Khamis, 18 Januari 2018

[ MISI JEJAK ASNAF: Selagi Hayat Dikandung Badan..]

[ MISI JEJAK ASNAF: Selagi Hayat Dikandung Badan..]

KG MANIK URAI, Kelantan.
Rabu (10 Jan) & Khamis (11Jan)

Misi Bakul Asnaf
Misi Kembali ke sekolah

SANGGAR SURI 2018

MISI kali ini rentetan kisah seorang Nenek yang kami temui semasa Misi Kembali ke Sekolah di Kg Manik Urai pada 30 Dis 2017 lalu.
Kisah nenek yang datang bersama cucunya dan meminta kalau2 ada beras. Mereka sering terputus beras lebih2 lagi di musim tengkujuh ini.
Simpati dengan nasib Nenek ini, seorang sahabat dari Singapura mengirimkan sejumlah wang untuk diinfaq kepada keluarga ini.

Sahabat SanggarSuri Manik Urai pimpinan Puan Mutiara Yusmenjejaki keluarga ini di Kg Manik Urai selama 2 hari berturut2 pada hari Rabu (10 Jan) & Khamis (11Jan) untuk menyelami kehidupan sebenar mereka.

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul bebanan..tapi Demi Kasih, nenek ini tetap teguh melangkah mencari rezeki demi menyara keluarganya.

Tak tercapai dek akal... bagaimana seorang nenek tua berusaha bekerja & menjaga ibunya yang sudah uzur, adik & anak OKU serta dua cucu yang ditinggalkan ibu bapa.

Takat mana sangatlah kudrat tua Nenek ini..Gigih menyusuri kampung, mengutip pucuk paku untuk dijual. Di samping bekerja menjaga lembu pawah.

Kehadiran kami bersama barangan dapur, barangan sekolah, pakaian dan lain2 barang keperluan disambut dengan penuh keceriaan.

PROFILE KELUARGA:

Nama Ketua Keluarga:

Siti Aminah Mohd
(ibu tunggal), umur 60
Kerja kampung

Tangunggan

Rosna Jusoh,93- ibu
Rokiah Mohd,49- adik OKU (Masalah Mental)
(bantuan JKM 120 )
Mohd Firdaus,11- anak (OKU lembam)

Mohd Husaini, 9 -cucu
Siti Nor Syuhada 7-cucu

Ada lagi 5 orang anak yang sudah berkeluaga tetapi juga susah & bekerja kampung. 2 daripadanya yang kerja kilang ada juga kirimkan wang untuk ibunya.


Semoga ada sinar yang akan menyinari kehidupan keluarga ini ...

Semoga sumbangan ini dan seterusnya mampu meringankan beban mereka.

Teruskan bersama kami, bantu kami untuk bantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan..

SAMA CAKNA SAMA RASA
dari MARHAEN untuk MARHAEN..

#MisiKembalikeSekolah
#MisiBantuanAsnaf
#SanggarSuri


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini