Rabu, 24 Oktober 2012

Misi Sinar Harapan: Program Korban & Akikah 1433 H/ 2012M

Assalamualaikum

UPDATE:

Alhamdulillah
UPDATE 24/10/12- Alhamdulillah sudah cukup  3 ekor lembu & seekor kambing di Kelantan. Manakala ada 2 ekor lembu dan 2 ekor kambing di Lenggong, dan 3 ekor lembu di Redang Panjang, Perak. Cuma perlukan satu bahagian lagi untuk cukupkan lembu ke- di Redang Panjang.





Insya-Allah semoga dipermudahkan Allah seperti tahun2 lepas untuk bersama2 kita mengadakan Majlis Qurban & Aqiqah di perkampungan yang terdapat ramai keluarga miskin . Daging-daging Qurban dan Aqiqah akan diagihkan kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim serta keluarga yang berpendapatan rendah serta keluarga yang mempunyai anak-anak yang ramai.  Majlis kenduri tahlil juga akan diadakan selepas ibadah Qurban & Aqiqah..
Semoga usaha kita ini bukan sahaja dapat memenuhi tanggungjawab kita bahkan dapat juga berkongsi rezeki dengan golongan yg memerlukan.

Anggaran kos:
1. Satu bahagian RM400.00 - anggaran seekor lembu 7 bahagian RM 2,800.00
2. Anggaran kos seekor kambing RM800 - Seekor Kambing bersamaan satu bahagian lembu.

Sekiranya ada lebihan wang mohon diizinkan utk disedekahkan kepada fakir miskin sama ada dlm bentuk jamuan atau agihan makanan,juga menanggung kos pengurusan yang dijalankan oleh penduduk kampung.
Insya-Allah kami akan tunaikan hajat sahabat2 untuk adakan ibadah korban @ akikah di kawasan2 seperti berikut:

  1. Kampung2 sekitar Lenggong, Perak.
  2. Kampung2 sekitar Redang Panjang, Perak.
  3. Kampung2 sekitar Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan.
Didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian berkongsi rezeki, semoga pemberian sahabat2 ini dapat menggembirakan hati para fakir miskin & mualaf seterusnya diterima Allah dan mendapat keberkatan-Nya

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
Sila lawati blog http://eksekutifsuri.blogspot.com

Semoga Allah Mempermudahkan urusan kita dan memberkati usaha & rezeki kita. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini