Selasa, 20 Februari 2018

MISI MENARA GADING 2018 -Ke Puncak Akhirnya..

MISI MENARA GADING 2018
-Ke Puncak Akhirnya..

~Ada Sinar di Wajah Mereka~

Alhamdulillah ....Ada Sinar di wajah mereka. Semoga ada juga Sinar dalam kehidupan anak-anak ini & keluarga mereka. Doakan mereka dapat belajar dengan tenang & cemerlang dan mampu mengubah kehidupan keluarga ke arah yang lebih baik..amin

Alhamdulillah...rasa bangga berbaur terharu menerima gambar-gambar ini. Anak2 ini merupakan anak yatim & miskin yang hampir berputus asa untuk ke Universiti akibat kekangan kewangan.

Alhamdulillah..hasil usaha berjemaah kita bersama, berjaya mengumpul dana untuk membantu anak2 ini mencapai impian mereka ke Menara Gading..

Selamat menjalani Fasa baru dalam kehidupan..

Insya-Allah kita tidak akan tinggalkan mereka dan akan teruskan bantuan & sokongan untuk anak-anak ini.

Sekiranya ada sahabat2 yang sudi menaja mereka dalam Misi Wang Saku (Keluarga Angkat) harap dapat hubungi Elly (SanggarSuri) untuk pelarasan.

Sedar tak sedar sudah lebih 8 tahun Misi Menara Gading Sanggar Suri dilancarkan. Setakat FEB 2018 ini hampir 200 pelajar berjaya kita bantu, dan sudah ada yang sudah tamat pengajian.

Di bawah Misi Menara Gading: Tajaan Wang Saku masih ada 13 pelajar. Kebanyakan anak-anak ini cemerlang dalam pengajian.

Jazakumullah khairan kathira...Terima kasih sahabat atas sokongan & bantuan.

Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Semoga hidup sahabat-sahabat dilimpahi keberkatan & rahmat Allah sentiasa. Amin

Doa buat sahabat:

"Ya, Allah! Semoga perkongsian rezeki ini diterima-Mu. Jadikan infaq ini sebagai simpanan yang menguntungkan, dan janganlah ia menjadi pemberian yang merugikan. .dan Semoga infaq ini mampu menjadi bekal untuk perjalanan ke SYURGA.. Semoga Allah mengampuni dosa sahabat, ibu bapa & ahli keluarga, menyucikan hati&jiwa dan rezeki, serta limpahkan keberkatan dlm hidup kalian sekeluarga. ..amin"

Teruskan bersama kami bantu mereka BANGKIT daripada kemiskinan..

Sama cakna
Sama rasa..

Maklumat lanjut:

FB:
Elly (SanggarSuri) 012-3614014

SANGGAR SURI www.eksekutisuri.blogspot.com

#MisiSinarBaru
#SANGGARSURI
#BantuanFakirMiskin
#MisiMenaraGading
#MisiKembalikeSekolah
#Teruskan









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini