Alhamdulillah Misi Sinar Ramadan & Syawal 1434H/2013M telah dapat dilancarkan pada pertengahan Syaaban baru2 ini.
Jazakumullahu khairan kathira buat semua yang terlibat sama ada yang menyumbangkan harta, masa & kudrat.
"Ya, Allah! Jadikanlah sedekah/zakat ini sebagai simpanan yang menguntungkan...
"Ya, Allah! Jadikanlah sedekah/zakat ini sebagai simpanan yang menguntungkan...
, dan janganlah ia jadi pemberian yang merugikan.
Semoga Allah mengampuni dosa kita, ibu bapa & ahli keluarga, menyucikan hati&jiwa dan rezeki kita, serta limpahkan keberkatan dlm hidup kita semua. ..amin."
Semoga Allah mengampuni dosa kita, ibu bapa & ahli keluarga, menyucikan hati&jiwa dan rezeki kita, serta limpahkan keberkatan dlm hidup kita semua. ..amin."
Ziarah 1: Keluarga Zaiton
Tarikh: 22 Jun 2013
Tempat: Kg Cincai Tinggi, Pasir Mas, Kelantan.
. Keluarga pertama yang kami ziarah ini amat meruntun hati kisahnya..
Nama penerima bantuan: Zaiton bt Seman, 37 tahun.
Anak: Siti Aisyah Nasir 7 thn, Mohd Aiman Nasir 3 thn
Kisahnya..
Zaiton adalah mangsa dera suaminya. Hampir 8 tahun menderita, beliau tetap cuba sembunyikan. Akhirnya pada 24 Disember 2012, penderitaan Zaiton sampai ke kemuncak.
Akibat teruk didera, dan ada saksi yang melihat beliau di tepi tingkap di luar rumah, dipercayai dicampak suaminya ke luar tingkap.
Akibatnya..Zaiton lumpuh seluruh badan akibat kerosakan tulang belakang & leher tidak dapat bergerak. Penderitaan berganda apabila berbaring terlalu lama & tidak boleh bergerak bahagian punggung Zaiton pula berkudis & luka hingga ternampak tulangnya..
Pembedahan terpaksa dilakukan & kini beliau masih dirawat di Hospital USM Kubang Kerian
Anak-anak Zaiton pula mungkin akibat trauma menjadi pendiam & pasif. Malah yang berumur 3 tahun masih belum bercakap.Tambah malang lagi, saban hari Aisyah 7 tahun dibuli di sekolah. Kesian..anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa ini terpaksa hadapi situasi sebegini..
Zaiton, anak yatim piatu dan tidak ada adik-beradik. Atas ehsan satu2nya ibu saudara beliau, Puan Zalma bt Wok, dan suami 48 & En Bahari Osman 47, Zaiton dibawa balik ke rumah mereka untuk dijaga. Keluarga mereka pun bukan orang senang, dan ketua keluarga bekerja sebagai buruh kasar.
Sekiranya sahabat2 ingin membantu amat dialu-alukan, insya-Allah sama-sama kita bantu ringankan beban kewangan keluarga ini & beban emosi Zaiton & anak2.
Zaiton amat berat untuk berpisah dengan anak2nya..jadi, kiranya kita boleh bantu ringankan beban dengan menyalurkan dana untuk belanja persekolahan & makan pakai anak2 ini, juga untuk kos sara hidup Zaiton.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. semoga Zaiton tabah & bertambah kental imannya untuk memikul bebanan yang berat ini..Semoga bantuan kita sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.. Ya Allah, lorongkanlah....amin
Luka besar di bahagian punggung |
Zaiton semasa dirawat di hospital |
Menumpng kasih..ibu saudara& sepupu.. |
Bersama anak2 Zaiton |
anak bongsu..mungkin akibat trauma anak ini tidak bercakap.. |
rumah yag sedang dibina..insya-Allah Zaiton akan tinggal bersama sepupunya di sini..Di sebelah rumah ibu saudaranya |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini