Ahad, 21 Oktober 2012

Misi Sinar Harapan: Program Korban & Akikah 1432 H/ 2011M


Assalamualaikum


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi Misi Sinar Harapan: Majlis Korban & Akikah 2011 telah dapat dilaksanakan dengan sempurna pada Hari Raya Aidiladha baru2 ini.

Setinggi penghargaan kepada sahabat2 yang menjadi wakil di setiap kawasan yang terlibat, jua para sukarelawan yang membantu melancarkan majlis. Walaupun penat tetapi pada wajah mereka tergambar kegembiraan tidak terucap kerana diberikan peluang oleh Allah utk menjadi pengantara.

Antara sahabat yang menjadi wakil utk menguruskan majlis serta wakil akad utk ibadah korban & akikah:

1. Ustaz Fathan (Timb. Pengarah, Institut Dakwah Islamiah Perkim)
-wakil bg kawasan Kg Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, Kelantan
-satu ekor lembu (sahabat SanggarSuri)

2. En Jamaluddin Hassim( d'Redang http://jamalhassim.blogspot.com/)
-wakil bg kawasan Redang Panjang, Selama, Perak.
-7 ekor lembu, 3 ekor kambing (peserta berurusan terus dgn En Jamal, dgn sokongan SanggarSuri)

3. En Safwan (suami kpd Cikgu Shahrizan)
-wakil bg Kg Banggol Batu, Kg Bukit Sapi & Kg Temelong dlm daerah Lenggong, Perak
-7ekor lembu, 1 ekor kambing (1 kambing & 3 lembu melalui SanggarSuri)

Tidak ketinggalan terima kasih tidak terhingga utk En Shukri & sahabat2 drp team Warga Kilang, rakan2 di TV al-Hijrah dan pada semua sahabat yang sudi memanjangkan misi ini kepada sahabat2 yg lain serta sentiasa memberikan sokongan secara istiqamah terhadap misi2 yang dijalankan oleh Sanggar Suri.

Setinggi penghargaan buat para peserta (dermawan) yang sudi mewakilkan sahabat2 kami di kawasan2 masing2. Alhamdulillah setinggi2 kesyukuran kepada Allah kerana menemukan kami dengan sahabat2 yang baik & dermawan, walaupun ada antara kita tidak pernah bersua muka. Jutaan terima kasih atas kesudian berkongsi rezeki, semoga pemberian sahabat2 ini dapat menggembirakan hati para fakir miskin & mualaf seterusnya diterima Allah dan mendapat keberkatan-Nya.

Akhir sekali, tanpa sokongan suami & anak2 mana mungkin Misi ini dapat dilaksanakan. Terima kasih tidak terhingga atas pengorbanan, sokongan & pengertian. Biarlah kita tidak mewah di dunia tapi insya-Allah dipandang Allah di akhirat nanti. Kebahagian & keberkatan itu adalah "keuntungan" yang tak ternilai harganya...

Semoga Allah Mempermudahkan urusan keluarga kita dan sahabat2 yg setia, serta memberkati usaha & rezeki kita semua. Amin




Perjalanan ke Lenggong & Redang Panjang, Perak






Majlis Korban & Akikah, Lenggong, Perak















































Majlis Korban & Akikah, Redang Panjang, Perak




















Majlis Korban & Akikah,Kg Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, Kelantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini