Memaparkan catatan dengan label Misi Ziarah : Opah Hasnah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misi Ziarah : Opah Hasnah. Papar semua catatan

Selasa, 9 Ogos 2011

Berbuka Puasa Bersama Opah Hasnah


Assalamualaikum Insya-Allah seperti tahun2 yang lepas Sanggar Suri menjemput sahabat2 untuk bersama2 meraikan Opah bersama 15 Orang Anak Yatim & Miskin yang dipeliharanya.
Tarikh/Masa
Sabtu, 13 Ogos 2011 · 6:00pm - 10:00pm

Tempat
Rumah Opah Hasnah, No 20 Tmn Ros Jln Dato' Masidin Bukit Kuda, Klang
Opah Hasnah merupakan keluarga terawal yang kita bantu melalui beberapa usaha amal, termasuk menghebahkan kisah beliau melalui media & internet. Alhamdulillah, sekarang kehidupan mereka bertambah baik, tetapi masih perlukan sokongan berterusan drp sahabat2 semua. Bertepatan dgn konsep kerja amal kami- secara santai & tidak membebankan- digalakkan membawa makanan secara potluck, sedikit seorang tetapi dimakan beramai2, insya-Allah berkat & mencukupi. Insya-Allah kita akan solat Maghrib, Isyak & Tarawih bersama anak-anak ini. Digalakkan sahabat semua membawa anak2 masing-masing agar mereka dapat menyelami kehidupan & mengambil pengajaran drp kisah anak2 yang tiada beribu bapa ini.

Sekiranya berhajat untuk turut serta sila hubungi: ELLY 0123614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my Maklumat lanjut: SANGGAR SURI www.eksekutifsuri.blogspot ​.com

Jumaat, 29 Julai 2011

Misi Sinar Harapan: Ziarah Ramadan 1432H/2011-Destinasi 3 Lembah Kelang

Assalamualaikum

Alhammdulillah Misi Ziarah dan Bantuan Persediaan Ramadan telah terlaksana di 2 destinasi di Kelantan 16 Julai & Perak 23 Julai. Insya-Allah mulai esok dan minggu depan kami akan teruskan Misi Ziarah ke Destinasi ke-3: rumah2 fakir miskin & anak yatim sekitar Lembah Kelang. Antaranya:
  1. Petang Ahad, 31 Julai 2011- ziarah tapak tanah runtuh & penempatan sementara penghuni drp Rumah Anak-anak Yatim dan Anak Hidayah At Taqwa di Hulu Langat, di Pusat Latihan YADIM Sg Semungkis, Bt 14 Hulu Langat.









2. Rumah anak yatim & ibu tunggal di Rumah Pangsa Kayu Ara, PJ- minggu pertama Ramadan

3.Rumah anak yatim persendirian- Opah Hasnah, Bkt Kuda Kelang-belum ditentukan tarikh.









Untuk maklumat lanjut: FB : Ellynizam 0123614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my