Selasa, 4 Mac 2014

Msi Madrasah&Tahfiz: Ziarah Anak2 Rohingya

Assalamualaikum

  kisah sebelum ini boleh dibaca di SINI


 
UPDATE 06 MAC 2014: 

Alhamdulillah…syukur kerana kita digandingkan bersama jemaah yang utuh.
Allah satukan hati-hati kita walaupun ada antara kita cuma kenal di alam maya.
Kutipan dana setakat hari ini 06 Mac 2014: RM3182.

Kos pembelian 50 set bantal, sarung bantal & selimut: RM1750
Baki: RM1432.
Insya-Allah baki kutipan sebanyak RM1432 akan diserahkan kepada Madrasah bagi menampung kos gaji tenaga pengajar.
insya-Allah usaha berterusan akan dilakukan bagi terus membantu ringakan beban mereka
********************************************* 


Insya-Allah Team Misi Sinar Harapan - Sanggar Suri akan ziarah anak-anak yatim & miskin Muslim Rohingya dan Membawa bersama sumbangan daripada sahabat2.


Jemput sahabat-sahabat turun padang bersama kami:-
Tarikh: Sabtu 8 Mac
Masa: 9.00pagi-12tengahari
Tempat:

MADRASAH HASHIMIAH HIFZUL QURAN
(Madrasah Anak-anak Yatim & Tahfiz Quran Hashimiah)

Alamat:
No. 111-3, Kompleks Pasar Borong
Jalan 2/3 A, KM 12 Jalan Ipoh,
Selayang
68100 Batu Caves,
Kuala Lumpur.

 

Jemput sahabat2 bersama kani.

 

Insya-Allah kami sekarang sedang uruskan pembelian 50 set bantal, sarung bantal & selimut. Juga 10 bidang tikar evamatik, dana hasil sumbangan sahabat-sahabat.

Insya-Allah kami juga akan kumpulkan mainan & buku untuk kanak-kanak di situ. Buku cerita, agama & akademik (B.Melayu, B.Inggeris. Matematik & Sains).

 
Jazakumullah khairan kathira... Terima kasih atas sokongan sahabat2.



Maklumat lanjut boleh dilihat di :


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini