Isnin, 28 September 2009

Ziarah Rumah Anak2 Yatim & Fakir Miskin






Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah usaha kami dipermudahkan. Allah telah temui kami dengan ramai sahabat maya yang pada awalnya saling tidak mengenali, tapi punya satu tujuan..Memperjuang kan nasib anak2 yatim,ibu tunggal & fakir miskin serta pelajar Mahaad Tahfiz & warga tua.

Pada awalnya Jualan Amal Serunding dijalankan bagi mengutip dana utk 2 rumah sahaja. Tetapi dengan bantuan sahabat2 yg memberi maklumat & sokongan sumbangan dpt dipanjangkan ke beberapa rumah lain. Projek ini yg masuk tahun ke-5 bertambah manis kerana banyak pihak dapat berkongsi rezeki..

Insya-Allah pada 12 & 13 Sept kami bersama UmmikuSayang Charity Team & TM akan ke beberapa rumah anak yatim & keluarga miskin untuk menyampaikan sumbangan hasil Jualan Amal & sedekah sahabat2 serta tajaan serunding, cupcakes, kuih-muih & lain2. Senarai rumah anak yatim ada dilampirkan.

Sahabat2 saya juga akan membawa sumbangan serunding dll ke Maahad Tahfiz & Pondok Warga Tua di Madrasah Nur as-Salam, Selama Perak dan Mahaad Tahzib wa Taalim, Seky 13 S.Alam. Manakala sahabat2 Haluan P.Pinang membantu mengutip dana untuk ibu2 tunggal dengan jualan serunding di sana.

Doakan perjalanan kami dipermudahkan Allah. Sekiranya tuan puan ingin bersama kami meraikan anak2 yatim ini amat dialu2kan.

Insya-Allah perjalanan saya bermula di Kompleks Haluan Penyayang, Bkt Naga S.Alam pada pukul 9pagi, Sabtu 12 Sept.

Jutaan Terima kasih kepada semua sahabat2 yg banyak membantu. Semoga Allah memberkati usaha & rezeki kita ..amin..


ELLY 012-3614014
Eksekutifsuri. com
UmmikuSayang Charity Team




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini