PERJUANGAN KAMI




[ PERJUANGAN SAHABAT SANGGAR SURI ]
Kami merupakan sekumpulan aktivis bebas yang memperjuangkan nasib anak yatim, anak2 terbiar, OKU, fakir miskin, mualaf, ibu tunggal, pelajar madrasah al-Quran & tahfiz serta golongan susah dan teraniaya. Tanpa mengira penat lelah & balasan sekadar mencari keredaan Allah dan bekalan di akhirat nanti..

"MISI SINAR HARAPAN: Tunaikan Harapan Mereka, Harapkan Keberkatan untuk Kita"
Jutaan terima kasih atas sokongan berterusan sahabat2 semua. Tekadkan dalam hati agar kita istiqamah dan ikhlas, semoga dapat kita kongsi rezeki dan keselesaan hidup kita bersama golongan tidak bernasib baik. Tiada apa yang diharapkan selain KEBERKATAN dan KEREDAAN-Nya.
Dengan ini kami akan teruskan perjuangan kami yang bermula seawal 2002 dengan menamakan misi kami sebagai "MISI SINAR HARAPAN: Tunaikan Harapan Mereka, Harapkan Keberkatan untuk Kita".
Kumpulan kami terdiri drp segolongan sahabat yang disatukan melalui rangkaian maya-blog, laman sosial dan beberapa egroups serta orang perseorangan yang memberikan kepercayaan kepada Sahabat SANGGAR SURI untuk menjadi pengantara. Rakan seperjuangan kami yang sentiasa memberi sokongan antaranya UmmikuSayangCharity Team yang telah bergandingan bersama menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak 13 tahun lalu (2002). Sahabat seperjuangan EnJamaluddin Hassim pengasas d'Redang http://jamalhassim.blogspot.comdan Puan Shahrizan Ahmad memimpin Sahabat Sanggar Suri di Perak, Puan Norhana Mohd Rashid di Pulau Pinang, manakala Mie Gstk-Visi Hanif RP & Faizah QemerZaman Yong-We Care mewakili kami di Kelantan.
Kebanyakan sokongan yang kami terima adalah daripada golongan ibu-ibu yang beroperasi/bekerja dari rumah yang bersatu di alam maya. Ada antara mereka yang menjadi penyumbang tetap dalam apa jua Misi kami. Malah ada yang memperuntukkan sebahagian hasil usaha perniagaan mereka untuk membantu menjayakan Misi kami.
Kami tidak terikat dengan mana-mana fahaman politik, persatuan dan mana-mana badan atau syarikat yang berkepentingan. Mengutamakan keikhlasan tanpa membebankan sukarelawan dan sedaya upaya meminimakan kerenah birokrasi dalam urusan mengagihkan sumbangan. Kami mengamalkan konsep turun padang-menyelidik dan melihat sendiri penderitaan mereka sambil mengumpul maklumat daripada komuniti terdekat dengan mereka.
Antara aktiviti tahunan kami ialah Misi Kembali ke Sekolah, Misi Menara Gading, Misi Ramadan Syawal, Misi Korban & Akikah. Manakala Misi Sinar Harapan tetap setiap bulan ialah Misi Wang Saku, Misi Tajaan Yuran Pelajar Tahfiz, Misi Bantuan Susu' Misi lain, antaranya Misi Mahligai (membina/membaiki rumah), Misi Bantuan Banjir, Misi Sinar Baru(Modal Perniagaan) dan sebagainya.
Kami juga berusaha untuk menunaikan harapan individu2 tertentu seperti harapan untuk mendapatkan cermin mata, paip air, membaiki rumah, mendapatkan pekerjaan dan sebagainya.
Ikutilah kisah-kisah kehidupan golongan yang telah sahabat-sahabat bantu untuk tunaikan harapan mereka melalui pengantara Sahabat SANGGAR SURI yang kehidupan mereka yang pernah dibantu kini semakin ceria dan selesa:-
blog SANGGAR SURI
Untuk Misi Sinar Harapan (berterusan sepanjang tahun)
atau
FB: Elly Eksekutifsuri.
Fanpage:
Teruskan sokongan dan bantu kami untuk bantu mereka...
Salam perjuangan
Elly.
Pengasas SANGGAR SURI