Rabu, 21 Mac 2018

MISI MENARA GADING: Fatin dah balik, kak..]

[ MISI MENARA GADING: Fatin dah balik, kak..]

Tersentuh hati seorang ibu menerima mesej kepulangan ini..

"Salam kak elly
Fatin selamat sampai..Alhamdulillah,'

Bagai dapat merasai keterujaan seorang ibu menyambut anaknya pulang.
Lebih-lebih lagi mengenangkan saat2 getir Fatin dan adik-adiknya dalam meneruskan pengajian..

Kagum melihat pengorbanan seorang ibu yang gigih berusaha membesarkan anak2 bersendirian sehingga hampir semuanya berjaya menjejakkan kaki ke universiti.

Fatin selamat kembali bersama sebuah kejayaan & penuhi harapan keluarga.

Alhamdulillah..Tahniah FATIN .... Kami Tumpang Bangga..

Sebuah kisah kejayaan usaha berjemaah dari Marhaen untuk Marhaen

Tahniah buat sahabat2 yang hulurkan sumbangan & sokongan sehingga membolehkan anak yatim ini mencapai impiannya..

"Terima kasih banyak Kak elly dan kawan2..
Terima kasih kpd smua pihak Sanggar Suri... Fatin doakan semoga Sanggar Suri semakin maju.. boleh bantu lebih ramai org...
in-syaa Allah satu hari Fatin pula yang bantu sebagaimana Kak Elly and the team bantu org lain...
Terharu nya rasa bila ada org tlg kita saat kita perlu..
Fatin minta maaf kalau masa pengurusan Fatin ada menyusahkan sapa2..
Fatin faham adat membantu org, pasti ada ujiannya..
Semoga Allah balas semua dgn kesenangan... Umi Fatin pun rasa bersyukur tak terhingga..
Umi kirim salam pada semua...
Umi kata dia ucap terima kasih banyak2.. dan dia doakan semoga Allah sahajalah yg membalas segala jasa yg membantu...
Allah bantu Anak2 dia melalui kak Elly dan kawan2.. Alhamdulillah.. di hati kecil ada rasa segan.. tapi bersykur tak terhingga dgn segala bantuan ikhlas Sanggar Suri."

-Fatin Fatihah bt. Mohd Asri
UMP- Universiti Karlsruhe, Jerman

*********************************

**posting awal Misi dilancarkan https://www.facebook.com/eksekutifsuri/media_set?set=a.10155533208957866.1073742173.694892865&type=3

Terpilih melanjutkan pelajaran ke luar negara merupakan satu KEJAYAAN besar buat anak yatim ini.

FATIN satu-satunya pelajar perempuan yang terpilih, di samping dua lagi pelajar lelaki.

Fatin merupakan anak sulung daripada 5 adik-beradik yang 4 daripadanya sedang belajar di Universiti & Kolej..
Ibunya menampung perbelanjaan dengan menjual burger di depan rumah.

Bukan mudah untuk Fatin mencapai Impiannya dengan keadaan ekonomi keluarganya..

Namun, tiada yang MUSTAHIL.

INSYA-ALLAH...dengan Usaha Berjemaah kita mampu membantu anak yatim ini mencapai IMPIANnya, seterusnya mengubah nasib keluarganya..
Jom kita BUKTIKAN!!!

Alhamdulillah Fatin Fatihah terpilih untuk menyambung pelajaran di Universiti Karlsruhe, Jerman dalam bidang Kejuruteraan Automotif.

Sebelum ini Fatin belajar di Universiti Malaysia Pahang kerjasama dgn Universiti Karlsruhe. Selama 2 tahun mereka belajar bahasa Jerman. Kali ini hanya 3 pelajar termasuk Fatin yang terpilih untuk program ini.

Rayuan kali ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban PERBELANJAAN AWAL sebelum ke sana & setibanya di sana (sblm terima Biasiswa dijangka sebulan slps daftar).

[ DANA FATIN ke JERMAN ]

UPDATE: 09 OGOS 2017

Perbelanjaan:

Urusan Visa : - Dapat pelepasan. Alhamdulilah

Sewa Bilik : RM600 (120€)
Makan&urusan lain: RM900
Set Laptop RM2500

JUMLAH: RM4000
Dana Diterima: RM4000

*****Sumbangan Sahabat2 SanggarSuri************

PROFILE PELAJAR.

Fatin Fatihah bt. Mohd Asri, 22 tahun
Alamat: Kg.Bukit Tandak,17200 Rantau Panjang, Kelantan.

Tawaran :
Terpilih utk sambung semester akhir di Universiti Karlsruhe, Germany.
Bidang Kejuruteraan Automotif.
Tarikh Daftar - Sept 2017 (Tarikh berangkat belum ditetapkan)

Bapa - Mohd Asri b. Saod (Arwah)
Ibu - Seenah bt. Dueromae
Jual Burger (pendapatan tidak tetap, lbh kurang RM600 sebulan)

Adik-beradik :
1- Fatin Fatihah bt. Mohd Asri,24 UMP
2- Farah Farhana bt. Mohd Asri,22 Ftms College Cyberjaya
3- Mohd Farhan b. Mohd Asri,20 thun KKTM Lubok Jong
4- Fazlin Suhana bt. Mohd Asri,18 thun UPM
5- Muhammad Fahim b. Mohd Asri,9 thun,SK Kubang Kuau.

Perjuangan membela nasib anak2 yatim & miskin diteruskan..

Untuk tujuan pengumpulan dana. Sila hubungi:
Elly(SanggarSuri) 012-3614014

Bersama bantu kami membantu mereka mencapai cita-cita...semoga dgn kejayaan ini boleh membawa
keluarga mereka keluar daripada kemiskinan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini