Isnin, 20 Oktober 2014

Misi Mahligai Abg Rosli

Assalamualaikum

"Dapat rumah kotak pun jadilah..asalkan kami ada rumah sendiri...".. itulah rayuan Puan Roslina Bt  Wan Chik 47, yang lebih dikenali sebagai Kak Ina, di samping suaminya En Rashid Bin Awang Kechil 56, yang lebih dikenali sebagai Abang Rosli. Rintihan itu disuarakan setiap kali bertemu sahabat kami di Redang Panjang, Taiping, Perak, iaitu En Jamaluddin Hashim dan isteri..
Abang Rosli dan Kak Ina

"Rumah Kotak"... anggaran luas hanyalah 16 kaki  x 14 kaki... hanya perlu dirikan empat tiang dan dinding...itulah impian mereka... Lagi luas bilik tidur rumah kita kan? 
Syukurlah mereka ada tanah sendiri. Anggaran kos pembinaan pondok kecil mereka cuma RM5000...
Cadangan kami, insya-Allah kita bina dulu pondok kecil di tapak ini.Apabila ada rezeki lain, mungkin dapat bantuan PPRT atau Majlis Agama nanti, bolehlah disambung atau dinaik taraf rumah ini. Sementara menunggu prosedur itu dan ini, sekurang-kurangnya ada tempat berteduh untuk mereka berdua.



Tanah tapak rumah yang dicadangkan


Tergolong dalam golongan OKU, suami lurus bendul dan isteri OKU anggota, tetapi mereka juga ada hati dan perasaan, ada hak untuk hidup bahagia dan selesa... Sebelum ini mereka mencari rezeki di Pulau Pinang, tetapi akibat masalah kesihatan, terpaksa berhenti kerja dan pulang ke kampung asal Abang Rosli..

Tiada tempat tinggal, menyewa tidak mampu, terpaksalah menumpang di rumah ibu bapa Abang Rosli yang juga miskin. Adat hidup menumpang, pelbagai masalah pula timbul..

Di kampung, Abang Rosli menyara hidup dengan bekerja sebagai buruh di ladang dengan pendapatan lebih kurang RM20 sehari. Tiada kenderaan waima basikal (juga masalah tidak pandai mengayuh basikal), Abang Rosli berjalan kaki berbatu-batu jauhnya, ulang alik ke tempat kerja..

Apalah sangat nilai RM5000 untuk sebuah pondok kecil atau rumah kotak untuk mereka.. kan? Paling kurang, kita tambah sedikit dalam rumah impian mereka itu, sebuah rumah yang ada bilik mandi dan tandas, bukan sekadar "kotak" kosong... Mungkin tambah lagi seribu dua RM..

Sama-samalah kita berdoa dan berusaha merealisasikan impian Abang Rosli & Kak Ina ini... agar ada tempat berteduh yang lebih selesa dapat dibina dalam masa terdekat. Besar pahalanya insya-Allah, untuk kita hulurkan bantuan menyediakan tempat berteduh buat insan yang memerlukan..

Abang Rosli & Kak Ina di tapak rumah impian

Kisah Abang Rosli dan Kak Ina juga boleh diikuti di blog Sahabat Sanggar Suri Taiping, Perak
Misi Mahligai De'Redang

De'Redang http://jamalhassim.blogspot.com/

Untuk maklumat lanjut atau sumbangan:

Akaun MayBank: 158305195196
Nama: JAMALUDDIN BIN HASSIM
Tel: 019-5414673
email : jamal.hassim@yahoo.com

**PENTING: Sila maklumkan/nyatakan niat-Mahligai AbgRosli-semasa membuat transaksi



Semoga Allah permudahkan usaha ini & memberkati perkongsian rezeki ini..amin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini