Memaparkan catatan dengan label Misi mahligai: Abang Rosli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misi mahligai: Abang Rosli. Papar semua catatan

Khamis, 27 November 2014

MISI MAHLIGAI ABANG ROSLI


Terasa baharu sahaja mendapat panggilan telefon daripada En Jamal, bercerita tentang hajat Abang Rosli untuk dapatkan sebuah "Rumah Kotak" yang anggaran cuma RM5000..

Namun..Alhamdulillah...hasil kerja berjemaah....bukan sekadar rumah kotak, Mahligai harapan mereka ini dapat dibina dengan lebih sempurna, siap ada bilik, ruang tamu, dapur, bilik mandi & tandas serta beranda di bahagian hadapan..dengan hasil sumbangan lebih kurang RM11, 000 ...





Bukan itu sahaja, sahabat2 penderma turut menghulurkan sumbangan perabot & kelengkapan rumah yang lain...

Kisah sebelum ini boleh diikuti di..SINI

Jazakumullah khairan kathira buat semua yang terlibat menghulurkan sumbangan, sama ada dalam bentuk harta, masa atau kudrat..

Terima kasih tidak terhingga buat En Jamaluddin Hassim drp De Redang atas usaha murni ini..
Kisah pasangan ini dan perkembangan rumah harapan mereka juga boleh diikuti di blog De Redang.

Semoga Allah memberkati usaha kita ini..amin..



















Isnin, 20 Oktober 2014

Misi Mahligai Abg Rosli

Assalamualaikum

"Dapat rumah kotak pun jadilah..asalkan kami ada rumah sendiri...".. itulah rayuan Puan Roslina Bt  Wan Chik 47, yang lebih dikenali sebagai Kak Ina, di samping suaminya En Rashid Bin Awang Kechil 56, yang lebih dikenali sebagai Abang Rosli. Rintihan itu disuarakan setiap kali bertemu sahabat kami di Redang Panjang, Taiping, Perak, iaitu En Jamaluddin Hashim dan isteri..
Abang Rosli dan Kak Ina

"Rumah Kotak"... anggaran luas hanyalah 16 kaki  x 14 kaki... hanya perlu dirikan empat tiang dan dinding...itulah impian mereka... Lagi luas bilik tidur rumah kita kan? 
Syukurlah mereka ada tanah sendiri. Anggaran kos pembinaan pondok kecil mereka cuma RM5000...
Cadangan kami, insya-Allah kita bina dulu pondok kecil di tapak ini.Apabila ada rezeki lain, mungkin dapat bantuan PPRT atau Majlis Agama nanti, bolehlah disambung atau dinaik taraf rumah ini. Sementara menunggu prosedur itu dan ini, sekurang-kurangnya ada tempat berteduh untuk mereka berdua.



Tanah tapak rumah yang dicadangkan


Tergolong dalam golongan OKU, suami lurus bendul dan isteri OKU anggota, tetapi mereka juga ada hati dan perasaan, ada hak untuk hidup bahagia dan selesa... Sebelum ini mereka mencari rezeki di Pulau Pinang, tetapi akibat masalah kesihatan, terpaksa berhenti kerja dan pulang ke kampung asal Abang Rosli..

Tiada tempat tinggal, menyewa tidak mampu, terpaksalah menumpang di rumah ibu bapa Abang Rosli yang juga miskin. Adat hidup menumpang, pelbagai masalah pula timbul..

Di kampung, Abang Rosli menyara hidup dengan bekerja sebagai buruh di ladang dengan pendapatan lebih kurang RM20 sehari. Tiada kenderaan waima basikal (juga masalah tidak pandai mengayuh basikal), Abang Rosli berjalan kaki berbatu-batu jauhnya, ulang alik ke tempat kerja..

Apalah sangat nilai RM5000 untuk sebuah pondok kecil atau rumah kotak untuk mereka.. kan? Paling kurang, kita tambah sedikit dalam rumah impian mereka itu, sebuah rumah yang ada bilik mandi dan tandas, bukan sekadar "kotak" kosong... Mungkin tambah lagi seribu dua RM..

Sama-samalah kita berdoa dan berusaha merealisasikan impian Abang Rosli & Kak Ina ini... agar ada tempat berteduh yang lebih selesa dapat dibina dalam masa terdekat. Besar pahalanya insya-Allah, untuk kita hulurkan bantuan menyediakan tempat berteduh buat insan yang memerlukan..

Abang Rosli & Kak Ina di tapak rumah impian

Kisah Abang Rosli dan Kak Ina juga boleh diikuti di blog Sahabat Sanggar Suri Taiping, Perak
Misi Mahligai De'Redang

De'Redang http://jamalhassim.blogspot.com/

Untuk maklumat lanjut atau sumbangan:

Akaun MayBank: 158305195196
Nama: JAMALUDDIN BIN HASSIM
Tel: 019-5414673
email : jamal.hassim@yahoo.com

**PENTING: Sila maklumkan/nyatakan niat-Mahligai AbgRosli-semasa membuat transaksi



Semoga Allah permudahkan usaha ini & memberkati perkongsian rezeki ini..amin