Selasa, 25 Jun 2013

MISI SINAR HARAPAN RAMADAN&SYAWAL 1434H/2013M

Assalamualaikum






Insya-Allah..Seperti tahun2 yang lepas team Misi Sinar Harapan tidak akan melupakan golongan asnaf & anak yatim untuk turut serta melangkah ke bulan mulia ini dengan persediaan yang mencukupi..

Team MISI SINAR HARAPAN RAMADAN&SYAWAL 1434H/2013M akan menjelajah penempatan & perkampungan miskin dari satu destinasi ke destinasi, bergantung kepada bekalan wang & sumbangan yg ada, bagi membantu meringankan beban keluarga miskin ini membuat persiapan menyambut Ramadan dan kemudian menyambut Aidilfitri.

Cara maklumat dikumpul: melalui sahabat2 seperjuangan yang mengambil berat kehidupan penduduk kampung, yang kebanyakannya terdiri drp para guru, imam, pemimpin & aktivis masyarakat. Menjadi prinsip kami untuk turun sediri melihat penderitaan penduduk miskin ini.

Sahabat2 semua, sama ada yang mengenali kami atau tidak dijemput untuk bersama-sama kami turun padang, untuk melihat sendiri kesusahan hidup yang mereka lalui (tarikh ziarah akan diberitahu dari semasa ke semasa). 

Golongan sasaran: anak yatim, fakir miskin, pelajar tahfiz, ibu tunggal, mualaf , warga emas, OKU.

Antara destinasi ziarah&sedekah:

Tumpuan kpd fakir miskin bagi kawasan2 penempatan/perkampungan miskin tegar:


1. kawasan bandar-PPRT @ setinggan sekitar Pulau Pinang.

2.keluarga2 miskin sekitar Tapah, Teluk Intan, Redang Panjang, Ijok, Lenggong-Perak.

3. keluarga2 miskin sekitar Rantau Panjang, Pasir Mas, Tanah Merah, Kota Bharu, Machang, Kelantan
4.keluarga2 miskin yang baru/akan dikenal pasti di kawasan2 tertentu di seluruh Malaysia.
5. Rumah anak yatim, warga tua, OKU, Mahaad Tahfiz yang terpilih 

Bentuk Bantuan

1. Barang keperluan dapur &harian
2. Kelengkapan Ibadah-Telekung, kain pelekat dll
3. Sumbangan kewangan
4. Kuih Raya
5. Pakaian Raya

***kisah2 keluarga kurang bernasib baik ini ada yg telah disiarkan dalam blog SanggarSuri www.eksekutifsuri.blogspot.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini