TARIKH: 5-6 MAC (Sabtu-Ahad)
TEMPAT ZIARAH:
Kg Memali, Kg Bogor, Kg Becah Sawah, Kg Charok Putih Baling Kedah.
Laporan daripada blog sahabat seperjuangan, Pn Siti: Al-Jauhar
Alhamdulillah, syukur kami kepada Allah SWT dengan izin-Nya kami telah dapat menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk miskin sekitar Baling, Kedah (nama-nama kampung sila lihat artikel sebelum ini).
Seramai 50 keluarga telah dipilih bagi menerima sumbangan berupa makanan harian seperti beras, gula, susu, tepung dll. Peruntukan RM100/keluarga. Antara penduduk yang menerima bantuan 34 terdiri dari keluarga miskin dan 16 terdiri dari ibu tunggal.
Majlis penyampaian diadakan di Kg Becah Sawa pada 5 Mac 2011 jam 4.00ptg. Pada petang tersebut seramai 42 keluarga menerima bantuan, manakala 8 keluarga lagi sumbangan mereka di hantar terus ke rumah-rumah.
Sedikit rentetan perjalanan kami : -
Rombongan kami seramai 18 orang termasuk kanak-kanak. Barang-barang dibawa dengan kenderaan pacuan 4x4 (2 Triton & 1 Hilux). Tunku Maziah dan Puan Win serta 3 anak-anak beliau telah menyertai misi ini dengan membawa buku-buku dan baju.
Sebuah lagi kereta, iaitu Puan Elly dan suami serta anak-anak, yang membawa cup cakes untuk diagihkan kepada penduduk.
Perjalanan kami dari KL bermula seawal 7.30am sampai di Kuala Kangsar jam 10.30am. Di Kuala Kangsar kami singgah di kilang IMP (industri produk Islam) untuk membeli Hot Chocolate(minuman saperti Milo) dan biskut untuk penduduk miskin.
Bertolak ke Baling jam 11.30am berhenti rehat (lunch) di Pengkalan Hulu dan tiba di Baling jam 2.00ptg.
Bertolak ke Baling jam 11.30am berhenti rehat (lunch) di Pengkalan Hulu dan tiba di Baling jam 2.00ptg.
Selepas solat kami terus ke tempat majlis diadakan di Kg Becah Sawa tidak jauh dari tempat penginapan kami (about 5 mins drive from Leggong Hot Spring Resort).
Setelah selesai kami dijamu dengan minuman petang, kami terus menghantar barang ke 2 buah rumah sekitar Kg Becah Sawa kemudian kami terus ke Sik (perjalanan 30 min) juga menghantar barang kepada seorang ibu tunggal bersama 3 orang anaknya yang menumpang dengan bapanya setelah kematian suami dalam kemalangan jalan raya 2 bulan yang lalu.
Keesokan hari kami telah melawat dan menghantar barang ke 4 buah rumah penduduk kampung daif 2 daripadanya warga emas tinggal bersendirian. Lagi gambar-gambar sila buka post Aljauhar: Misi Baling 2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini