Ahad, 28 Oktober 2012

Misi Sinar Harapan: Program Korban & Akikah 1433 H/ 2012M

 Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi Misi Sinar Harapan: Program Korban & Akikah 1433 H/ 2012M telah selamat disempurnakan dengan pertolongan Allah melalui bantuan para sahabat.

Daging korban dan akikah selamat diagih-agihkan kepada fakir miskin, dan juga diadakan jamuan untuk menjamu penduduk kampung & majlis tahlil untuk yang sudah tiadaMajlis kenduri & tahlil   diadakan selepas ibadah korban & akikah.
Setinggi penghargaan kepada sahabat2 yang menjadi wakil utk menguruskan majlis serta wakil akad utk ibadah korban & akikah di setiap kawasan yang terlibat, jua para sukarelawan dan penduduk kampung yang membantu melancarkan majlis.  

Setinggi penghargaan buat para peserta (dermawan) yang sudi mewakilkan sahabat2 kami di kawasan2 masing2. Alhamdulillah setinggi2 kesyukuran kepada Allah kerana menemukan kami dengan sahabat2 yang baik & dermawan, walaupun ada antara kita tidak pernah bersua muka. Terima kasih atas kepercayaan & sokongan.

Jutaan terima kasih atas kesudian berkongsi rezeki, semoga pemberian sahabat2 ini dapat menggembirakan hati para fakir miskin seterusnya diterima Allah dan mendapat keberkatan-Nya.
(nama2 peserta tidak ditulis atas permintaan sebahagian besar drp mereka)

Terima kasih tidak terhingga juga kepada En Shukri & sahabat2 drp team Warga Kilang yang sentiasa menyokong perjuangan kami. 

Setinggi penghargaan kepada para sahabat dan ahli keluarga yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang sentiasa memberikan sokongan secara istiqamah terhadap misi2 yang dijalankan oleh Sanggar Suri.
Akhir sekali, tanpa sokongan suami & anak2  mungkin Misi ini tidak dapat dilaksanakan. Terima kasih tidak terhingga atas pengorbanan, sokongan & pengertian. Biarlah kita tidak mewah di dunia tapi insya-Allah berusahalah utk dipandang Allah di akhirat nanti. Kebahagiaan & keberkatan itu adalah "keuntungan" yang tak ternilai harganya...

Semoga Allah Mempermudahkan urusan keluarga kita dan sahabat2 yg setia, serta memberkati usaha & rezeki kita semua. Amin

**gambar2 di bawah  atas ehsan sahabat2- En Jamaluddin(Redang Panjang, Perak), Pn Shahrizan(Lenggong, Perak), En Roslan (Rantau Panjang, Kelantan). Terima kasih, sahabat...



Tempat 1: Kg Temelong, Lenggong, Perak

Tarikh: 26 Oktober 2012
Pengantara/Wakil
1. Pn Shahrizan Ahmad
2. En Mohd Safwan b Mohd Nawawi

Jumlah: 2 ekor kambing, 6 ekor lembu (lembu diusahakan melalui Pn Siti Al-Jauhar)


 Program ibadah korban dijalankan di Masjid Warisan Kg Temelong, Lenggong, Perak.

Kambing 1-akikah
Kambing 2-akikah






Tempat 2: Redang Panjang, Perak

Tarikh: 26 Oktober 2012
Pengantara/Wakil: En Jamaluddin Hassim
website: de' Redang www.jamaluddinhassim.blogspot.com


Jumlah: 4 ekor Lembu




















daging akikah

 

daging untuk diagih2kan kpd fakir miskin






penduduk kampung bergotong-royong melapah daging korban






Tempat 3: Rantau Panjang, Kelantan

Tarikh: 27 Oktober 2012
Pengantara/wakil:
1. En Roslan
2. En M.Zain b Omar

Jumlah: 3 ekor lembu, 1 ekor kambing
Lembu 1
Lembu 2
Lembu 3

kambing korban drp sahabat di Doha




 
daging kambing untuk dimasak
jamuan untuk penduduk kampung




persiapan utk jamuan oleh penduduk kampung

persiapan kenduri oleh keluarga En Roslan


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini