Rabu, 21 Oktober 2009

Tajaan Susu Anak Yatim & Membeli Sambil Menderma


Assalamualaikum

Alhamdulillah
Allah permudahkan usaha kita.. Terima kasih atas sokongan semua. Setakat hari
ini (21 Okt 2009) sudah ada RM591 dlm Tabung Susu dan beberapa
penderma yang sudi menaja 10 orang anak yatim & fakir miskin utk
setiap bulan.
Namun, kami masih mengalu2kan tajaan/sumbangan daripada sahabat2.
Lebih
ramai penaja, lebih ramai anak2 yang akan mendapat bekalan susu.

Syukur juga kerana kami telah ditemukan dengan pembekal susu Muslim. Susu
Penuh Krim jenama Raudhah (RightChoice) ini diproses mengikut Amalan Pengilangan Islam (IMP) dan
mendapat persijilan Halal yang dibangunkan oleh Syarikat Milik Penuh
Bumiputera / Muslim di Malaysia.

Difahamkan susu ini bukan sahaja diformulakan semula dan diperkaya dengan DHA dan AHA, mengandungi Kalsium, Kismis dan Kurma,malah setiap pekerjanya akan mengambil wuduk dan berdoa semasa memproses susu utk kesejahteraan anak2 yang minum susu ini. Semoga ada
keberkataan & rahmat-Nya atas usaha ini.

Kami masih lagi mengumpul maklumat rumah anak yatim yang daif. Setakat ini yang tersenarai:


1. Baitul Fitrah, Bandar Country Homes, Rawang
No.Tel: 012-375144 (Pn Nadia)
Jumlah anak: 18


2. Opah& 12 cucu, Bukit Kuda, Klang
No. Tel: 03-33432397
Jumlah anak: 12

3. Rumah Titian Ashraful Rohaniah,
Teluk Intan

No.Tel: 013-4550013( Pn Rohana)
Jumlah anak: 5

4. Baitul Kasih, Sg Buluh
No.Tel: 012-2663649( Ummu Liza)
Jumlah anak: 12

5. Kompleks Haluan Penyayang, Klang
No Tel: 019-3084476 (En Anas bin Hussin)
Jumlah anak: 3


Sahabat boleh membantu dengan cara:

1. Menjadi penyumbang tetap RM90 utk seorang anak yatim/miskin setiap bulan untuk kos pembelian 4 kotak susu. 2. Sedekah seikhlasnya seberapa mampu ke Tabung Susu yang akan dikumpulkan untuk menampung pembelian.

3. Membeli sambil beramal-
membeli susu Raudhah untuk kegunaan keluarga sendiri dengan harga RM24.50 (sekotak/500gm),RM1 bagi setiap pembelian akan disalurkan ke dalam Tabung Susu untuk AnakYatim & Fakir Miskin.
Untuk pembelian boleh hubungi
Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my

Kos pos RM3.50. Beli 5 kotak, pos percuma.

Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Susu melalui akaun :

MAYBANK 164192049410 AHMAD NIZAM B AHMAD SHAFIEI

***akaun ini dikhaskan utk Tabung Susu

Maklumat lanjut :



Elly 012-3614014 eksekutifsuri@ yahoo.com. my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini