Memaparkan catatan dengan label UmmikuSayangCharity Team. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UmmikuSayangCharity Team. Papar semua catatan

Khamis, 6 Mei 2010

Takziah buat Sahabat UmmikuSayang Charity Team



Assalamualaikum

Terlebih dahulu saya mewakili UmmikuSayang Charity Team(UkSCharityTeam) mengucapkan salam takziah buat dua orang sahabat yang juga orang kuat/lama UkSCharity Team. Dua sahabat ini telah kehilangan orang tersayang dalam minggu ini.

Bonda Sis Yeanti telah kembali ke rahmatullah pada pagi Ahad 2 Mei, manakala adik Sis Nadia telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini Khamis, 6 Mei 2010. Masing-masing meninggalkan 4 orang anak. Dan anak adik Sis Nadia berumur 8-14 tahun.


Sekilas tentang UkSCharityTeam

UkS CharityTeam ditubuhkan oleh sekumpulan ibu bapa prihatin drp ahli2 UmmikuSayang egroups kira-kira 7 tahun yang lalu. Bermula dengan usaha mengumpulkan pakaian utk anak2 yang tinggal bersama ibu mereka di penjara, disusuli dengan lawatan ke hospital2 sambil membawa hadiah & bacakan buku utk mereka(storytelling&readal
oud session).

Kalau dulu kita sibuk mengendong anak dgn gendong Sis Ninuk, Sis Elisa pula membacakan buku BAWAL Elly utk anak2 kita di masjid, atau anak2 yang sakit di hospital, kini anak2 tersebut sudah kian membesar dan ada pun sudah remaja.
Tapi persahabatan kita tetap utuh.

Pada hari pengkebumian bonda Sis Yeanti, kami bagaikan bersatu bersama hadir memberi sokongan, membuktikan betapa kuatnya ikatan persahabatan ahli2 UkSCharity Team. Dalam susah dan senang, walaupun masing2 sibuk tapi kami saling mengingati antara satu sama lain.

Walaupun kami kelihatan aktif di alam maya tetapi kami jarang berjumpa, malah ada yg bertahun terpisah, juga ada yang sudah berhijrah ke luar negara. Tapi perjuangan kami tetap diteruskan- dibincang & dirancang melalui medium internet.

Semoga Allah merahmati roh bonda Sis Yeanti-Allahyarhamah Siti Himah @ Siti Hajat bt Mohamad dan adik Sis Nadia-Allahyarhamah Nur Shahirah Abdullah. Dan memberi kekuatan kepada keluarga mereka yang tinggal untuk meneruskan kehidupan.

Semoga Allah tetap satukan hati2 kami, kuatkan kudrat & permudahkan usaha kami untuk teruskan perjuangan membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Masa untuk kita juga akan tiba..bila2 masa & tidak tentu di mana..hanya Allah yg Maha Mengetahui. Oleh itu, manfaatkan masa yang tersisa untuk kita saling mengasihi & hargai apa yang ada..


Elly 012-3614014
UmmikuSayangCharity Team



Isnin, 28 September 2009

Ziarah Rumah Anak2 Yatim & Fakir Miskin






Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah usaha kami dipermudahkan. Allah telah temui kami dengan ramai sahabat maya yang pada awalnya saling tidak mengenali, tapi punya satu tujuan..Memperjuang kan nasib anak2 yatim,ibu tunggal & fakir miskin serta pelajar Mahaad Tahfiz & warga tua.

Pada awalnya Jualan Amal Serunding dijalankan bagi mengutip dana utk 2 rumah sahaja. Tetapi dengan bantuan sahabat2 yg memberi maklumat & sokongan sumbangan dpt dipanjangkan ke beberapa rumah lain. Projek ini yg masuk tahun ke-5 bertambah manis kerana banyak pihak dapat berkongsi rezeki..

Insya-Allah pada 12 & 13 Sept kami bersama UmmikuSayang Charity Team & TM akan ke beberapa rumah anak yatim & keluarga miskin untuk menyampaikan sumbangan hasil Jualan Amal & sedekah sahabat2 serta tajaan serunding, cupcakes, kuih-muih & lain2. Senarai rumah anak yatim ada dilampirkan.

Sahabat2 saya juga akan membawa sumbangan serunding dll ke Maahad Tahfiz & Pondok Warga Tua di Madrasah Nur as-Salam, Selama Perak dan Mahaad Tahzib wa Taalim, Seky 13 S.Alam. Manakala sahabat2 Haluan P.Pinang membantu mengutip dana untuk ibu2 tunggal dengan jualan serunding di sana.

Doakan perjalanan kami dipermudahkan Allah. Sekiranya tuan puan ingin bersama kami meraikan anak2 yatim ini amat dialu2kan.

Insya-Allah perjalanan saya bermula di Kompleks Haluan Penyayang, Bkt Naga S.Alam pada pukul 9pagi, Sabtu 12 Sept.

Jutaan Terima kasih kepada semua sahabat2 yg banyak membantu. Semoga Allah memberkati usaha & rezeki kita ..amin..


ELLY 012-3614014
Eksekutifsuri. com
UmmikuSayang Charity Team