Memaparkan catatan dengan label Misi Jejak Asnaf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misi Jejak Asnaf. Papar semua catatan

Rabu, 21 Mac 2018

MISI JEJAK ASNAF: GUGUSAN KEPULAUAN TUMPAT ]

[ MISI JEJAK ASNAF: GUGUSAN KEPULAUAN TUMPAT ]





UPDATE 21 MAC 2018 (RABU)

Assalamualaikum

Insya-Allah kami akan bertolak malam ini...

Doakan Misi kami dilindungi Allah dan Usaha ini diberkati...
Kami niatkan juga Misi ini sebagai satu jalan dakwah, semoga kedatangan kami bukan sahaja membantu ringankan beban mereka, bahkan dapat dekatkan lg diri kita semua pada Allah swt..

Amin...

Insya-Allah Misi Jejak Asnaf akan diteruskan pada 23 Mac 2018. Kali ini akan santuni keluarga anak2 yatim & miskin sekitar perkampungan nelayan di Pulau-pulau sekitar Gugusan Kepulauan Tumpat).
.
Dialu-alukan penyertaan sahabat2, sama ada dalam bentuk tenaga, masa @ harta.Jemput sama2 kami turun padang.. sokongan sahabat2 amat diperlukan..

Tarikh: 23Mac, 2018(JUMAAT)
Masa : 10pagi-5ptg
Tempat: Pulau Seratus, Tumpat, Kelantan.

Tentatif Program:

1. Misi Sama Cakna, Sama Rasa
Kenduri bersama warga pulau..

2 Majlis penyampaian bantuan beras Fidyah & Set Solat (Persediaan Ramadan)

3. Ziarah & Sedekah - rumah ke rumah keluarga fakir miskin.

Tempat berkumpul:

1. Kedai AQu Azizi, Parit Air, Rantau Panjang
Masa: 9-9.30pagi

2.Pengkalan Kok Majid, Kota Bharu.
Masa: 10.30pagi

Sumbangan Infaq:

Alhamdulillah ..

Setakat ini dana mencapai sasaran.

UPDATE 21 MAC RABU
Yg bertanda  sudah ada tajaan

1. Jamuan RM500
2. Beras 20 kampit
3. Pelekat 20 helai
4. HadiahAnak2 50set
5. Telekong 20 pasang
6. Sejadah 20 helai

7. Tambahan makanan
RM100-pencuci mulut

KEHADIRAN:

Sukarelawan: 25
Penduduk Pulau : 80
(Termasuk 20 keluarga ibu tunggal&anak yatim)

Untuk maklumat lanjut:

FB: Elly 012-3614014
FB: Mie Gstk +60 19-910 7987

eksekutifsuri@yahoo.com.my
Blog: SanggarSuri.

Terima kasih pada sahabat yg istiqamah menghulurkan sumbangan & sokongan, semoga Allah melipatgandakan rezeki & memberkati kehidupan kita semua. Amin...

#MisiSamaCaknaSamaRasa
#MisiZiarahSedekah
#BantuanFakirMiskin

Khamis, 18 Januari 2018

[ MISI JEJAK ASNAF: Selagi Hayat Dikandung Badan..]

[ MISI JEJAK ASNAF: Selagi Hayat Dikandung Badan..]

KG MANIK URAI, Kelantan.
Rabu (10 Jan) & Khamis (11Jan)

Misi Bakul Asnaf
Misi Kembali ke sekolah

SANGGAR SURI 2018

MISI kali ini rentetan kisah seorang Nenek yang kami temui semasa Misi Kembali ke Sekolah di Kg Manik Urai pada 30 Dis 2017 lalu.
Kisah nenek yang datang bersama cucunya dan meminta kalau2 ada beras. Mereka sering terputus beras lebih2 lagi di musim tengkujuh ini.
Simpati dengan nasib Nenek ini, seorang sahabat dari Singapura mengirimkan sejumlah wang untuk diinfaq kepada keluarga ini.

Sahabat SanggarSuri Manik Urai pimpinan Puan Mutiara Yusmenjejaki keluarga ini di Kg Manik Urai selama 2 hari berturut2 pada hari Rabu (10 Jan) & Khamis (11Jan) untuk menyelami kehidupan sebenar mereka.

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul bebanan..tapi Demi Kasih, nenek ini tetap teguh melangkah mencari rezeki demi menyara keluarganya.

Tak tercapai dek akal... bagaimana seorang nenek tua berusaha bekerja & menjaga ibunya yang sudah uzur, adik & anak OKU serta dua cucu yang ditinggalkan ibu bapa.

Takat mana sangatlah kudrat tua Nenek ini..Gigih menyusuri kampung, mengutip pucuk paku untuk dijual. Di samping bekerja menjaga lembu pawah.

Kehadiran kami bersama barangan dapur, barangan sekolah, pakaian dan lain2 barang keperluan disambut dengan penuh keceriaan.

PROFILE KELUARGA:

Nama Ketua Keluarga:

Siti Aminah Mohd
(ibu tunggal), umur 60
Kerja kampung

Tangunggan

Rosna Jusoh,93- ibu
Rokiah Mohd,49- adik OKU (Masalah Mental)
(bantuan JKM 120 )
Mohd Firdaus,11- anak (OKU lembam)

Mohd Husaini, 9 -cucu
Siti Nor Syuhada 7-cucu

Ada lagi 5 orang anak yang sudah berkeluaga tetapi juga susah & bekerja kampung. 2 daripadanya yang kerja kilang ada juga kirimkan wang untuk ibunya.


Semoga ada sinar yang akan menyinari kehidupan keluarga ini ...

Semoga sumbangan ini dan seterusnya mampu meringankan beban mereka.

Teruskan bersama kami, bantu kami untuk bantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan..

SAMA CAKNA SAMA RASA
dari MARHAEN untuk MARHAEN..

#MisiKembalikeSekolah
#MisiBantuanAsnaf
#SanggarSuri