Memaparkan catatan dengan label Misi Bantuan Banjir: Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misi Bantuan Banjir: Kelantan. Papar semua catatan

Isnin, 23 November 2015

MISI PERSEDIAAN BANJIR 2015.





Masih segar dalam ingatan sewaktu BANJIR 2014, betapa serba salah & ralatnya kami, apabila tidak putus-putus dihujani permintaan untuk selamatkan ahli keluarga yang terkandas dan juga bantuan bekalan makanan yang terputus.
Kedai-kedai tenggelam, jalan & komunikasi terputus.
Saat itu kami rasakan perlunya SEBUAH BOT sendiri agar senang untuk digunakan dalam MISI MENYELAMAT & PENGHANTARAN MAKANAN..
BEKALAN MAKANAN & KEPERLUAN juga perlu dikumpulkan sebelum banjir melanda.
INSYA-ALLAH Sahabat Sanggar Suri sudah mula menyusun langkah persediaan untuk menghadapi banjir yang bakal tiba.
Antara MISI Kami:


1. MISI WAKAF BOT -***URGENT!!
-dana lebih kurang RM8000 diperlukan SEGERA untuk membeli sebuah bot untuk kegunaan mangsa banjir di Daerah Pasir Mas & Rantau Panjang, Kelantan.
Spesifikasi bot: Saiz 21 kaki, kuasa 40hp







2. MISI BEKALAN MAKANAN & KEPERLUAN HARIAN
Agihan makanan untuk asnaf yang terjejas akibat Musim Tengkujuh telah bermula awal November 2015 di bawah Misi Sama Cakna, Sama Rasa~Bantuan Bakul Asnaf.
Antara Bekalan Makanan yang diperlukan:

Bekalan Makanan/minuman :
- Beras
- Sardin
- Bihun
- Tepung.
- Ikan bilis
- Roti
- Tea/kopi/koko
- Susu
- Biskut
- Minyak masak
- Air mineral
- Makanan kering @ dalam tin @ yang sedia dimakan

Bekalan Barangan Keperluan:
- Ubat-ubatan
- Tuala mandi
- Tuala wanita
- Selimut
- Lampin pakai buang
- Berus/ubat gigi
- Sabun mandi
-Sabun basuh
- Minyak angin/panas
-Lilin & lighter
-Lampu suluh
-Lampu kecemasan











Maklumat lanjut akan dikemas kini dari masa ke masa.
Teruskan sokongan tuan puan...hubungi kami untuk maklumat lanjut.


PUSAT PENGUMPULAN BEKALAN:
Alamat :
Kelas Qiraati IQ SuriHanif RP
Lorong Kedai Kopi Sudi,
Kg.Bakat Hilir
17200 Rantau Panjang,Kelantan.
(UP: Mie Kamera @ Tuan Haji Hariss)
Tel : 019-910 7987
WhatsApp: 017-979 3919
FB: Mie Gstk

Untuk SUMBANGAN WAKAF BOT & TUNAI:
Hubungi :
FB: Elly EksekutifSuri
Tel / WA / Telegram / SMS :012-3614014
SAMA CAKNA, SAMA RASA....
Blog: SANGGAR SURI.
#MisiBanjirSanggarSuri#

Isnin, 13 April 2015

Misi BANGKIT Pasca Banjir 2015

[Misi BANGKIT Pasca Banjir ]

Alhamdulillah... syukur pada-Mu ya Allah atas bantuan yang Kau-kirimkan melalui insan-insan ikhlas berhati mulia..

Saudara-saudara kita yang ditimpa musibah di sana tidak putus2 ucapkan syukur & kirimkan ucapan TERIMA KASIH buat semua..

Teruskan bersama kami bantu mereka dalam Misi BANGKIT Pasca Banjir.
Insya-Allah, fokus kami untuk bantu mereka bina hidup baru.

Misi utama:

1. MISI SINAR BARU
(Pulihkan Ekonomi)

2. MISI MAHLIGAI
(Baik Pulih / Bina Rumah)

3. Misi BANGKITlah Anakku..
(Pulihkan Semangat & Keceriaan Anak-anak

Teruskan Bersama kami..


UNTUK INFAQ : Maybank : 564593050270 (NORLAILI TALIB) Email: eksekutifsuri@yahoo.com.my **nota: "Misi BANGKIT"

Perjalanan Misi kami boleh diikuti di:

Sahabat SANGGAR SURI

fb: Elly EksekutifSuri
blog: Sanggar Suri.
WA/Telegram: 012-3614014

Doa buat Sahabat2 atas sokongan tidak berbelah bahagi...

... "Ya, Allah! Semoga infaq ini diterima-Mu. Jadikan infaq ini sebagai simpanan yang menguntungkan, dan janganlah ia menjadi pemberian yang merugikan. .dan Semoga infaq ini mampu menjadi bekal untuk perjalanan ke SYURGA.. Semoga Allah mengampuni dosa sahabat sekalian, suami isteri, ibu bapa & ahli keluarga, menyucikan hati&jiwa dan rezeki, serta limpahkan keberkatan dlm hidup kalian sekeluarga. 

Rabu, 1 April 2015

MISI SATU KELUARGA SATU KIPAS

[ MISI SATU KELUARGA SATU KIPAS ]
~Misi BANGKIT Pasca Banjir ~


Kisah KIPAS ini sebenarnya sudah saya ceritakan pada awal ziarah saya ke khemah-khemah penempatan. Tapi mungkin ramai yang terlepas pandang.
Namun, sebak sebu di hati saya tak dapat dibendung..
Dikongsi secara personal dengan sahabat-sahabat rapat.

Berbekalkan RM1000 infaq seorang sahabat. Saya nekad untuk menulis kisah KIPAS sekali lagi, sungguh-sungguh. Tapi.. mengarang sebuah kisah demi mengumpul dana bukan semudah yang disangka. Fikiran saya buntu, idea tiada. Kepala saya terasa berat, lebih-lebih lagi memikirkan beban amanah yang dipikul

Setiap kali balik dari Misi..itulah yang saya hadapi. Saya tidak tahu kisah yang mana saya perlu dahulukan..semuanya PENTING & perlu BANTUAN segera..

Namun, Allah tidak biarkan saya keseorangan. Tanpa diminta & tanpa disangka..
Tugas menulis KISAH KIPAS ini diambil alih oleh seorang sahabat Sakina Mohamed
Ini bukan kebetulan..tapi Allah yang pilih dia untuk bantu kita
Allah sentiasa mendengar rintih hati kita..
Allah bantu kita dengan mengirimkan bantuan-Nya melalui insan-insan yang berhati mulia & ikhlas...

Inilah antara coretan sahabat saya Puan Sakina Mohamed:

Update: Alhamdulillah by the grace of Allah we have reached nearly RM20k within 48 hours. Allahu akbar!
Dgn ini I would like to minta izin para penderma, bagi pihak team Kak Elly to channel excess funds ke arah pembinaan semula kehidupan mangsa2 banjir yg selama ini menolong memunggah brg2 dari jeti ke jeti, mengagih2 bantuan tetapi TIDAK MAHU MENERIMA APA2 SAGUHATI atas usaha mereka. Lillahi ta'ala dlm keadaan mereka sendiri betul2 memerlukan bantuan.
Mereka ni ada yg masih tak berumah, tak ada mata pencarian atau kemudahan hidup lain. Seorang drpd mereka, Kak Zan, hanya meminta beberapa biji mangkuk utk berniaga ABC.
Kami nak minta jasa baik Tuan Puan agar lebihan sumbangan dpt kita salurkan pada Kak Zan utk membeli peti ais dan kerusi meja supaya beliau dpt bangkit semula dan membina kehidupan baru pasca banjir. Harap diizinkan.
-----------------------------------------------------------------
THIS IS A CHALLENGE
To do before April 1st! (lagi 6 hari lagi je)
To everyone reading this - this is a personal appeal. As we all know many of the flood victims in Kelantan are living in tents with very bad circulation in this unbearable heat. My friend Elly EksekutifSuri has been going back and forth to Kelantan with aid for the victims tirelessly..korang kiralah dah berapa bulan now. Dia kata masuk khemah kejap pun dah berpeluh.
Haritu she tried to raise money to buy industrial quality stand fans yg boleh cool an entire khemah for RM180 each. Malangnya little response. Dgn tawakkal pada Allah she went ahead and ordered 20. SubhanAllah i know yall can pool resources and come up with a figure higher than that. Jadi I am putting up a challenge. We are going to raise money for 50 fans before April 1st sbb sekarang ni pun peniaga dah start naikkan harga RM15 dari minggu lepas.
I can personally vouch for this lady whom I have worked with since 2011. She has been building houses for orphans and the poor and madrasah tahfiz and helping the old and needy, surau for our Ummiku Sayang project Help KAFA Integrasi Al-Insaniah and byk lagi. THIS LADY IS LEGIT. Jgn risau. Your money inshaAllah going to the right places. So please join me in raising RM10k to buy fans to help prevent babies from going through dehydration, children from crying in discomfort and provide a livable condition for our fellow countryman and human being.
As at 11pm 25/3/15: Total raised: RM2,170.
RM7,830 to go!
As at 8am 26/3/15: RM7, 150 raised! SubhanAllah we're so close now!
Bank in to:
Maybank : 564593050270
(NORLAILI TALIB)
Email: eksekutifsuri@yahoo.com.my
Elly 012-3614014
Read details on how your money goes to work here: eksekutifsuri dot blogspot dot com (FB wont let me link)
Help build your home in the akhirah today, by helping someone else live decently.
You can share but please don't stop there. Transfer some money A.S.A.P before you forget and the dunya gets to you!

Alhamdulillah...berkat kerja berjemaah. 

Target awal kami cuma berani letak 20 buah kipas, Sakina pula target 50 buah....
Alhamdulillah setakat Misi ditutup pada jam 3.30pm 26 Mac 2015 dana melepasi sasaran yang membolehkan kita beli 75 KIPAS!!!

Namun...walaupun Dana Kipas sudah ditutup..ada lagi sahabat yang masukkan sumbangan sehinggalah jam 8.00 pagi ini 27 MAC 2015 dana terkumpul sebanyak RM19255..Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar!!!

INDAHNYA KERJA BERJEMAAH...

Dengan ini sekali lagi saya umumkan..Dana untuk kipas sudah melepasi sasaran...dan DITUTUP..
Insya-Allah dengan dana tersebut kita mampu membeli 100 buah kipas industri yang berkualiti.
Izinkan juga dana yang lebih digunakan sebagai wang sagu hati (anggaran RM300) untuk menampung kos pengangkutan dari Kuala Terengganu ke tempat-tempat mangsa banjir seperti di:

1. Manik Urai
2. Kuala Krai
3. Kepulauan Tumpat
4. Manjor
5. Laloh
6. Lata Rek
7. Tanah Merah.

Izinkan kami untuk menyalurkan dana yang berlebihan & diterima selepas Misi ini ditutup, disalurkan kepada Misi BANGKIT Pasca Banjir...untuk membantu mangsa banjir Bangkit mulakan hidup baru.
Teruskan bersama kami untuk jayakan Misi seterusnya...
Jazakumullah khairan kathira...

MISI SINAR BARU 2: Kedai ABC Kak Zan ]

[MISI SINAR BARU 2: Kedai ABC Kak Zan ]
~Misi BANGKIT Pasca Banjir~

Destinasi: KG MANIK URAI LAMA, Kelantan.
Tarikh: 19 Mac 2015

"Kak Zan malu nak cakap kat Elly... tapi sebab Elly dah tanya banyak kali, Kak Zan bagitaulah...tapi malunya..Kak Zan bukan nak minta, tapi sebab Elly tanya..
Kalau nak bantu Kak Zan, Elly belikan MANGKUK untuk jual ABC cukuplah..."

Pada awalnya suspens juga.. apa benda yang dihajatinya...mungkin barangan mahal2, sebab gaya cakapnya takut-takut je nak minta...rupanya2 hanya MANGKUK yang diminta..

Dialah antara WIRA TAK DIDENDANG yang banyak bantu kami. Ke hulu ke hilir mencari maklumat rakyat marhaen yang dalam kesusahan.. Setiap kali bantuan tiba, keluarganya tiada dalam senarai yang disediakannya...



 Itulah Kak Zan..utamakan orang lain dahulu, padahal keluarganya sendiri masih tinggal di dalam KHEMAH... Sudah berapa kali kami bertanya, apa yang kami boleh bantu, dia menolak dengan baik.."..bantulah orang lain dahulu, orang lain tak ada suami, akak masih ada..". Itulah sifat QANAAH & SYUKUR yang ada dalam diri mereka.

Padahal, tanggungan dia juga berat..
rumah pun roboh dilanda banjir dan masih tinggal di bawah khemah..
Ya, Kak Zan ada suami...tapi suaminya mengalami kecederaan pada kedua-dua belah kakinya akibat kemalangan & tidak dapat kerja berat. 
Sebelum banjir pun, suaminya hanya kerja kampung..

Menanggung pula 5 orang anak perempuan (umur 9-23tahun) yang tiganya masih bersekolah..Dan kini hamil anak keenam..

Kalau kita mampu berjemaah kumpul dana bantu bina KEDAI untuk Kak Zainun dalam Misi Sinar Baru sebelum ini. juga mampu kumpulkan dana belikan 100 buah KIPAS utk Misi Satu Keluarga Satu Kipas, tidak mustahil kita boleh BERJEMAAH sekali lagi untuk bantu Kak Zan mulakan PERNIAGAAN ABC nya...mungkin bukan setakat ABC yang boleh dijual di kedainya..

Mungkin kita boleh bantu buka Kedai Kopi atau Kedai Makan untuknya...

Sudah tentu bukan sekadar mangkuk ABC yang kita boleh belikan..
Peti ais, kerusi meja & peralatan kedai yang lain...insya-Allah..

UPDATE: 1 APRIL 2015

KELENGKAPAN yang sudah diterima/dibeli dengan dana yang disalurkan sahabat:

1. Ice Box/Freezer RM900
2. 2 Set Kerusi Meja RM390
3. Peti Sejuk RM950
4. Periuk Rebus Air Elektrik RM170
5. Blender RM 120
6. Dapur Waffle & plastik waffle (sumbangan sahabat)
7. Cawan & gelas (sumbangan sahabat)
8 . Sudu ABC

Dana setakat 1 APRIL 2015 : RM5105
(termasuk dana lebihan Misi Satu Keluarga Satu Kipas: RM955)

Perbelanjaan: RM2530
Baki dana: RM2575










Sebelum musibah banjir melanda Kak Zan pandai membuat roti, tapi semua peralatan termasuk oven & mixer sudah rosak & ada yang hanyut dibawa banjir.. Untuk bangkit semula membuat roti, perlukan modal besar, katanya.

Sebab itu dia berhajat untuk bermula kecl-kecilan dahulu dengan membuat ABC di sebelah khemahnya..

Insya-Allah dengan dana yang ada kami akan belikan MIXER & OVEN yang sederhana besar, untuk Kak Zan bangkit semula sedikit demi sedikit meneruskan mata pencarian melalui kepakarannya membuat roti, muffin dll..

insya-Allah kami akan turun sekali lagi bertemu Kak Zan pada 04 APRIL 2015 dan meninjau apa lagi yang perlu dibantu. Dana yang ada akan dimanfaatkan sepenuhnya. Jika ada LEBIHAN DANA akan disalurkan kepada Misi seterusnya..

Dengan ini diumumkan Dana untuk Kedai Kak Zan DITUTUP..Alhamdulillah.

Teruskan bersama kami bantu mereka BANGKIT semula...

Bantulah kami untuk bantu mangsa banjir lain untuk BANGKIT semula bina hidup baru...

Maybank : 564593050270
(NORLAILI TALIB)
Nota**Misi Sinar Baru

Email: eksekutifsuri@yahoo.com.my

Elly 012-3614014

FB Elly EksekutifSuri
Blog: Sanggar Suri 

Jazakumullah khairan kathira..

MISI SINAR BARU 1: Kedai Kak Zainun

[ MISI SINAR BARU 1: Kedai Kak Zainun ]
~Misi BANGKIT Pasca Banjir~

KG MANIK URAI LAMA, Kuala Krai, Kelantan..
Tarikh: 19 MAC 2015


ALHAMDULILLAH...entah kali keberapa, kami sampai lagi ke Manik Urai. Kali ini, untuk meninjau perkembangan Misi Baru: Kedai Kak Zainun. 

Disebabkan REZEKI berganda yang diperolehi Kak Zainun, pembinaan KEDAI terpaksa dihentikan buat sementara, bagi memberi laluan pembinaan RUMAH baru untuk Kak Zainun sumbangan pihak kerajaan...





Jangkaan awal, kedai siap & dirasmikan pada hari JUMAAT, 19 MAC 2015. Kak Zainun pun sudah berjanji untuk menjamu kami, nasi kerabu hasil air tangannya..

Walaupun kedai belum siap dan perasmian terpaksa ditunda, hidangan nasi kerabu tetap disediakan. Ditambah pula dengan tajaan ayam goreng KFC oleh Sahabat Sanggar Suri dari Kuala Lumpur, bertambah meriahlah suasana hari itu..






Merasalah kami menjamu selera di bawah khemah..
Sebelum ini hanya khemah kecil yang menjadi tempat tinggal mereka. Alhamdulillah kali ini mereka mendapat sumbangan khemah berbentuk empat segi yang lebih besar. Disambung pula dengan sisa runtuhan dinding & lantai bilik mandi dan bahagian dapur sedikit..






Pengalaman berada di dalam khemah, tak sampaipun sejam, dah rasa bahang panasnya..Tak dapat bayangkan macam mana keadaan mereka & mangsa banjir lain yang sudah 3 bulan berada di dalam khemah? Tanpa kipas pula...kerana tidak mampu membelinya..


Tiada kata nak digambarkan..apabila melihat anak-anak Kak Zainun, ketawa gembira, usik-mengusik bersama kami. Berbeza dengan keadaan mereka pada pertemuan pertama kami awal Mac lalu.. pada ketika itu, anak-anak ini hanya membisu apabila ditegur, kalau bersuara pun hanya sepatah dua..



Alhamdulillah... SUMBANGAN sahabat2 semua berjaya mengembalikan SINAR dalam hidup keluarga anak yatim 8 beradik ini..

Kami membawa barang-barang penting dahulu seperti kipas, blender, dapur, gelas, peralatan memasak. Barang-barang berat akan dihantar kemudian, bergantung kepada kesesuaian tempat untuk penyimpanan.




UPDATE 05 APRIL 2015

TAJAAN PERALATAN KEDAI:

Barang yang telah diserahkan:

1. Peti Sejuk RM950
2.. Kipas Angin RM180
3.. Periuk Nasi 10liter RM390
4.. Blender RM120
5.. Dapur (sumbangan sahabat)
6. .Mesin Kelapa RM140
7. Periuk (sumbangan sahabat)
8. Bekas Air Batu 1 RM35
9. Bekas Nasi 1 RM35
10. Kuali (sumbangan sahabat)
11 Bekas lauk satu set (sumbangan sahabat)
12. Sudu,Senduk, Pisau (sumbangan sahabat)
13. Penapis (sumbangan sahabat)
14.Besen (sumbangan sahabat)
15.Pinggan mangkuk (sumbangan sahabat)
16. Gelas, cawan (sumbangan sahabat)

MODAL BAHAN BASAH (permulaan) : RM350

JUMLAH PERBELANJAAN : RM2200

****ada lagi beberapa peralatan yang akan dibeli selepas kedai siap..

KOS PEMBINAAN KEDAI

JUMLAH setakat 18 MAC 2015: RM11650

PERBELANJAAN:
1. 04 MAC 2015 : RM1743
2. 07 MAC 2015 : RM180
3. 07 MAC 2015 : RM2120
4. 11 MAC 2015 : RM960
5. 14 MAC 2015 : RM363
6. 11 MAC 2015 : RM600 (upah)
7. 14 MAC 2015 : RM200 (upah)
8. 19 MAC 2015: RM700(pampasan)

JUMLAH PERBELANJAAN: RM6866
BAKI dITANGAN : RM4784.

(****peruntukan untuk kos akhir dianggarkan dalam RM2000, baki perbelanjaan akan disalurkan kepada Misi Sinar Baru 3: Kedai Kopi Seli, Pulau Pantai Suri, Tumpat)

Bersamalah kita berdoa agar urusan pembinaan RUMAH & KEDAI Kak Zainun dipermudahkan Allah dan membawa SINAR BARU dalam hidup mereka..

Jazakumullah khairan kathira... buat semua SAHABAT yang terlibat, sama ada yang menghulurkan sumbangan hartaa, masa @ kudrat.....

Jumaat, 6 Mac 2015

MISI PASCA BANJIR: Misi Sinar Baru

[ MISI PASCA BANJIR ]
~Misi Sinar Baru: KEDAI PUAN ZAINUN~
Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, Kelantan.
Update: JUMAAT 06 MAC 2015 (4.25petang)
ALHAMDULILLAH....
Jumaat yang penuh barakah... ada 3 berita gembira yang diterima hari ni..
1. Dana Pembinaan Kedai sudah mencapai sasaran..
2. Ada sahabat tawarkan tempat pengumpulan barang sumbangan..
3. Gerai kecil yang dirancang, tapi kedai makan yang lebih besar akan dibina..insya-Allah.
Perancangan asal, hanyalah gerai jual nasi pagi yg berukuran 10'x12' sahaja. Namun, hasil perbincangan, kami putuskan untuk membina kedai makan yang lebih besar, iaitu kedai berukuran15'x 12', dengan porch tempat letak kerusi meja berukuran 8'x12..






Seperti yang saya tulis sebelum ini, konsep TOLONG-MENOLONG umpama sebuah RUMAH, jika kita tidak mampu menjadi ATAP yang menghalang teriknya mentari, jadilah TINGKAP yang memberi ruang udara masuk untuk menyejukkan penghuninya..
TERUSKAN bersama kami...semoga ada SINAR BARU buat keluarga ibu tunggal, 8 anak ini...
Misi diteruskan...mengumpul dana @ barang sumbangan untuk kedai, antaranya:
KEPERLUAN KEDAI
1. Peti Sejuk
2. Blender
4. Periuk Belanga
5. Kuali
6. Cerek
7. Dapur
8. Tong Gas
9. Periuk Nasi Elektrik (besar)
10. Bekas Air Batu
11. Bekas Nasi
12. Bekas masak air panas
13. Bekas lauk
14. Mesin Kelapa
15.Meja 4, kerusi 16
16.Sudu,Senduk, Pisau
17. Besen
18. Pinggan mangkuk
19. Gelas, cawan
20. Dan lain-lain keperluan kedai makan
MODAL BAHAN BASAH (permulaan) : RM1000
TARIKH TUTUP: 18 MAC 2015
PUSAT PENGUMPULAN
1. RANTAU PANJANG, KELANTAN
FB: Mie Gstk
Tel: 019-9107987
(Sahabat Sanggar Suri Kelantan)
2. KOTA BHARU, KELANTAN
(Belakang SMK Zainab 2)
FB: Rozieyati Mohamed Saleh
Tel: 019-2461635
3. SERENDAH, SELANGOR
FB: Elly Eksekutifsuri.
Tel: 012-3614014
(Penyelaras & Pengasas Sahabat Sanggar Suri)
Semoga Allah mempermudahkan usaha memberi Sinar Baru dalam keluarga ibu tunggal ini..amin
Jazakumullah khairan kathira...

MISI PASCA BANJIR: Misi Sinar Baru

 ~MISI SINAR BARU~
( Modal Perniagaan )
Kg Manek Urai Lama


Puan Zainun.... ibu tunggal bersama 8 orang anak, sudah dua bulan tinggal di dalam khemah sementara sumbangan NGO selepas banjir melanda kampung mereka. Keseluruhan rumahnya runtuh & hanyut dibawa air bah baru-baru ini. 

Menghanyutkan juga gerai nasi di depan rumahnya. Segala peralatan memasak dan segala kelengkapan rumah termasuk peti sejuk turut hanyut.

Apabila ditanya bagaimana mereka mendapatkan sumber pendapatan terutama duit untuk membeli makanan pada ketika ini, dengan sebak anaknya menjawab...."..makan apa yang ada..yang orang bagi, macam biskut..."

Sampai bila mereka mengharapkan simpati orang ramai...pada suatu ketika nanti orang akan berlalu pergi & tinggalkan mereka...
Tambah sebak lagi apabila mengenangkan bulan puasa yang hampir tiba..



Pemandangan dari depan tapak rumah.
Tinggal di dalam khemah setelah rumah & gerai hanyut dibawa bah baru-baru ini.


Pemimpin Sanggar Suri Kelantan Mie Gstk sedang menemurah Puan Zainun sewaktu ziarah ulangan





MAKLUMAT :

Nama: Zainun bt. Awang Lah, 48 tahun
Alamat : Kg.Manek Urai Lama,18050 Kuala Krai,Kelantan.
Status: Ibu Tunggal Kematian Suami
Anak: 8orang (umur 10-26 tahun)

Status Anak:
Anak Sulung bekerja di Kuala Lumpur
Anak Kedua bekerja sebagai pembantu kedai sebelum banjir, kini tidak bekerja sementara kedai tempat beliau bekerja dibaik pulih.
Anak ketiga hingga kelima membantu Puan Zainun di gerai sebelum ini
Tiga lagi anak beliau bersekolah- Tingkatan 4, Tingkatan 1, Darjah 4.

Sumber pendapatan sebelum banjir:
-menjual nasi pagi (anggaran pendapatan RM350.00 sebulan)

Apabila ditanya tentang keutamaan apa yang perlu kami bantu, Kak Zainun minta tolong kami bangunkan semula gerai nasinya. Walaupun rumah juga penting, tetapi beliau sanggup tunggu rumah yang dijanjikan agensi bertanggungjawab.
Saat ini sumber pendapatan itu lebih penting.

Oleh itu, melalui Misi Sinar Baru kami akan usahakan mencari dana buat modal untuk mereka kembali berniaga termasuk membina kedai baru dengan beberapa kelengkapan yang diperlukan.

Semasa banjir baru-baru ini peralatan memasak & kelengkapan perniagaan mereka hanyut semuanya..Jadinya, mereka terpaksa bermula dari KOSONG...

Semoga ada kesepakatan untuk kita berjemaah membantu ibu tunggal ini.
Sahabat boleh membantu menaja pembelian bahan binaan seperti di bawah. 
Juga menaja pembelian atau menyumbang barang-barang2 keperluan seperti yang tersenarai di bawah.

ANGGARAN 
Gerai bertutup, luas 12'x10'
(perlukan gerai bertutup bagi menyimpan barang-barang perniagaan dll)

-Bahan Binaan Gerai Kak Zainun -

1) Kayu RM450
2) Zink RM350.00
3) Bata RM1200.00
4) Jendela RM300.00
5) Pintu RM400.00 
6) Simen RM750.00 
7) Pasir Kasar RM120.00
8) Pasir Plaster RM200.00 
9) Besi 4 Hon RM350.00
10) Besi 1 Hon RM35.00
11) Btg Paip 4 inci RM50.00
12) Playwood 3 Keping RM150.00
13) Barang-barang lain RM500

JUMLAH: RM4855

-Upah Tukang - RM3500
(3 orang tukang rumah)

TEMPOH PEMBINAAN: 2 Minggu (anggaran)

KEPERLUAN KEDAI

1. Peti Sejuk
2. Blender
4. Periuk Belanga
5. Kuali
6. Cerek
7. Dapur 
8. Tong Gas
9. Periuk Nasi Elektrik (besar)
10. Bekas Air Batu
11. Bekas Nasi
12. Meja
13. Bekas lauk
14.Pisau
15.Senduk
16.Sudu
17. Besen
18. Dan lain-lain keperluan memasak&menjual nasi

MODAL BAHAN BASAH (permulaan) : RM1000

Sekiranya Sahabat sudi turut serta bersama kami membantu Puan Zainun, sila berhubung dengan nama di bawah bagi tujuan penyelarasan kutipan dana / barang sumbangan.

1. FB: Mie Gstk 019-9107987
(Sahabat Sanggar Suri Kelantan) 

2.FB: Elly Eksekutifsuri 012-3614014
(Penyelaras & Pengasas Sahabat Sanggar Suri) 

Semoga Allah mempermudahkan usaha memberi Sinar Baru dalam keluarga ibu tunggal ini..amin

Jazakumullah khairan kathira