Rabu, 14 Oktober 2009

TABUNG SUSU utk ANAK YATIM, TERBIAR, FAKIR MISKIN



Assalamualaikum

Terima kasih atas sokongan berterusan dlm usaha memperjuangkan nasib golongan yang tidak bernasib baik ini. Rasa manis tak terucap, malah tambah2 bersemangat bila lihat wajah2 anak yatim yg dapat kita bantu..kalau boleh macam2 kita nak berikan..

Alhamdulillah, kita sering ditemukan Allah dengan insan2 prihatin & dermawan dan Allah sentiasa mempermudahkan usaha kita..semoga kita sentiasa ikhlas & istiqomah..

Insya-Allah target kali ini untuk memberi bantuan susu secara istiqomah setiap bulan. Rata2 rumah anak yatim kekurangan bekalan susu..kesian kadang2 mereka hanya minum milo (itupun klu ada) dalam usia kecil yg sepatutnya perlukan makanan tambahan seperti susu utk membesar. Susah2 kita pun bekalan susu utk anak kita tetap kita usahakan..

Sahabat2 boleh membantu dgn cara:

1. mencari/menyalurkan maklumat tentang rumah2 anak yatim & rumah2 persendirian yg didiami keluarga miskin & ibu tunggal yang ada anak2 kecil & bersekolah. Kami perlukan senarai nama & umur. Selepas itu kita cuba dapatkan sumbangan, klu boleh sumbangan tetap setiap bulan untuk sponsor susu.

2. Sahabat2 boleh memberi sumbangan utk setiap seorang anak, atau berkongsi dengan rakan2 atau menyumbang ke dlm Tabung Susu seberapa yg mampu. Kos susu utk setiap anak RM90 sebulan. Senarai umur anak2 ini akan dilampirkan setelah maklumat diperolehi secara lengkap.

Setakat ini syukur Alhamdulillah sudah ada sahabat yg setuju sponsor susu utk 5 orang anak kecil di Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Teluk Intan.(Sanggar Suri www.eksekutifsuri. blogspot. com)

Sumbangan utk Tabung Susu boleh disalurkan ke:

MAYBANK 164192049410 AHMAD NIZAM B AHMAD SHAFIEI

Harap dapat sama2 membantu. Semoga Allah Mempermudahkan & Memberkati Usaha kita...amin.

Terima kasih


Elly 012-3614014
UmmikuSayang Charity Team
Sanggar Suri www.eksekutifsuri. blogspot. com

http://ummikusayangactivities.blogspot.com/2009/09/ummikusayang-charity-team-ramadhan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini