Selasa, 2 Oktober 2012

Universiti Kehidupan: Tanggungjawab Bukan Sebuah Pengorbanan

Assalamualaikum

Kepulangan kami untuk ziarah ayahanda yang sakit baru2 ini, bukan sahaja membuka mata kami betapa tanggungjawab seorang anak ke atas ibu bapanya adalah yang terutama. Kepulangan ini bukan pengorbanan, tapi tanggungjawab..

Dan ilmu Allah itu luas...ilmu drp pemerhatian di Universiti Kehidupan itulah yang terbaik. Setinggi syukur ke hadrat Allah kerana kami diberikan waktu&ruang untuk pulang secepat mungkin untuk ziarahi ayah..tanpa alasan & tanpa halangan.

Walaupun ketika itu, kami terpaksa tinggalkan anak yang sedang menghadapi peperiksaan penting PSRA. Juga terpaksa batalkan tempahan & tinggalkan perniagaan & pelbagai urusan..Tanpa sedar, anak2 yang lain turut mengemas baju dan ikut kami pulang..akibatnya, seminggu anak-anak tak sekolah. Tapi, itulah tanggungjawab & keprihatinan mereka untuk turut sama di sisi Tok Ayah..
Dalam hati kami hanya satu..kami WAJIB pulang..untuk bersama ayah.. itulah tanggungjawab.

Ayahanda tercinta..

Semasa ayah dimasukkan ke wad, ada seorang warga tua seusia ayah juga dimasukkan ke wad pada hari yang sama. Di sebelah katil ayah, dia terlantar...sunyi & sendirian... Kami adik-beradik turut menjaga pakcik itu sambil2 menjaga ayah.

Kesian tengok dia...katanya dia dihantar oleh kawan sewaktu berada di pondok. Pondok..itulah tempat menjadi pilihan warga tua di Kelantan untuk menghabiskan sisa-sisa hidup sambil menuntut ilmu agama. Sedaya-upaya kami jaga hatinya agar tidak terguris..kerana kami maklum bahawa dia tiada waris..

Sewaktu ayah dimaklumkan doktor boleh keluar hospital, pakcik itu juga dimaklumkan dengan berita yang sama. Sebagaimana cerianya ayah, pakcik itu juga ceria...salin pakaian, pakai semutar..siap2 untuk balik.

Pertanyaan nurse tentang siapa yang hendak dihubungi dijawab secara sayu oleh pakcik.. bila ditanya:"Pakcik ada anak?"..dia cuma mengangguk dan terus diam..sayu sangat lihat raut wajahnya.
Sehinggalah urusan pembayaran & taklimat pemakanan selesai...sehingga kami sudah mahu balik, tiada siapa pun datang menjemput pakcik tu... semutarnya telah ditanggalkan, kemejanya juga dah dibuka..

Sebelum balik..saya sempat bertanya.. pertanyaan yang saya tunda sebelum ini demi menjaga hatinya. Sedaya-upaya saya cuba untuk tidak mengguris hatinya..

"Anak pakcik duk jauh2 kan..tu yang tk boleh datang tu...anak pakcik kerja apa?"
"Tak kerja.." perlahan jawabnya
"Perempuan ke? Suami kerja kan?"
"Suami diorang tak bagi kerja...suami kerja."
"Kerja apa ya?"
"Yang kat KL tu..drebar kapal terbang(pilot), tapi dah pencen. Yg kat Kedah, askar.."
"Askar pangkat besar kan, pakcik?"
"Ya.." jawabnya lemah..

Maka saya terus diam...dah berfikir..bukan menilai..

Difahamkan anak2 dia dah lama tak balik.. Sakit kulit kronik, badannya bersisik.. katanya dia sakit kusta. Ada kad JKM..tinggal di Pondok bersama warga tua yang lain..semoga pakcik bahagia di situ..

Kita tidak berhak untuk membuat apa2 penilaian...sebaliknya kami rasa amat bersyukur kerana Allah permudahkan kami untuk berada di sisi ayah pada saat ayah memerlukan kami.  Saya, adik & kakak juga tidak bekerja, anak2 bersekolah, ada yang kecil2..ada yang sedang exam..namun kami bersyukur kerana masing2 mempunyai  suami yang bertanggungjawab & memahami..mereka izinkan kami pulang..

Sampai sekarang  masih terbayang2 wajah suram pakcik itu... sampai kami pulang, dia masih di situ...

Pengajian kami di Universiti Kehidupan tentang tanggungjawab seorang anak tidak terhenti di situ. Sebelum balik ke KL..kami sempat ziarah seorang lagi warga tua yang ditinggalkan anak2.. terlantar lesu.




..insya-Allah akan menyusul kisah warga tua ini dalam penceritaan seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini