Jumaat, 20 November 2009

Penyerahan Sumbangan Susu utk Anak Yatim, Anak Terbiar & Fakir Miskin

Salam

Alhamdulillah penyerahan susu untuk bulan November telah dapat diselesaikan. Untuk RTAR kami poskan ke sana bekalan utk 2 bulan terus demi menjimatkan kos penghantaran. Penghantaran dibuat pada 12 Nov 2009.
Gambar penyerahan sepanjang bulan November disertakan dlm video di bawah.

Cuma tinggal penyerahan ke Selama & Parit Buntar Perak yg dijadualkan pada 27 November 2009. Tempahan susu telah dibuat dan harap dapat sampai sebelum tarikh dijadualkan penyerahan dibuat. Untuk menampung kos pembelian, dana drp Tabung Amal Suri digunakan kerana kutipan dana Tabung Susu tidak mencukupi. Kutipan dana sehingga 31 Oktober 2009 sebanyak RM4501.00, kos pembelian susu setiap bulan RM5220.00 utk 58 orang anak.

Kutipan dana masih dijalankan. Diharap para penderma sudi memberikan sokongan berterusan agar anak2 ini mendapat bekalan susu setiap bulan.

Dialu2kan kepada sahabat2 yang beraya di Selama utk sertai team penyerahan susu utk anak yatim & fakir miskin di Selama Perak. Insya-Allah kalau anak Elly sihat kami pun teringin nak ke sana. Ikut perancangan susu akan diserahkan pada hari raya Aidiladha. Ada sahabat2 akan ke sana untuk buat ibadah korban.

Boleh hubungi Pn Siti 0192224474 atau email <sitifrahim@yahoo.com>
Maklumat lanjut tg keluarga miskin boleh lihat: http://www.aljauhar2.blogspot.com/

Insya-Allah 100 kotak susu Raudhah akan dikirim ke sana dlm minggu ini. Nanti hari raya boleh diagih2kan. Ikutkan senarai nama anak2 yg diterima ramai..tapi kita bantu setakat mana yg kita mampu. Kalau ada dana lagi kita tambah lagi. Kita serahkan kepada sahabat di sana bagaimana cara pembahagian susu agar semua dapat merasa.Harap2 usaha ini berterusan dan ada rezeki anak2 ini utk dapat bekalan susu setiap bulan.

Alamat tempat penerimaan susu:

Pusat Khidmat Masyarakat
Bangunan MDS
Kubu Gajah
34130 Selama Perak
(up:En Razali Ismail)

Kepada yang ingin menderma boleh hubungi Elly 0123614014 @ Pn Siti 0192224474. Semoga usaha & rezeki kita diberkati Allah..amin..