Sabtu, 7 Mei 2011

Misi Ziarah & Tajaan Yuran Bulanan Pusat Tahfiz

Assalamualaikum,

Sudah lama kami memasang niat untuk meziarahi pusat tahfiz ini, tetapi kepulangan yang sekejab2 dengan pelbagai agenda sentiasa menjadi halangan. Alhamdulilah akhirnya pada Isnin, 2 Mei 2011 dapat juga kami ziarah pusat tahfiz ini-


PUSAT KEBAJIKAN TAHFIZ AL-QURAN & PENGAJIAN AGAMA ISLAM BANGGOL KULIM, RANTAU PANJANG, KELANTAN.










Pusat tahfiz ini diasaskan oleh Tn Hj Abdullah b Daud, 76 tahun, tokoh guru agama & al-Quran yg dihormati di Kelantan, di atas tanah pusaka arwah bapanya. Ustaz2 yg mengajar di sini terdiri drp anak2 & menantunya...sejuk mata&sejuk perut ibu mengandung. Bangunan yang dibina sebagai pusat pengajian ini pula adalah hasil usahasama ahli-ahli perniagaan dan penduduk, terutama yang tinggal di Rantau Panjang, Kelantan.











Pusat pengajian kemas & bersih. Pengurusan yang cekap, tegas dan berdisplin menjadikan anak-anak di pusat tahfiz ini senang dibentuk dan dapat belajar dalan suasana yang baik. Pusat tahfiz ini tidak mendapat mana-mana bantuan pihak berkuasa, hanya bergantung kepada yuran dan derma orang ramai.





Di kesempatan itu, kami dapat menemu bual anak-anak yang tidak bernasib baik, yang juga antara pelajar yang tiada pembayar yuran tetap. Kami sempat memberi pesanan agar mereka meneruskan pengajian dengan tekun dan bersungguh-sungguh, dan kami akan berusaha mendapatkan tajaan bulanan bagi menampung kos pengajian mereka. Kebanyakan mereka adalah anak yatim piatu, anak yatim, terbiar dan miskin.













Sahabat-sahabat yang sudi berkongsi rezeki untuk menaja yuran bulanan anak-anak ini amat dialu-alukan. Sekurang-kurangnya kita dapat menyampaikan mesej kepada mereka bahawa masih ada insan yang sudi berkongsi kasih & rezeki, dan dapat juga meringankan beban pihak pengurusan. Semoga ada keberkatan dalam usaha & rezeki kita. Amin. Untuk pengetahuan sahabat2, pusat tahfiz ini adalah pusat tahfiz ketiga yang terpilih menyertai PROGRAM TAJAAN YURAN BULANAN PELAJAR TAHFIZ(ANAK YATIM & FAKIR MISKIN) anjuran Sanggar Suri dengan kerjasama sahabat2 di alam maya dari seluruh dunia.

Maklumat lanjut: Sanggar Suri www.eksekutifsuri.blogspot.com

Untuk menyertai program ini, sahabat2 boleh memilih nama2 di bawah untuk ditaja. Emailkan kepada eksekutifsuri@yahoo.com.my

Diharap sahabat2 dapat tunaikan yuran sebanyak RM160 sblm 7hb setiap bulan. Duit yuran akan kami kumpulkan untuk penyelarasan dan rekod, dah akan kami serahkan pada pusat tahfiz setelah wang cukup dikumpulkan.

Maklumat lanjut: Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my


Sekiranya sahabat2 ingin bertanya sendiri & mendapatkan maklumat lanjut boleh kunjungi @ hubungi alamat & no tel di bawah.

***p.s: Jika ingin pengesahan tentang diri saya, saya dikenali sebagai Elly anak Cikgu Talib, dari Kuala Lumpur, pemilik blog Sanggar Suri).

PROGRAM TAJAAN YURAN BULANAN PELAJAR TAHFIZ(ANAK YATIM & FAKIR MISKIN)


PUSAT KEBAJIKAN TAHFIZ AL-QURAN & PENGAJIAN AGAMA ISLAM
BANGGOL KULIM
17200 RANTAU PANJANG
KELANTAN

Pengurusan:


Tn Hj Abdullah b Daud (Mudir)
Ust Yunus B Daud
Tel: 09-7951505/ 014-8202714


YURAN: RM160 (sebelum 7hb setiap bulan)

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah..kami dikelilingi sahabat2 yg pemurah. Tidak sampai sehari blog ini diupdate, sudah penuh tajaan untuk anak2 ini. Terima kasih banyak2 sahabat..insya-Allah kami akan menziarah lagi untuk mencari anak2 yatim miskin yang cemerlang. Semoga dapat kita kongsi rezeki dan jadikan bekalan di akhirat nanti..amin..






Bil

Nama Pelajar

Umur

Status

Adik-beradik

Asal

1

Zulfakar Rosli

9

Ibu bapa bercerai /Anak terbiar

4

Kota Bharu

2

Mohd Shahrol Ilham b Jaafar

13

Bapa meninggal

/anak yatim

Ibu-gerai makan

6

Setapak, KL

3

Saifuddin Samad

14


Anak yatim piatu

5

Thailand

4

Abdillah b Hassan

14

Anak yatim

Ibu-penoreh getah

10

Rantau Panjang

5

Kamalrudin Abdullah

20

Anak yatim piatu, mualaf

7

Kuala Selangor

6

Mohd Fakhrullah bin Yunan

18

Miskin

Bapa-penjual air minuman

8



Pasir Mas

7

Jamadilawal b Husin

17

Anak yatim

14

Kota Bharu

1 ulasan:

  1. assalamua'laikum , kpada pembaca yang budiman , saya selaku bekas pelajar di pusat tahfiz ini , berharap dan amat bebesar hati kpada tuan/puan yang sudi menginfakkan/menderma sedikit sebanyak untuk dana madrasah ini ... di tahfiz ini plajar2 akan dapat memplajari kaedah bacaan Al-Quran dengan sempurna ...

    BalasPadam

Sila titipkan ulasan anda di sini