Allah memberkati usaha & rezeki kita..amin..
AssalamualaikumInsya-Allah satu majlis meraikan fakir miskin akan diadakan sempena Sambutan Maulidurrasul pada 27 Feb 2010 nanti. Pada majlis itu akan diadakan program pengisian rohani dan penyampaian bantuan asas hasil sumbangan sedekah & zakat yang disalurkan melalui EksekutifSuri.Di kesempatan ini kami menjemput sahabat2 sekalian untuk sama2 meraikan mereka & secara tidak langsung dapat menyaksikan sendiri kisah kehidupan mereka. Sekiranya sahabat2 ada hajat/niat atau sumbangan amat dialu-alukan untuk turut serta. Maklumat Majlis:
-->Tarikh : 27 FEB 2010 / SABTU Masa : 2.00 PETANG Tempat : DE’ REDANG (RUMAH ENCIK JAMALUDDIN) LOT 6540 KAMPUNG TERSUSUN REDANG PANJANG, BATU KURAU 34510 TAIPING PERAK (Tel: 019-5414673-En Jamaluddin)
Tentatif Program:Bacaan doa & selawat
Tazkirah
Ucapan ringkas
Penyampaian Bantuan Asas
Penyampaian Bantuan Susu (drp dana Tabung Susu)
Jamuan
Maklumat tentang jumlah fakir miskin & kampung yang terlibat dan senarai barangan yang akan dibeli seperti tertulis dalam lampiran.Kepada sahabat2 yang ingin ikut serta @ memberi sumbangan boleh hubungi : ELLY 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
Majlis ini hasil usahama pemilik blog Sanggar Suri (www.EksekutifSuri.blogspot.com) & de'Redang (http://jamalhassim.blogspot.com) dengan kerjasama penduduk kampung Redang Panjang, Batu Kurau Perak. Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat.Semoga Allah Mempermudahkan usaha kita & memberikan kejayaan dalam perjuangan ini. Amin