Selasa, 10 Mei 2011

Misi Sinar Harapan: Dana Menara Gading



Assalamualaikum



Sayunya rasa hati... apabila ada anak orang miskin menelefon saya...menangis bercerita pasal ibunya yang menangis meminta maaf padanya kerana tidak mampu menampung perbelanjaannya ke universiti 21 Mei ni...

Satu lagi kes, baru sekejab tadi seorang ibu tunggal datang menangis mengadu pada cikgu sekolah yang juga sahabat saya, juga menghadapi masalah sama.


Sebenarnya banyak kes anak2 cemerlang yang miskin terpaksa menolak tawaran ke universiti, semata-mata kerana kurang mampu dari segi kewangan. Jangan tanya apa peranan orang lain, tanyalah apa yang mampu kita buat demi memberi sinar baru dalam hidup mereka. Dengan izin Allah..Mungkin usaha kita berkongsi rezeki atau cuma berkongsi masa & tenaga, mampu mengubah hidup & masa depan anak2 ini dan keluarganya.


Insya-Allah demi membantu anak-anak ini memenuhi harapan mereka, bersama sahabat2 prihatin kami melancarkan Misi Sinar Harapan: Dana ke Menara Gading 2011. Sama2 kita berusaha mengumpul dana untuk membantu mereka. Alhamdulillah tahun lepas (2010). Misi ini berjaya memberi sinar baru kepada 10 orang anak yatim & fakir miskin.


Maklumat lanjut sedang dikumpulkan dan dikemaskini setiap kali maklumat baru diterima. Setakat ini kami perolehi maklumat 2 orang pelajar:


















NAMA PELAJAR

STATUS

TAWARAN&TARIKH

YURAN PENDAFTARAN

1. Siti Fadzlikha Asifa Binti Mohamad Fadzl

Fakir Miskin, 10 beradik

Asasi Undang-undang

UiTM Shah Alam

21 Mei 2011

RM703

2. Shazwani Binti Hamzah

Anak ibu tunggal, 6 beradik

Kolej Matrikulasi Changlun, Kedah

23Mei 2011

RM420


Cadangan bentuk bantuan:

1. bantuan menjelaskan yuran pendaftaran & wang belanja (cadangan: RM300/seorang).

Setakat ini, Alhamdulillah ada yg sudi & bejanji jelaskan Yuran Siti Fadzlika


2. bantuan urusan penginapan&pengangkutan serta urusan pendaftaran

Urgent-perlukan bantuan sahabat di Changlun, Kedah membantu ibu tunggal & anaknya Shazwani yg akan ke Changlun, 23 Mei utk pendaftaran di Kolej Matrikulasi, Changlun Kedah. Mereka tiada saudara & tidak pernah ke sana.


Untuk maklumat lanjut hubungi: Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my



Tabung Dana Menara Gading:

Malayan Banking Berhad
No. Akaun : 564593050270
Nama : Norlaili Talib


Sila sms/email jumlah yang dibank in, serta berikan nama tuan2 untuk rekod.


Semoga Allah mempermudahkan usaha kita dam memberkatinya. Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini