Selasa, 20 Februari 2018

[ MISI MENARA GADING-Tawaran ke Universiti al-Azhar, Mesir. ]

[ MISI MENARA GADING-Tawaran ke Universiti al-Azhar, Mesir. ]

Selain Universiti tempatan, kami juga menerima rayuan drp anak2 drp keluarga miskin yang akan ke Mesir.
Keputusan Tawaran melanjutkan pelajaran ke Mesir baru sahaja diumumkan.

Tak sampai hati pula untuk biarkan mereka menaruh harapan.
Buat pengetahuan Sahabat2.. kami di SanggarSuri sentiasa menjadi tempat mengadu orang kampung, malah kami yang dicari terlebih dahulu kerana yakin dengan pertolongan kita.

Difahamkan pelbagai sumber bantuan dana sudah dirujuk. Malah mereka membuat pelbagai kerja untuk menabung.
Bukan sikit wang untuk menggapai cita-cita mereka ini. Kos yang tinggi diperlukan sebagai persediaan ke sana.
Insya-Alllah apabila mula belajar di sana nanti, yuran & perbelanjaan seterusnya tidak setinggi di sini.

Nur Syafilza pernah ke KL untuk jadi pengasuh, dan sekarang bekerja sebagai pembantu kedai makan.
Manakala, Aiman, membantu ayahnya menjual nasi bungkus dengan menjaja nasi dari rumah ke rumah.

Maklumat pelajar :

PROFILE PELAJAR 1:

Siti Nur Syafilza binti Abd Ghani
Umur 19

Alamat:
Kg Manek Urai Lama, 18050 Kuala Krai, Kelantan.
Tahap pengajian STAM di Maahad Muhammadi, Pasir Mas, Kelantan.

Kini menerima tawaran pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir.
Pengajian Islam (Usulluddin)

Siti Nur Syafilza binti Abd Ghani kini bekerja di kedai makan Tanah Merah bagi mengumpul wang untuk menanggung kos pengajian ke Mesir.

Bapa- Abd Ghani bin Yusof - 51 tahun
Pekerjaan - Buruh
Pendapatan - RM600 sebulan

Ibu - Fatimah binti Abd Rahim - 40 tahun
Pekerjaan - Membuat kuih sambilan
Pendapatan - RM200 Sebulan(anggaran)

Adik-beradik yang lain:

1. Muhammad Suhairi bin Abd Ghani - ILP Kota Bharu
2. Nur Syafikah binti Abd Ghani - Politeknik Kota Bharu
3. Nur Syafilza binti Abd Ghani - lepasan STAM ( pelajar)
4. Muhammad Haizat bin Abd Ghani - Kolej Vokasional Tanah Merah
5. Muhammad Hanif bin Abd Ghani - Giat Mara Machang
6. Siti Syahirah binti Abd Ghani - Sekolah Agama Maahad Rahmaniah Kuala Krai (tingkatan 2)
7.Siti Syazwina binti Abd Ghani - Sekolah Agama Maahad Rahmaniah Kuala Krai (tingkatan 1)
8. Siti Syahida binti Abd Ghani - 3 tahun
9. Siti Farisya binti Abd Ghani - 2 tahun

PROFILE PELAJAR 2

Muhammad Aiman b. Rahim
Umur - 19 Tahun

Alamat - Kg.Bakat Hilir,17200 Rantau Panjang,Kelantan.

Tahap Pengajian - STAM di Maahad Muhammadi Banggol Kulim.

Kini menerima tawaran pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab.

Muhammad Aiman - Buat masa ini menjaja/menjual nasi bungkus dari rumah untuk kumpul wang bagi menanggung kos pengajian ke Mesir.

Bapa - Rahim b. Ismail - 56 tahun - Pesakit Jantung
Pekerjaan - Menjual nasi secara kecil-kecilan.
Pendapatan : RM800.00 Sebulan
Ibu - Noorizan bt. Zakaria - 43 tahun - Suri rumah

Adik-Beradik yang lain :

1- Nur Aishah bt. Rahim,Ting 5 - Maahad Banggol Kulim
2- Nur Amani bt. Rahim,Ting 3- Maahad Banggol Kulim
3- Abdul Basit b. Rahim,Darjah 5- SK Gual Periok.

Bersama kita pakat2 berjemaah sedikit seorang menampung sebahagian kos untuk ke untuk ke sana. Target RM3000 seorang.

Semoga anak-anak ini mendapat masa depan yang lebih cemerlang, dan akan pulang bersama kejayaan seterusnya dapat menabur bakti pula kepada keluarga dan penduduk kampung... amin...

Teruskan bersama kami ...

FB: Elly (SanggarSuri)
Whatsapp/SMS: 012-3614014
Blog : SanggarSuri

Jazakumullah khairan kathira

#MenaraGading
#MisiMenaraGading
#BantuanPelajarMiskin
#SanggarSuri








1 post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila titipkan ulasan anda di sini