Memaparkan catatan dengan label Misi Sinar Harapan: KAFA Subang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misi Sinar Harapan: KAFA Subang. Papar semua catatan

Khamis, 27 Oktober 2011

Sekelumit Kisah Warga KAFA Integrasi al-Insaniah: Azwa..cantik, Sopan & Cerdik...tapi..





Nur Azwa Shakira … raut wajahnya semanis nama..sopan, cantik & cerdik itulah yg dapat diterjemahkan melalui penampilan dirinya. Namun siapa tahu di sebalik wajahnya yg tenang ada bebanan berat yang terpaksa digalas.. Melihat raut wajahnya yang tenang , penampilan dirinya dan perwatakan yang matang sukar untuk meneka berapa umurnya.. baru 10 tahun rupanya..

Di kala anak2 kita merengek2 minta itu & ini… sibuk bermain itu & ini.. Azwa yang sebaya dengan anak2 kita ini sudah menggalas tugas yang berat. Sebagai anak sulung, Azwalah menjadi tempat ibunya berkongsi masalah & bebanan.. hal ini diceritakan sendiri oleh ibu Azwa. Betapa mereka jenuh memerah otak mencari jalan untuk mencari belanja demi sesuap nasi..
Cara Azwa melayan adiknya..berpimpinan tangan sepanjang jalan ke kereta kami, dan meriba adiknya Azrai 7 tahun membuktikan Azwa seorang kakak yang penyayang. Adiknya juga seorang yang bersopan seperti kakaknya… sejuk mata memandang. Walaupun ibunya menghadapi tekanan yg hebat tp ibunya, Nor Baizura yang baru berusia 30 tahun tidak gagal mendidik anak2nya.

Ujian Allah itu kadangnya datang bertimpa2… sudahlah miskin Azwa & adik bongsunya Azroy yg berumur 2 tahun sakit pula. Akibat masalah buah pinggang yang menyerang saraf, penglihatan Azwa semakin hari semakin kabur. Kadang2 pitam akibat pening… Masalah ini dapat diringankan sekiranya Azwa memakai cermin mata khas yang disediakan pakar mata (**kos perubatan hospital kerajaan percuma, cermin mata (aksesori )perlu dibayar). Namun, akibat kesempitan hidup mereka tidak mampu menjelaskan kos cermin mata tersebut. Akibatnya mata Azwa semakin hari semakin rosak..
 
Jenuh ibunya ke hulu ke hilir untuk dapatkan bantuan.. namun, kerenah birokrasi & janji yang tak ditepati melengahkan usaha ini. Hampir setahun ibunya berusaha … tanggapan kami kos tersebut mungkin ribuan ringgit menyebabkan pihak bertanggungjawab sukar mengeluarkan belanja tersebut.


Namun apabila ibunya beritahu kosnya cuma RM300..kami semua terkejut… untuk dapatkan RM300 terpaksa berulang-alik hampir setahun?!!

Alhamdulillah melalui sahabat2 prihatin masalah yg berlarutan hampir setahun dapat diselesaikan dlm masa kurang 10 jam dengan adanya seorang penderma yang sudi menanggung kos cermin mata tersebut. Melompat kegembiraan Si Azwa..harapannya, tidak ada gangguan lagi utk dia tumpukan perhatian di dalam kelas.
Adik bongsunya pula yg berusia 2 tahun lebih mengalami masalah kesihatan..selalu demam & kekurangan zat, berat badan kurang sangat.. mengikut pakar anaknya mengalami “stress” akibat semasa mengandung ibunya mengalami tekanan perasaan yang hebat akibat kerenah suami (sekaranng sudah bercerai).
Selepas bercerai dgn bapa Azwa, punca rezeki hidup mereka bergantung sepenuhnya pada kudrat ibu Azwa sahaja. Pendapatan mereka tidak tetap .. ibunya hanya berpeluang membawa teksi atas ehsan jiranya jika jirannya tidak bekerja pada hari itu. Kadang-kadang sewa teksi pun tidak lepas…Untuk membayar yuran sekolah agama KAFA Integrasi al-Insaniah tempat mereka belajar pun tidak mampu wpun cuma RM20 sebulan. ..
Aduh..semput rasa nafas ini.. di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur yang mewah ini, masih ada segolongan insan yang masih kelaparan..kesakitan..tiada pendidikan..akibat tiada WANG!!
Bukan seorang..tapi ramai…


Elly EksekutifSuri
**bersama TV al-Hijrah utk penggambaran Sinar Baru

27/10/11

Rabu, 26 Oktober 2011

Karnival KAFA Integrasi al-Insaniah 29-30 Okt 2011


Salam Sahabat-Sahabat Semua

Jualan amal akan diadakan di Sekolah KAFA Integrasi Al-Insaniah berdekatan dengan Pangsapuri PPRT (Program Perumahan Rakyat Termiskin) di Taman Putra Damai.Antara tujuan utama jualan amal ini diadakan ialah:

1) Untuk mengumpul dana bagi membaik pulih Sekolah KAFA Integrasai Al-Insaniah
2) Untuk membantu menampung pembayaran yuran pelajar-pelajar Sekolah KAFA
Integrasi Al-Insaniah

Antara program yang akan diadakan pada hari tersebut ialah:
1. Peluang untuk mendaftar masuk KAFA
2. Peluang untuk mendapat penajaan setahun yuran pelajaran KAFA
3. Aktiviti kanak-kanak - face painting, henna, sand art, etc
4. Program motivasi oleh Encik Tuah(peguam) Sabtu 3pm

Berikut adalah butir-butir tentang jualan amal:

Tarikh : 29 (Sabtu) & 30 (Ahad) Oktober 2011

Waktu : 9.00 pagi - 3.00 petang

Tempat : Kafa Integrasi Al-Insaniah
Jalan PJU 1A/42
Taman Putra Damai
47301 Petaling Jaya
Selangor

Landmark:-Terletak dalam kawasan PPRT (Program Perumahan Rakyat
Termiskin), Pa...


KAFA Integrasi Al-Insaniah is a small private islamic school located near the Kelana Jaya LRT Depot in PJ. The children who go to this school are mostly residents of the nearby PPRT (a flat for the hardcore poor). The school is in shambles and is in dire need of funds. The children cannot afford meals or fees so many don't attend or skip meals. We aim to provide long-term aid for the school so that the children can have their basic rights to food and education. You can help by donating food, money, clothes and even skills. Please check out the rest of the page for the activities/projects we have planned to make this happen. To contact the school directly: KAFA Integrasi Al-Insaniah Jalan PJU 1A/42 Taman Putra Damai, Lembah Subang 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Guru Besar : Ustazah Siti Hawa Sharif - 0139180191 Ustazah Norazainah - 0173217971 Untuk menyumbang terus- Maybank 'KAFA INTEGRASI AL-INSANIAH' Acc No: 562496003074 Bank Islam SAR AL-INSANIAH Acc no: 12047010031372