Ahad, 30 Jun 2013

Misi Sinar Ramadan & Syawal: Pusat Perlindungan Nasyiatul Aisyiyah, Pulau Pinang



PUSAT PERLINDUNGAN NASYIATUL AISYIYAH




ALAMAT:

1.  No 31 8/6 Tmn Sri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor
(catatan: penempatan sementara mendapatkan rumah yang lebih sesuai)

2. No 6 Solok Air Putih
Titi Teras
Balik Pulau, Pulau Pinang


PENGASAS & PENJAGA:
Ustazah Rohani (019-2523900)


Untuk Sumbangan:

 CIMB : 073900007880 (Pusat Jagaan Nasyiatul Aisyiyah)


JUMLAH 
Jumlah penghuni: 18 (3-13tahun)

 
STATUS
Anak Yatim & Terbiar (ditinggalkan) 
Kebanyakan mereka tiada waris & anak2 kematian bapa, ibu pula kembali kepada agama asal (murtad).
 
Jumlah yang ditanggung sekitar Pulau Pinang: 50 orang
      Status: Anak Yatim & Terbiar (ditinggalkan) & ibu tunggal 
  
Kisah sebelum ini boleh dibaca di SINI







 










Mereka dalam kesusahan buat masa ini...


Pelbagai masalah yang melanda..bagai jatuh ditimpa tangga .



1. Pada awal penubuhan mereka tinggal di tanah wakaf. Selepas kematian tuan tanah, waris ambil balik tanah tersebut.

2. Sekarang tinggal di rumah milik Ustazah di Pulau Pinang. Sukar mendapatkan rumah yang sesuai. Kebanyakan tuan rumah sukar membenarkan rumah mereka disewa untuk dijadikan rumah perlindungan/anak yatim.

3. Perlukan tempat di sekitar Bangi @ Dengkil kerana anak-anak yang sudah bersekolah belajar di Maahad Tahfiz Kiblah, Dengkil (yuran ada tajaan)

4. Salah seorang anak yatim mengalami kemalangan teruk baru-baru ini dan menelan belanja yang banyak untuk kos pembedahan.

5. Ustazah juga ditawarkan kawasan/tempat untuk penempatan baharu, tetapi kawasan itu sangat uzur dan tidak dapat diduduki. Malangnya, sudah banyak wang dikeluarkan untuk pelbagai urusan berkaitan penempatan ini.

6. Akibat perbelanjaan yang banyak telah dikeluarkan untuk menampung kos perubatan & kos urusan penempatan baru, tabung perbekanjaan mereka berkurangan. Malah, belanja makan juga terpaksa dicatu untuk berjimat.






Insya-Allah kami sedang membantu Ustazah Rohani untuk menyediakan tempat & kehidupan yg lebih baik untuk anak2 ini. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tak tercapai dek akal bagaimana kesungguhan Tok & Tok Wan yang gigih memperjuangkan nasib & akidah anak2 ini.. berbekalkan keyakinan & bergantung harap kepada Allah swt ..
 
Untuk maklumat lanjut:

FB Elly Nizam 012 3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my

atau menghubungi terus Ustazah Rohani: 019-2523900

Semoga Allah membuka hati kita & mempermudahkan kita untuk menghulurkan tangan bersama2 membantu meringankan beban Ustazah & anak2 yatim dan terbiar ini..amin




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini