Assalamualaikum
Ziarah ke-2 hingga ke-5
Tarikh: 22 Jun 2013
Destinasi: Kg Baru, Pusu 40, Pasir Mas, Kelantan.
Tidak sangka di tempat pelupusan sampah pun ada keluarga yang tinggal
di sini.. Mereka tidak memilih untuk berada di sini jika ada
pilihan yang lebih baik..namun, keadaan memaksa..Walaupun ada lebih kurang 10 keluarga, kami hanya mampu ziarah & hulurkan bantuan untuk 4 keluarga.
Pondok2 penempatan mereka didirikan di tanah orang kampung. Setiap hari mereka akan bekerja mengasing-asingkan sampah mengikut kategori di tempat pelupusan sampah. Paling banyak, pendapatan hanyalah RM20 sehari. Namun, kebanyakan yang uzur & kurang upaya sekadar dapat RM10-15 sahaja.
Nama penerima bantuan:
Keluarga 1;
Mohamad b Awang Kecik 58
sebatang kara, uzur
Keluarga 2:
Ariffin Hamzah 53
Anak 5 (ada antaranya tinggal&kerja di tempat pelupusan sampah)
Keluarga 3:
Azawa b Ariffin 28
Anak 1 (2 tahun)
Keluarga 4:
Asima b Ariffin 29
Anak 1 (3 tahun)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila titipkan ulasan anda di sini