Isnin, 2 November 2009

Tabung Susu -Terkini

Assalamualaikum


"Andainya kita jutawan, semua sekali akan dibantu, tapi apakan daya..." itulah yg selalu bermain di fikiran kami sepanjang menguruskan projek Tabung Susu utk Anak Yatim & Fakir Miskin ini...kami kadang2 terkedu dan serba-salah apabila menerima banyak maklumat tg orang2 miskin yg perlukan bantuan susu..hiba rasanya bila dengar cerita mereka. Ada yg tk pernah minum susu sejak cerai susu ibu, ada yg minum susu pekat yg dicairkan..mcm2 kisah duka perjalanan anak2 ini..
Di rumah kita bukan setakat susu..mcm2 jenama minuman ada..

Buat sementara waktu ini kami terpaksa tapis & selidik dulu mana2 yg sangat2 memerlukan sahaja akan dibantu. Keutamaan anak2 berumur 6 tahun ke bawah dan di rumah2 persendirian. Ada beberapa rumah anak yatim yg daif juga tersenarai. Seandainya derma Tabung Susu bertambah akan kita tambahkan penerima. Insya-Allah hingga ke Sabah dan Sarawak terutama golongan mualaf.

Sehingga 31 Oktober dana yg dikutip RM4501.00..ngam2 je utk 50 org anak yatim. Harap2 akan ada penderma tetap agar setiap bulan anak2 ini tidak putus susu.



Kalau lebih boleh tambah jumlah anak yatim/miskin. Dana Tabung Amal Suri digunakan utk tampung kos bbrp org lagi sementara Tabung Susu bertambah. Dana yg diterima selepas tarikh di atas akan dikumpulkan utk belian bulan seterusnya.

Klu ada cadangan jangan segan utk berkongsi idea. Bantuan bukan sahaja dari sudut material tetapi juga tenaga & buah fikiran amat dialu-alukan.

Tentatif tarikh penghantaran susu (dialu2kan siapa nk ikut):

1. 31 Okt- penyerahan susu kpd Pn Nadia, wakil Baitul Fitrah & wakil En Dzulkifli
2. 8 Nov- Klang - Rumah Opah Hasnah & Kompleks Haluan Penyayang
3. 14 Nov-Teluk Intan- RTAR (update-http://rumahtar.blogspot.com)
4 Belum ditentukan- Selama, Perak

Senarai rumah anak yatim & fakir miskin

Rumah persendirian:

1. Opah& 12 cucu, Bukit Kuda, Klang
No. Tel: 03-33432397
Jumlah anak utk bantuan susu: 5

2. En. Dzulkifli (warga tua 65 tahun, uzur, kerja kampung-tk tetap,anak 12)

No. 64 Kg Ajai Baru, Kuala Dong, Pahang

Jumlah anak utk bantuan susu: 5


3. 10 keluarga miskin, Selama Perak (klu ada rezeki tambah lg) http://www.aljauhar2.blogspot.com/

No Tel: Pn Siti 019-2224474 (pengantara)
Jumlah anak utk bantuan susu: 20


Rumah Anak Yatim

1. Baitul Fitrah, Bandar Country Homes, Rawang
No.Tel: 012-375144 (Pn Nadia)
Jumlah anak utk bantuan susu: 15

2. Rumah Titian Ashraful Rohaniah,
Teluk Intan
No.Tel: 013-4550013( Pn Rohana)
Jumlah anak utk bantuan susu: 5

3. Kompleks Haluan Penyayang, Klang
No Tel: 019-3084476 (En Anas bin Hussin)
Jumlah anak utk bantuan susu: 3



Sahabat boleh membantu dengan cara:

1. Menjadi penyumbang tetap RM90 utk setiap anak yatim/miskin setiap bulan untuk kos pembelian 4 kotak susu.

2. Sedekah seikhlasnya apa yang mampu ke dlm Tabung Susu yang akan dikumpulkan untuk menampung pembelian.

3. Membeli sambil beramal-setiap susu Raudhah keluaran Muslim yang dijual dengan harga RM24.50 dan RM1 bagi setiap pembelian akan disalurkan ke dalam Tabung Susu untuk Anak Yatim & Fakir Miskin. (maklumat susu: http://eksekutifsuri.com)



Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Susu melalui akaun :

MAYBANK 164192049410 AHMAD NIZAM B AHMAD SHAFIEI

***akaun ini dikhaskan utk Tabung Susu



Maklumat lanjut :

Elly 012-3614014

eksekutifsuri@yahoo.com.my


Terima kasih. Semoga Allah Memberkati Rezeki & Usaha kita..amin

Elly 012-3614014
UmmikuSayang Charity Team

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini