Memaparkan catatan dengan label Misi Madrasah & Tahfiz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misi Madrasah & Tahfiz. Papar semua catatan

Ahad, 7 Januari 2018

MISI PEMBANGUNAN MADRASAH & PUSAT TAHFIZ : Tajaan Yuran Pelajar


[ MISI TAJAAN YURAN TAHFIZ 2010-2018]

Misi Jelajah Kampung : DESTINASI KE-2

30 DIS 2017 (SABTU )

PUSAT KEBAJIKAN TAHFIZ AL-QURAN & PENGAJIAN AGAMA ISLAM
BANGGOL KULIM, RANTAU PANJANG, KELANTAN.

(Dikenali juga sbgTahfiz Hj Loh atau Tahfiz Banggol Kulim)

Pengasas: Almarhum Tuan Guru Hj Abdullah (Tok Hj Lah)

Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah swt kerana kita dapat teruskan secara istiqamah Misi Tajaan Yuran Pelajar Tahfiz ini. Program ini bermula pada Disember 2010. Jutaan terima kasih kepada penderma yang istiqamah dalam program ini. Semoga amalan kita ini diterima Allah dan menjadi bekal di akhirat nanti.

Alhamdulillah baru2 ini dapat bertemu dengan tenaga pengajar & anak-anak tahfiz di bawah Tajaan Sahabat SanggarSuri. Kami turut sampaikan buah tangan kiriman sahabat penaja buat anak-anak angkat mereka & untuk Madrasah.

Di kesempatan ini, kami berbincang dari hati ke hati. Menurut ustaz, Penaja selalu menaruh harapan tinggi pada pelajar dan berharap pelajar dapat hafal al-Quran dengan cepat. Namun, untuk Misi tajaan ini ustaz pilih pelajar2 yang sederhana dari segi keupayaan menghafaz tetapi punya semangat yang tinggi untuk menuntut ilmu & rajin berkhidmat. Bagi pelajar2 cemerlang mereka dapat berdikari sendiri malah ada antaranya mampu tanggung keluarga. Ini disebabkan pelajar yang cemerlang mendapat bayaran yang lumayan setiap kali dijemput menjadi Imam terawih atau program2 lain.

Di sini, kebanyakan yang datang belajar adalah dari keluarga kurang berkemampuan tetapi rajin & ada kesungguhaan untuk menuntut ilmu. Cara ajaran pegasas Madrasah ini, Almarhum Tuan Guru Hj Abdullah (Hj Loh ), amat teliti & mendalam, dan mengambil masa yang lama..

Anak2 yang kita taja ini terdiri daripada keluarga miskin yang kebanyakannya anak yatim. Tetapi rajin & semangat belajar. Mereka juga ringan tulang berkhidmat di Madrasah sebagai pembantu ustaz, tukang masak dan sebagainya. Malah ada yang sudah boleh mengajar.

Menurut pengalaman ustaz, golongan inilah yang akan masuk dlm masyarakat terutama di kampung2 untuk berbakti sbg pengajar. Walaupun keupayaan menghafaz kurang, tapi Hal2 berkaitan ilmu al-Quran & tajwid mereka mudah faham dan sudah mampu sampaikan dalam pengajaran.

Semoga usaha ini dapat diteruskan secara istiqamah & diberkati Allah. Amin..

***************************

[ MISI PEMBANGUNAN MADRASAH & PUSAT TAHFIZ : Tajaan Yuran Pelajar ]

Suatu Projek Pembangunan Madarasah & Pusat Tahfiz. Keutamaan untuk membantu anak-anak yatim & miskin mengikuti Pengajian Islam, Al-Quran & Tahfiz dengan menaja yuran mereka. Kriteria pilihan: akhlak terpuji, rajin & ada kesungguhan dalam pembelajaran.

Juga membantu Madarasah untuk mendapatkan dana bagi membaik pulih bangunan, menampung kos makanan, pengurusan dan sebagainya.

Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan saham akhirat untuk bersama menaja anak-anak Tahfiz atau membantu pembangunan Pusat Tahfiz&Madrasah harap dapat hubungi admin page: Misi Madarasah&Tahfiz Sanggar Suri atau FB: Elly (SanggarSuri).

Jazakumullah khairan kathira..

Untuk tujuan penyelarasan, mohon pm admin page: Misi Madarasah&Tahfiz Sanggar Suri untuk Tajaan & Sumbangan. Jazakumullah khairan kathira..

#misitajaanpelajartahfiz
#pelajartahfiz
#tahfizhjloh
#sanggarSuri






















Isnin, 10 Mac 2014

Misi Ziarah Madrasah Hashimiah : Mereka juga saudara kita..



KISAH SEBELUM INI-di SINI  dan di SINI
 
 Assalamualaikum

Alhamdulillah amanah sahabat2 telah selamat disampaikan dlm Misi Ziarah Madrasah Hashimiah (Madrasah Anak Yatim & Miskin Mulim Rohingya) pada 8 Mac 2014. Jazakumullah khairan kathira kepada semua yang terlibat yang sudi hulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk masa, kudrat dan harta..

Janji kami untuk tukar bantal&selimut baru dapat ditunaikan..Tersentuh hati melihat keceriaan mereka. Kami juga membawa tikar evamatik untuk lapik tidur & belajar; pakaian, mainan, buku dan barang makanan. Juga makanan untuk makan tengah hari selepas pengajian nanti.

 









 Sebelum ini anak-anak ini tidur di atas lantai hanya beralaskan selimut nipis atau tidak beralas langsung... hati kami amat tersentuh dengan keadaan ini. Kalaulah mereka anak kita..? 
Disebabkan hal inilah kami berjanji untuk membawa bantal & selimut baru untuk mereka. 

 
Pihak pengurusan keberatan untuk menerima alas toto @ tilam atas faktor sukar untuk menyimpannya juga faktor kebersihan.Di sinilah tempat mereka belajar dan di sini jugalah tempat mereka makan & tidur..ruang amat terhad.
Namun, atas rasa kasihan & tidak sampai hati melihat mereka tidur tanpa alas, kami membeli juga tikar yang agak tebal untuk lapik tidur mereka. Sekurang-kurangnya, tidur mereka berlapik juga..


Kami juga berpeluang bersama mereka mengikuti kelas pengajian di pagi Sabtu. Terharu melihat kesungguhan anak-anak ini. Walaupun buku & peralatan belajar yang daif & terpaksa bersesak-sesak dalam kelas yang sempit tetapi mereka tekun mentelaah pelajaran. Walaupun masih kecil mereka sudah mampu menghafal pelbagai doa & zikir serta surah-surah al-Quran
 









Sekali lagi kami tidak berupaya menyeka airmata apabila melihat buku-buku mereka yang lusuh dan koyak....sudahlah buku tersebut cumalah helaian kertas salinan fotostat sahaja..




Walaupun belajar dalam keadaan daif dan serba kekurangan, anak-anak ini berjaya menempa pelbagai kejayaan dalam pelbagai pertandingan..


Ustaz Hashim pengasas Madrasah Hashimiah yang banyak berkorban demi melihat anak bangsanya terbela..
 



 Alhamdulillah kami juga bawa bersama makanan untuk makan tengah hari. Sewaktu selesai sesi pagi persekolahan anak-anak yang tinggal berdekatan akan pulang ke rumah masing-masing dan datang semula pada jam 2.30 petang. Yang tinggal di asrama dalam 50 pelajar, tetapi yang tinggal sementara masuk ke kelas petang lebing kurang 20-30 orang menjadikan kos untuk makanan menampung lebih kurang 90 orang(termasuk tenaga pengajar).

 
 
 



Sewaktu kami ziarah kali ini, ada bersama sukarelawan daripada sebuah Persatuan Agama Buddha. Kagum dengan komitmen mereka, sudah lebih 5 tahun komited membantu. Peralatan komputer dan gaji tiga orang guru dibayar secara konsisten setiap bulan oleh mereka.


Tersentap hati kami.. mereka tidak salah, malah sudah jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya tanpa mengira perbezaan bangsa & agama. Cuma kita..untuk istiqamah membantu, menghulurkan sumbangan agak tidak konsisten & kadang kala bermusim..
Semoga Allah menguatkan semangat kami & anugerahkan rezeki masa, kudrat & harta untuk terus membantu mereka ...amin
 
RINGKASAN LAPORAN& CADANGAN
Misi Ziarah Madrasah Hashimiah (8 Mac 2014). 
 
Antara yang dserahkan:
 
1. 50set bantal, sarung bantal, selimut
2.10 set tikar evamatik,
3. beg, mainan,
4. barang makanan
5.pakaian,

Kami juga membawa makanan untuk makan tengahari anak2 & tenaga pengajar di sini (anggaran 100orang).

Antara keperluan yang perlu dibantu :

PERBELANJAN BULANAN

1. Gaji tenaga pengajar & tukang masak (12 orang):RM700-1000
2. Sewa bangunan 3 tingkat: RM830+RM700+RM700=RM2230
3. Kos makanan (sarapan, tengah hari, malam) anggaran RM3000
4. Api & Air: anggaran RM1300

JADUAL MAKAN

Sarapan 7.30pagi, Makan Tengah Hari 11pagi, Makan Malam 8 malam.
Masa makan tengah hari, iaitu selepas kelas sesi pagi ialah pada pukul 11 pagi.
Makan tengah hari turut disertai lebih kurang 20 lagi pelajar yang tidak balik semasa waktu rehat sementara masuk Kelas Petang pukul 2.30petang.

JADUAL PENGAJIAN:

8-11pagi: Kelas Pengajian Islam &al-Quran
2.30-4.30petang: Kelas Akademik (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Myanmar, Komputer, Sains & Matematik)

Sumber Dana:

1. Gaji Pengetua yang bekerja sendiri -berniaga & mengajar al-Quran rumah ke rumah, juga di tempat-tempat lain.

2. Persatuan Buddha Cina
-menyumbang & menyelenggara peralatan komputer
-menaja gaji 3 orang guru secara tetap setiap bulan hampir 5 tahun

3. Sumbangan ibu bapa & peniaga-peniaga sekitar Kompleks Pasar Borong
-kebanyakan mereka bekerja sebagai pengutip sayur & menjual kembali sayur tersebut
-bayaran yuran sekadar mampu oleh ibu bapa (kebanyakan tidak membayar langsung yuran sebab tidak mampu)

CADANGAN:

Di bawah Misi Madrasah & Tahfiz Sanggar Suri akan diusahakan untuk mendapatkan sokongan sahabat2 untuk sama-sama membantu meringankan beban pihak madrasah dengan mencari penaja untuk menampung kos gaji kakitangan/tenaga pengajar, sewa bangunan, api & air, kos pengurusan & makanan.

Tumpuan utama-menaja GAJI GURU secara berjemaah. Membuka peluang untuk sahabat-sahabat membentuk kumpulan masing-masing untuk menaja seorang guru.
Contoh: Sahabat dari Team A taja seorang guru, sahabat dariTeam B taja seorang guru dan seterusnya.

 
Untuk penyelarasan harap dapat hubungi admin blog Sanggar Suri @ Fanpage 
Misi Madarasah&Tahfiz Sanggar Suri.

atau email: eksekutifsuri@yahoo.com.my

 
Insya-Allah gambar & maklumat lengkap akan diupdate di blog Sanggar Suri & fanpage Misi Madarasah&Tahfiz Sanggar Suri. Jazakumullah khairan kathira