Memaparkan catatan dengan label Universiti Kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Universiti Kehidupan. Papar semua catatan

Isnin, 11 September 2017

KAMI KEMBALI..ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya laman web SanggarSuri dapat dibuka semula. Lebih setahun laman web ini gagal dibuka(access). Mohon maaf atas kesulitan & info yang tidak dapat dikemas kini.

Insya-Allah, info-info terbaharu akan dikemas kini secara berperingkat.

Info gerak kerja Sahabat Sanggar Suri juga boleh diperolehi di :

Facebook : Elly Eksekutifsuri
atau
Fanpage:
MisiMadrasahTahfizSanggarSuri
Tabung SUSU Halib's-Sanggar Suri
Serunding Berkat&Doorgift


Terima kasih atas sokongan istiqamah.

Teruskan sokongan..bantu kami membela nasib mereka yang memerlukan.

Dari Marhaen utk Marhaen..
Sama Rasa, Sama Cakna..



Elly Eksekutifsuri
(Pengasas SanggarSuri)

Isnin, 25 Februari 2013

Warna Membezakan Kita, Tapi Warna jg Menyatukan Kita

Assalamualaikum

Syukur terhadap Ilahi kerana mengurniakan kami rezeki kudrat & masa... walaupun berbelah bahagi untuk meneruskan perjalanan akibat kekangan masa & kewangan, akhirnya demi sebuah persahabatan kami teruskan juga.

Perjalanan hampir 13 jam KL-Rantau Panjang ..tanpa mengambil cuti, sekadar cuti hujung minggu tetapi akhirnya berbaloi. Pelbagai peristiwa dan ragam manusia dapat kami rakamkan & menjadi pengalaman penting kami sekeluarga.

.. indahnya warna2 di Kelantan..warna membezakan pegangan kita, tetapi warna juga satukan kita..



Sesampai sahaja di Rantau Panjang, Kelantan selepas Subuh 8 Disember 2012, kami memulakan agenda bersama bonda & ayahanda demi sebuah keredaan & keberkatan.

Usai kedai2 dibuka kami teruskan Misi mencari baju Merah Putih The Red Warriors untuk persiapan menyambut kedatangan pahlawan2 bola sepak negeri Kelantan. Meriah....Pekan Rantau Panjang dilimpahi gelombang merah pada hari itu... bersatu memberikan sokongan & semangat. Berarak bersama The Red Warrior Team & Penyokong TRW Rantau Pannjang dlm panas terik tidak mematahkan semangat semua yg hadir.. tanpa mengira warna apa pegangan masing2, semuanya bersatu menyusun rentak yang sama..Tahniah kepada penganjur, penyokong & pasukan TRW..









Selepas selesai majlis, kami bergegas pulang untuk berehat seketika, sebelum ke Pekan Rantau Panjang sekali lagi untuk melengkapkan tema Merah Hitam pula untuk majlis Reunion Semesdians '89 malam nanti di Kota Bharu. Sekali lagi kami bersatu meraikan perhimpunan kami yang hampir 23 tahun terpisah..cukup meriah & nostalgik... terima kasih sahabat2ku..






Khamis, 13 Disember 2012

Misi Sinar Harapan : Misi Kembali ke Sekolah 2013

Misi Sinar Harapan : Tunaikan Harapan Mereka, Harapkan Keberkatan utk Kita




Dalam usaha kecil kami ini ada sahaja terdengar suara2 sinis memperkecilkan usaha kami..  “sekadar memberi ikan, tidak memberi kail…” Namun bagi kami kalau hanya “ikan” yg mampu kami sumbangkan, setakat “ikan” yang kami hulurkan, setidak2nya ada juga makanan utk mereka sekadar cukup sebulan dua, drp mereka kelaparan mengharap “kail” yang tk kunjung tiba... 

Kami sekadar segolongan rakyat marhaaen yang cakna tentang nasib rakyat marhaen yang lain.. Apapun..kami tetap berpegang pada pegangan bahawa.. “biar manusia tak pandang, asalkan Allah tak lepaskan pandangan-Nya terhadap usaha kami ini…”

Namun, tanpa sedar “kail” yang tidak kelihatan itu telah lama kami hulurkan..keutamaan perjuangan kami adalah menitikberatkan perkembangan kanak-kanak dan pendidikan. Itulah perjuangan kami yang kami realisasikan melalui Misi Kembali ke Sekolah & Misi Menara Gading, Tajaan Yuran Tahfiz, dan Tabung Susu utk Anak Yatim & Fakir Miskin..

Mungkin nampak kecil, tapi sekurang2nya sumbangan para sahabat ini diharapkan membawa perubahan besar dlm kehidupan mereka….kesannya mungkin tidak kelihatan sekarang, tetapi insya-Allah melalui pendidikan yg sempurna ini dapat membantu anak2 ini mengubah masa depan keluarga..

Antara kisah yang Allah temukan kepada kami..


Mariam & Fatimah.. anak2 ini ini punya cita-cita yang besar. Dibesarkan dalam keluarga besar dlm kehidupan serba kekurangan di sebuah perkampungan terpencil di daerah Dong, Pahang. Anak yatim 12 adik-beradik ini baru kehilangan ayah tempat bergantung sebelum Ramadan baru2 ini.
Pernah tercicir daripada alam persekolahan selama 2 tahun.. tapi, syukurlah mereka punya ibu yang kuat & tabah… dengan hanya berjalan kaki yang jauh jaraknya, ibu ini ke sekolah berjumpa guru besar untuk merayu anak2nya kembali ke sekolah. Ibu ini..hanya seorang rakyat marhaen yg tidak punya latar belakang pendidikan, tapi punya pandangan masa depan yang jauh dan keyakinan yang tinggi.
Alhamdulillah, mereka diterima semula bersekolah dan teruskan perjuangan.  Usaha itu tangga kejayaan..walaupun tertinggal dua tahun ke belakang, mereka dapat juga mengejar kejayaan. 
Fatimah mendapat 3A dlm UPSR tahun 2011, dan Mariam mendapat 5A dlm UPSR tahun 2012.  



Ramadan & Fitri.pasangan kembar yang tinggal jauh di pendalaman dikelilingi pokok-pokok getah di sebuah daerah di Machang, Kelantan.  Juga pernah tercicir sewaktu tingkatan 3..akibat kemiskinan, kala rakan-rakan lain sibuk mentelaah pelajaran, anak-anak2 ini bangun sebelum subuh untuk bersama2 menoreh getah..

Tapi Allah itu adil..cita-cita besar anak2 ini tidak terbiar begitu sahaja… mereka akhirnya mendapat rezeki untuk menyambung pelajaran. Dan usaha gigih mereka berbaloi..mereka tersenarai antara 10 pelajar terbaik SPM dan Ramadan menjadi pelajar terbaik SPM 2011 peringkat daerah Machang..Alhamdulillah…

Alhamdulillah..melalui Misi Menara Gading..kami sepakat bersama sahabat2 membantu anak2 ini melunaskan yuran & belanja ke IPTA baru2 ini..

Alhamdulillah..walaupun sekadar bantuan bagi meringankan beban, sudah ramai anak2 yatim & miskin yang dapat kita bantu untuk meneruskan pengajian sama ada di sekolah atau di menara gading. Mungkin ada yang tidak percaya betapa ada anak2 ini terpaksa melupakan cita-cita mereka akibat kemiskinan…

Tegarkah kita membiarkan anak2 bijak seumpama Mariam, Fatimah, Ramadan & Fitri ini terbiar tanpa pembelaan??..berapa ramai lagi anak2 yg senasib dengan mereka yang kita tidak tahu @ terlepas pandang? Betapa anak2 ini, tanpa bantuan, tanpa kemewahan, ..hanya berbekalkan kecekalan dapat mencipta kejayaan dalam kehidupan serba kekurangan..
 

...apalah gunanya usul tanpa tindakan..bagai debu diterbangkan angin..

Apapun ikhlas itu apabila kita tenang dan puas dengan apa yg kita lakukan... tidak penat & tidak terguris oleh apa2 cabaran & hinaan yg mendatang..

Sesungguhnya kami benar2 terharu dengan ukhwah tanpa sempadan yang Allah bina utk mengikat persahabatan kita..tanpa nama persatuan @ apa2 gabungan, tanpa fahaman politik, kadang2 tanpa mengenal bangsa & agama...tapi Allah campakkan kasih sayang & kepercayaan dalam hati kita..demi memperjuangkan satu matlamat:
"Misi Sinar Harapan : Tunaikan Harapan Mereka, Harapkan Keberkatan utk Kita"


Semoga perjuangan kita sentiasa diiringi bantuan Allah, keredeaan & keberkatan-Nya..amin

Khamis, 18 Oktober 2012

Universiti Kehidupan: "Neraka Abah"...


Siapa yang menonton telefilem "Neraka Abah" semalam? Saya bukanlah penggemar drama, bukan juga seorang pengulas.. Tapi drama itu dekat dengan pengalaman kami sebagai sukarelawan.. Dalam bulan ini sahaja ada beberapa kes seumpamanya sampai kepada kami..dengar berita sahaja sudah mengalir air mata...inikan kalau melihat sendiri penderitaan mereka.

Selalu sangat kami terima info.."..kesian anak2, mak pula kerja siang malam sampai sakit2...tapi nak bantu serba salah sebab abahnya ada... tapii???". Maka kami pun faham..dan kami lagi serba salah, kerana amanah yg kami bawa ini berat. Perlu disaring, diteliti & diziarahi dahulu...sebelum membuat keputusan.

Ada ibu mengadu pada kami kenapa mereka tidak dibantu sedangkan mereka terdiri drp golongan ibu tunggal & miskin..apabila diselidiki & ditanya pada wakil team kami...Jawapan sahabat ini buat kami terkedu.." Kita bukan tak nak tolong, kak..ibu ini baik..anak perempuannya juga bailk...dua2 ibu tunggal. Tapi anak2 & cucu2nya hanya dua orang sahaja yang "menjadi", yang lain kalau bukan pengedar dadah, jadi penagih dadah..dan bila mereka perlukan bekalan, duit ibu2 mereka diperasnya..kadang2 atas dasar tak sampai hati lihat anak menderita, dengan rela hati si ibu serahkan wang hasil titik peluh mereka untuk anak2 dapatkan bekalan dadah."..

Ada juga kes bapa meninggal akibat dadah...ibu pula menderita penyakit kanser. Dan belum sempat kami ziarah, khabar diterima ibu malang itu telah kembali ke Rahmatullah...tinggallah anak2 yatim piatu yang harus cekal bersama meneruskan perjuangan.

Khabar terbaharu mengenai 3 beradik berumur 2, 4, 6 tahun juga baru kematian ibu meruntun hati kami. Ayahnya pula lebih kuranglah watak abah dlm drama semalam. Anak bongsunya pun tidak betul jalannya akibat kecederaan didera ayah sendiri. Selepas kematian ibu tempat bergantung, ayah pula menghilang. Mendapat ehsan jiran sebelum dipisah-pisahkan, diambil menjadi anak angkat keluarga yg berlainan..Sayu sangat, tak dapat digambarkan anak-anak sekecil itu tiba-tiba hilang tempat bergantung dan terpaksa berpisah pula adik-beradik.

Belum reda rasa hiba, ada pula sahabat datang membawa berita..ada 5 orang anak yatim piatu..baru kematian ayahnya akibat dadah. Ibu juga baru juga meninggal.. umur anak-anak mereka  baya anak2 kami..yang sulung baru 13 tahun. Khabarnya, mereka akan diserahkan pada Jabatan Kebajikan..aduh..sayunya.

Dan Sabtu ini, insya-Allah klu tidak ada aral kami akan ziarah satu keluarga ibu tunggal 11 anak (2-19tahun)..anaknya yang sudah berkahwin pula kematian suami, ada tiga anak ..pun tinggal bersama mereka. 15 orang tinggal dlm satu rumah kecil??..

Abah mereka mana??..Ini jawapan ibu yang tabah itu "

" Saya ditinggalkan suami tanpa nafkah. Kalau balik pun, dia minta saya duit. Setakat ini tiada apa-apa bantuan untuk diri saya dan anak-anak. Mengharapkan pihak puan dapat membantu saya mana-mana yang boleh"....khabarnya, suami beliau kerap keluar masuk penjara..

Kami..  Team Sanggar Suri ..tidak menjanjikan bulan bintang...kami juga mungkin tidak dapat berikan kail, sekadar seekor ikan buat alas perut.  Namun kami yakin bahawa kisah-kisah ini disampaikan oleh Allah kepada kami bukan sekadar untuk diratapi....kisah2 kehidupan ini dipaparkan satu-persatu di depan mata kami sendiri agar kami berfikir...dan dengan sedikit ruang masa & kudrat untuk paparkan kisah ini kepada sahabat2 lain..bersama doa agar ada hati-hati terbuka untuk membantu meringankan beban mereka. Kami hanya petugas, yang bertugas untuk Allah dan kerana Allah..

Elly
Sanggar Suri
www.Eksekutifsuri.blogspot.com

Selasa, 2 Oktober 2012

Universiti Kehidupan: Tanggungjawab Bukan Sebuah Pengorbanan

Assalamualaikum

Kepulangan kami untuk ziarah ayahanda yang sakit baru2 ini, bukan sahaja membuka mata kami betapa tanggungjawab seorang anak ke atas ibu bapanya adalah yang terutama. Kepulangan ini bukan pengorbanan, tapi tanggungjawab..

Dan ilmu Allah itu luas...ilmu drp pemerhatian di Universiti Kehidupan itulah yang terbaik. Setinggi syukur ke hadrat Allah kerana kami diberikan waktu&ruang untuk pulang secepat mungkin untuk ziarahi ayah..tanpa alasan & tanpa halangan.

Walaupun ketika itu, kami terpaksa tinggalkan anak yang sedang menghadapi peperiksaan penting PSRA. Juga terpaksa batalkan tempahan & tinggalkan perniagaan & pelbagai urusan..Tanpa sedar, anak2 yang lain turut mengemas baju dan ikut kami pulang..akibatnya, seminggu anak-anak tak sekolah. Tapi, itulah tanggungjawab & keprihatinan mereka untuk turut sama di sisi Tok Ayah..
Dalam hati kami hanya satu..kami WAJIB pulang..untuk bersama ayah.. itulah tanggungjawab.

Ayahanda tercinta..

Semasa ayah dimasukkan ke wad, ada seorang warga tua seusia ayah juga dimasukkan ke wad pada hari yang sama. Di sebelah katil ayah, dia terlantar...sunyi & sendirian... Kami adik-beradik turut menjaga pakcik itu sambil2 menjaga ayah.

Kesian tengok dia...katanya dia dihantar oleh kawan sewaktu berada di pondok. Pondok..itulah tempat menjadi pilihan warga tua di Kelantan untuk menghabiskan sisa-sisa hidup sambil menuntut ilmu agama. Sedaya-upaya kami jaga hatinya agar tidak terguris..kerana kami maklum bahawa dia tiada waris..

Sewaktu ayah dimaklumkan doktor boleh keluar hospital, pakcik itu juga dimaklumkan dengan berita yang sama. Sebagaimana cerianya ayah, pakcik itu juga ceria...salin pakaian, pakai semutar..siap2 untuk balik.

Pertanyaan nurse tentang siapa yang hendak dihubungi dijawab secara sayu oleh pakcik.. bila ditanya:"Pakcik ada anak?"..dia cuma mengangguk dan terus diam..sayu sangat lihat raut wajahnya.
Sehinggalah urusan pembayaran & taklimat pemakanan selesai...sehingga kami sudah mahu balik, tiada siapa pun datang menjemput pakcik tu... semutarnya telah ditanggalkan, kemejanya juga dah dibuka..

Sebelum balik..saya sempat bertanya.. pertanyaan yang saya tunda sebelum ini demi menjaga hatinya. Sedaya-upaya saya cuba untuk tidak mengguris hatinya..

"Anak pakcik duk jauh2 kan..tu yang tk boleh datang tu...anak pakcik kerja apa?"
"Tak kerja.." perlahan jawabnya
"Perempuan ke? Suami kerja kan?"
"Suami diorang tak bagi kerja...suami kerja."
"Kerja apa ya?"
"Yang kat KL tu..drebar kapal terbang(pilot), tapi dah pencen. Yg kat Kedah, askar.."
"Askar pangkat besar kan, pakcik?"
"Ya.." jawabnya lemah..

Maka saya terus diam...dah berfikir..bukan menilai..

Difahamkan anak2 dia dah lama tak balik.. Sakit kulit kronik, badannya bersisik.. katanya dia sakit kusta. Ada kad JKM..tinggal di Pondok bersama warga tua yang lain..semoga pakcik bahagia di situ..

Kita tidak berhak untuk membuat apa2 penilaian...sebaliknya kami rasa amat bersyukur kerana Allah permudahkan kami untuk berada di sisi ayah pada saat ayah memerlukan kami.  Saya, adik & kakak juga tidak bekerja, anak2 bersekolah, ada yang kecil2..ada yang sedang exam..namun kami bersyukur kerana masing2 mempunyai  suami yang bertanggungjawab & memahami..mereka izinkan kami pulang..

Sampai sekarang  masih terbayang2 wajah suram pakcik itu... sampai kami pulang, dia masih di situ...

Pengajian kami di Universiti Kehidupan tentang tanggungjawab seorang anak tidak terhenti di situ. Sebelum balik ke KL..kami sempat ziarah seorang lagi warga tua yang ditinggalkan anak2.. terlantar lesu.




..insya-Allah akan menyusul kisah warga tua ini dalam penceritaan seterusnya...