Isnin, 10 Mac 2014

Misi Ziarah Madrasah Hashimiah : Mereka juga saudara kita..



KISAH SEBELUM INI-di SINI  dan di SINI
 
 Assalamualaikum

Alhamdulillah amanah sahabat2 telah selamat disampaikan dlm Misi Ziarah Madrasah Hashimiah (Madrasah Anak Yatim & Miskin Mulim Rohingya) pada 8 Mac 2014. Jazakumullah khairan kathira kepada semua yang terlibat yang sudi hulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk masa, kudrat dan harta..

Janji kami untuk tukar bantal&selimut baru dapat ditunaikan..Tersentuh hati melihat keceriaan mereka. Kami juga membawa tikar evamatik untuk lapik tidur & belajar; pakaian, mainan, buku dan barang makanan. Juga makanan untuk makan tengah hari selepas pengajian nanti.

 









 Sebelum ini anak-anak ini tidur di atas lantai hanya beralaskan selimut nipis atau tidak beralas langsung... hati kami amat tersentuh dengan keadaan ini. Kalaulah mereka anak kita..? 
Disebabkan hal inilah kami berjanji untuk membawa bantal & selimut baru untuk mereka. 

 
Pihak pengurusan keberatan untuk menerima alas toto @ tilam atas faktor sukar untuk menyimpannya juga faktor kebersihan.Di sinilah tempat mereka belajar dan di sini jugalah tempat mereka makan & tidur..ruang amat terhad.
Namun, atas rasa kasihan & tidak sampai hati melihat mereka tidur tanpa alas, kami membeli juga tikar yang agak tebal untuk lapik tidur mereka. Sekurang-kurangnya, tidur mereka berlapik juga..


Kami juga berpeluang bersama mereka mengikuti kelas pengajian di pagi Sabtu. Terharu melihat kesungguhan anak-anak ini. Walaupun buku & peralatan belajar yang daif & terpaksa bersesak-sesak dalam kelas yang sempit tetapi mereka tekun mentelaah pelajaran. Walaupun masih kecil mereka sudah mampu menghafal pelbagai doa & zikir serta surah-surah al-Quran
 









Sekali lagi kami tidak berupaya menyeka airmata apabila melihat buku-buku mereka yang lusuh dan koyak....sudahlah buku tersebut cumalah helaian kertas salinan fotostat sahaja..




Walaupun belajar dalam keadaan daif dan serba kekurangan, anak-anak ini berjaya menempa pelbagai kejayaan dalam pelbagai pertandingan..


Ustaz Hashim pengasas Madrasah Hashimiah yang banyak berkorban demi melihat anak bangsanya terbela..
 



 Alhamdulillah kami juga bawa bersama makanan untuk makan tengah hari. Sewaktu selesai sesi pagi persekolahan anak-anak yang tinggal berdekatan akan pulang ke rumah masing-masing dan datang semula pada jam 2.30 petang. Yang tinggal di asrama dalam 50 pelajar, tetapi yang tinggal sementara masuk ke kelas petang lebing kurang 20-30 orang menjadikan kos untuk makanan menampung lebih kurang 90 orang(termasuk tenaga pengajar).

 
 
 



Sewaktu kami ziarah kali ini, ada bersama sukarelawan daripada sebuah Persatuan Agama Buddha. Kagum dengan komitmen mereka, sudah lebih 5 tahun komited membantu. Peralatan komputer dan gaji tiga orang guru dibayar secara konsisten setiap bulan oleh mereka.


Tersentap hati kami.. mereka tidak salah, malah sudah jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya tanpa mengira perbezaan bangsa & agama. Cuma kita..untuk istiqamah membantu, menghulurkan sumbangan agak tidak konsisten & kadang kala bermusim..
Semoga Allah menguatkan semangat kami & anugerahkan rezeki masa, kudrat & harta untuk terus membantu mereka ...amin
 
RINGKASAN LAPORAN& CADANGAN
Misi Ziarah Madrasah Hashimiah (8 Mac 2014). 
 
Antara yang dserahkan:
 
1. 50set bantal, sarung bantal, selimut
2.10 set tikar evamatik,
3. beg, mainan,
4. barang makanan
5.pakaian,

Kami juga membawa makanan untuk makan tengahari anak2 & tenaga pengajar di sini (anggaran 100orang).

Antara keperluan yang perlu dibantu :

PERBELANJAN BULANAN

1. Gaji tenaga pengajar & tukang masak (12 orang):RM700-1000
2. Sewa bangunan 3 tingkat: RM830+RM700+RM700=RM2230
3. Kos makanan (sarapan, tengah hari, malam) anggaran RM3000
4. Api & Air: anggaran RM1300

JADUAL MAKAN

Sarapan 7.30pagi, Makan Tengah Hari 11pagi, Makan Malam 8 malam.
Masa makan tengah hari, iaitu selepas kelas sesi pagi ialah pada pukul 11 pagi.
Makan tengah hari turut disertai lebih kurang 20 lagi pelajar yang tidak balik semasa waktu rehat sementara masuk Kelas Petang pukul 2.30petang.

JADUAL PENGAJIAN:

8-11pagi: Kelas Pengajian Islam &al-Quran
2.30-4.30petang: Kelas Akademik (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Myanmar, Komputer, Sains & Matematik)

Sumber Dana:

1. Gaji Pengetua yang bekerja sendiri -berniaga & mengajar al-Quran rumah ke rumah, juga di tempat-tempat lain.

2. Persatuan Buddha Cina
-menyumbang & menyelenggara peralatan komputer
-menaja gaji 3 orang guru secara tetap setiap bulan hampir 5 tahun

3. Sumbangan ibu bapa & peniaga-peniaga sekitar Kompleks Pasar Borong
-kebanyakan mereka bekerja sebagai pengutip sayur & menjual kembali sayur tersebut
-bayaran yuran sekadar mampu oleh ibu bapa (kebanyakan tidak membayar langsung yuran sebab tidak mampu)

CADANGAN:

Di bawah Misi Madrasah & Tahfiz Sanggar Suri akan diusahakan untuk mendapatkan sokongan sahabat2 untuk sama-sama membantu meringankan beban pihak madrasah dengan mencari penaja untuk menampung kos gaji kakitangan/tenaga pengajar, sewa bangunan, api & air, kos pengurusan & makanan.

Tumpuan utama-menaja GAJI GURU secara berjemaah. Membuka peluang untuk sahabat-sahabat membentuk kumpulan masing-masing untuk menaja seorang guru.
Contoh: Sahabat dari Team A taja seorang guru, sahabat dariTeam B taja seorang guru dan seterusnya.

 
Untuk penyelarasan harap dapat hubungi admin blog Sanggar Suri @ Fanpage 
Misi Madarasah&Tahfiz Sanggar Suri.

atau email: eksekutifsuri@yahoo.com.my

 
Insya-Allah gambar & maklumat lengkap akan diupdate di blog Sanggar Suri & fanpage Misi Madarasah&Tahfiz Sanggar Suri. Jazakumullah khairan kathira































 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini