Selasa, 20 Februari 2018

[ MISI MENARA GADING 2018:Tercapai Impian Anak Yatim 2 Beradik ]



[ MISI MENARA GADING 2018:Tercapai Impian Anak Yatim 2 Beradik ]

Sebuah lagi kisah kejayaan usaha berjemaah dari Marhaen untuk Marhaen..

Tahniah buat sahabat2 yang hulurkan sumbangan & sokongan sehingga membolehkan anak yatim ini mencapai impiannya..

Alhamdulillah... berkat usaha berjemaah, dana untuk Aiman ke Menara Gading sudah mencukupi & selamat disampaikan petang semalam (5Feb2018). RM3000 terkumpul untuk bayaran yuran & perbelanjaan persediaan.

Manakala dana untuk Ikhwan juga akan disampaikan dalam masa terdekat.

Terima kasih atas sokongan & sumbangan sahabat semua. Tiada kata yang mampu diucapkan..syukur Alhamdulillah. Allah pilih kita untuk membuka jalan kejayaan buat anak2 ini.

Titipan rasa dari mereka..pasti menyentuh hati2 kita..

"Alhamdulillah, terima kasih sangat buat Kak Elly dgn kawan2 Kak Elly, rasa brsyukur sangat hanya Allah tahu perasaan skrg ni. Allahuakhbar, tak sangka & terkejut pun ada bila dapat tahu ada yg baik hati, pemurah tlg org mcm Ikhwan ni.

Ikhwan akan tlg org lain pula bila dah berjaya atau senang...

Moga hidup kak elly dgn kawan kawan diberkati Allah, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan, dan panjang umur Ya Allah.
Terima kasih kak elly.
Ikhwan akan sntiasa dokan semua. Amin."

-Mohamad Nazaruddin Ikhwan Bin Mohd Zani
Uitm Puncak Alam, Bachelor of Science in Architecture (Tahun Akhir)

"Assalamualaikum, terima kasih sgt2 tlg Aiman utk sambung pengajian ijazah kejuruteraan mekanikal di UTHM. Aiman terharu tak terkata hanya Allah saja yg tau perasaan Aiman bila mana dpt kejar cita2 nk jadi salah satu jurutera di Malaysia satu hari nanti insyaAllah. Aiman sebenarnya dah putus harapan nak sambung degree sbb mak tak mmpu nk tanggung yuran pengajian yg begitu mahal. InsyaAllah degree nnti Aiman buat sebaik-baiknya sampai dpt dekan setiap sem."

-Mohd Aiman Haikal Bin Mohd Zani,
Universiti Tun Hussein Onn
Mechanical Engineering

*****************************

Kisah sebelum ini...https://www.facebook.com/eksekutifsuri/posts/10156007653802866

2Feb 2018

[ MISI MENARA GADING : Pengorbanan Seorang Abang... ]

"Kak....saya nak tangguh satu semester, nak kerja... kumpul duit dulu. Tahun akhir banyak pakai duit. Banyak projek & trip guna belanja sendiri... adik pun nak sambung degree, takut tak cukup belanja..."

Khabar drp anak yatim ini, tentang niatnya untuk tangguh pengajian, sedikit sebanyak mengganggu emosi saya.

Dan ini...bukan kali pertama, khabar sebegini sampai pada pengetahuan saya, lagi tragis bila anak2 asnaf sudah berhenti baru tahu.. Risau perkara ini berulang, kami jejaki Ikhwan di tempat kerjanya..

Sejak mengenalinya, seawal tahun pertama pengajian, kami sudah maklum tentang gigihnya dia bekerja untuk tampung pengajiannya & keluarganya. Tak tercapai dek akal bagaimana anak yatim ini membahagikan masa belajar & bekerja.

Benar kata sahabat saya, " .. dialah sekarang harapan keluarga..klu dia sangkut nanti cycle tu akan berterusan..so klu kita bantu dia sampai grad insya-Allah dia boleh dah bantu keluarga dia nanti.."

Sebab itu kami nekad bantu sedaya mampu...

***Alhamdulillah...belum pun sempat saya siarkan artikel ini. Sudah ada sahabat yang sudi bantu Ikhwan. Cepat sungguh Allah kirimkan bantuan. Insya-Allah.. Cukuplah dana untuk Ikhwan.

Namun, usaha kutipan dana diteruskan untuk bantu adiknya, Aiman yang akan menyambung pelajaran tidak lama lagi..
Sekali lagi doa dipanjatkan agar ada hati2 insan yang mulia terbuka untuk menghulurkan sumbangan

PROFILE FAMILY

Nama ibu : Noorzi Binti Ismail
Umur : 48 Tahun
Status : Ibu Tunggal
Pekerjaan : Tukang Jahit (Anggaran pendapatan RM300)

Alamat : Taman Guchil Baru, Telok Baru, Kota Bharu, Kelantan.

Anak2:-

1. Nama : Nadia Wahidah Binti Mohd Zani
Umur : 25 Tahun

Universiti : Uitm Seri Iskandar, Perak
Course : Building Construction
Perkerjaan sementara : Pusat Membeli-belah (Supervisor)
*Habis diploma 2015.
Tidak sambung Ijazah sebab masalah kewangan & menjaga nenek yg uzur.

2. Nama : Mohamad Nasrullah Bin Mohd Zani
Umur : 24 Tahun
Pekerjaan : pembantu tukang masak
* Belajar sampai SPM

3. Nama : Mohamad Nazaruddin Ikhwan Bin Mohd Zani
Umur : 22 Tahun
Universiti : Uitm Puncak Alam
Course : Bachelor of Science in Architecture
(Tahun Akhir)

4. Nama : Mohd Aiman Haikal Bin Mohd Zani
Umur : 21 Tahun
Universiti : Universiti Tun Hussein Onn
Mechanical Engineering
* Baru habis diploma. Tawaran sambung Ijazah 8 Feb 2017

**************************

Misi diteruskan untuk bantu pelajar lain pula..

Insya-Allah kita pakat selesaikan kos yuran & tampung perbelanjaan anak2 yatim & asnaf yang memerlukan.

Hubungi 012-3614014 atau PM Elly (SanggarSuri) untuk infaq&maklumat lanjut.

Jazakumullah khairan kathira

#MenaraGading
#MisiMenaraGading
#SanggarSuri.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini